JAWATAN KOSONG GURU KAFA SETIAP NEGERI (PERMOHONAN TAHUN 2023)

JAWATAN KOSONG GURU KAFA SETIAP NEGERI (PERMOHONAN TAHUN 2023)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

JAWATAN KOSONG GURU KAFA SETIAP NEGERI (PERMOHONAN TAHUN 2023)

Kepada anda yang ingin membuat permohonan Guru Kafa, semestinya anda melihat tawaran yang disediakan bagi setiap negeri. Disini kami akan kongsikan kepada cara semakan dan permohonan jawatan kosong guru KAFA, semoga membantu.

 

Baca Juga : Cara Mengisi Permohonan SPA9 (Jawatan Kosong Kerajaan)

APA ITU KAFA

KAFA ialah kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan mengguna pakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kelas ini adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain.

 

Baca Juga : Senarai Portal Jawatan Kosong (Laman Web Pencarian Kerja Di Malaysia)

 

SYARAT KELAYAKAN GURU KAFA

Syarat kelayakan asas yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Sihat tubuh badan dan disahkan oleh Pengamal Perubatan atau Pergigian Berdaftar;
  • Pemohon memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan berikut:
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu (sekurangnya Gred C).
  • Merupakan lepasan Sekolah Menengah Agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan dengan kepujian dalam Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah.
  • Berpengetahuan dalam bacaan Al-Quran dan tulisan jawi; dan
  • Lulus bagi subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).

NOTA: Syarat khusus tertakluk kepada Jabatan Agama Islam bagi negeri masing-masing

 

KADAR BAYARAN ELAUN GURU KAFA

Elaun guru KAFA akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM. Selain itu, caruman KWSP yang ditetapkan adalah 9% dan caruman PERKESO pekerja yang dipotong daripada elaun pekerja.

 

TARIKH PERMOHOHONAN JAWATAN GURU KAFA

Tarikh permohonan adalah mengikut tawaran yang ditawarkan pada setiap negeri. Anda boleh menyemak pautan Jabatan Agama Islam bagi negeri masing-masing

 

CARA PERMOHONAN GURU KAFA SETIAP NEGERI

Berikut adalah senarai pautan bagi laman permohonan Guru Kafa bagi Setiap negeri:

 

PANDUAN PERMOHONAN GURU KAFA

Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan secara online:

  • Klik pada pautan Jabatan Agama Islam Negeri anda
  • Klik pada pautan permohonan Guru Kafa (akan dibuka sekiranya terdapat tawaran kekosongan)
  • Isi borang permohonan dengan lengkap.
  • Pastikan semua maklumat permohonan diisi.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan

 

UJIAN KELAYAKAN GURU KAFA

Pemohon yang layak untuk menduduki Ujian Kelayakan Guru KAFA Kedah (Online) yang akan dimaklumkan melalui email dalam tempoh 7 hari selepas tarikh tutup permohonan (tertakluk kepada perubahan).

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *