CARA JANA PENDAPATAN SAMPINGAN ONLINE

CARA JANA PENDAPATAN SAMPINGAN ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA JANA PENDAPATAN SAMPINGAN ONLINE

Dengan kenaikan kos sara hidup sekarang, mungkin 1 kerja sahaja tidak mencukupi utk menampung kehidupan. Namun banyak cara jana pendapatan sampingan online yang boleh anda cuba.

Berikut adalah senarainya cara jana pendapatan sampingan online:

 

Baca juga : CARA TUNTUT KHAIRAT KEMATIAN PERKESO

Buat Duit Dengan Dropshipper

Dropshipper merupakan individu yang menjalankan perniagaan atas talian tanpa perlu mengeluarkan modal perniagaan dan memegang stok produk.

Bagi dropshipper produk kosmetik, dropship sesuatu jenama kosmetik boleh dilakukan dengan melanggan untuk menjadi dropshipper mana-mana syarikat kosmetik.

Dropshipper ini hanya perlu memasarkan produk kosmetik menerusi atas talian melalui mana-mana platform media sosial seperti facebook, Instagram, tiktokshop dan banyak lagi.

Dropshipper ini akan menerima pesanan daripada pembeli berkaitan dengan produk kosmetik tersebut dan dropshipper perlu memaklumkan penjual berkenaan pesanan tersebut.

Segala pesanan tersebut akan dihantar oleh pihak pemilik produk kosmetik.

Tuntasnya, dropship merupakan antara kaedah perniagaan atas talian yang paling menguntungkan kerana tidak perlu mengeluarkan modal dan apa-apa kos.

Potensi pendapatan yang boleh diterima menerusi perniagaan dropship adalah bergantung kepada jumlah jualan bulanan. Ini bermakna semakin banyak produk terjual, maka makin tinggi pendapatan boleh dijana.

cara jana pendapatan sampingan online seterusnya adalah:

 

Idea Bisnes Online Dengan Jual di Ebay

Ebay merupakan platform perniagaan atas talian yang bersifat antarabangsa. Ini bermaksud pembeli produk Ebay merupakan masyarakat seluruh dunia.

Keuntungan barang yang dijual akan diterima dalam mata wang yang diiktiraf dunia iaitu US Dolar.

Individu yang berminat untuk melakukan perniagaan atas talian melalui platform Ebay adalah seperti berikut;

  • Peniaga perlu mendaftar akaun di laman sesawang portal rasmi Ebay di https://www.ebay.com.my daftar dan login seperti pada Rajah di atas ini
  • Peniaga mestilah memilih produk yang ingin dijual. Pemilihan produk yang betul dan menjadi kehendak pelanggan pada masa kini akan mempercepatkan lagi penjualan peniaga serta menjana keuntungan yang tinggi.
  • Peniaga hendaklah membuat listing terlebih dahulu untuk dimasukkan ke platform Ebay ini.
  • Transaksi pembelian akan berlaku jika pembeli berminat.
  • Peniaga hendaklah membuat penghantaran barang kepada pembeli.

Akhir sekali, peniaga akan menjana pendapatan menerusi produk yang dijual di Ebay.

 

 

Bisnes Internet Dengan Jual di Amazon

Amazon merupakan platform perniagaan antarabangsa secara atas talian.

Peniaga yang meniaga di laman sesawang Amazon dijangka menjana pendapatan sehingga 100,000$ USD setahun. Ini kerana ianya merupakan perniagaan peringkat global.

Individu yang berminat untuk melakukan perniagaan atas talian melalui platform Amazon adalah seperti berikut;

  • Peniaga yang berminat untuk menjalankan perniagaan atas talian di laman sesawang Amazon di https://www.amazon.com seperti pada Rajah di atas ini, mereka perlu memilih pelan jualan yang sesuai bagi perniagaan mereka terlebih dahulu.
  • Peniaga hendaklah mempunyai strategi pemasaran produk mereka sendiri.
  • Peniaga mestilah mendaftar akaun sebagai penjual di portal Amazon.

Perniagaan dilakukan di aplikasi Amazon Seller di mana berlakunya transaksi perniagaan antara penjual dan pembeli. Peniaga akan menjana pendapatan menerusi aplikasi tersebut.

 

Idea Bisnes Online di Website Ecommerce

Website E-commence merupakan laman sesawang bagi perniagaan secara maya dengan menggunakan laman portal yang direka khusus untuk sesuatu perniagaan.

Peniaga yang mempunyai website ecommerce yang tersendiri akan lebih dikenali dan pasaran produk akan lebih meluas. Pembeli akan lebih tertumpu kepada satu jenama produk sahaja tanpa melibatkan mana-mana jenama yang lain.

Peniaga yang mempunyai website ecommerce sendiri boleh menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.

Peniaga yang mempunyai website perniagaan atas talian ini juga akan kurang bersaing dengan jenama lain. Pilihan produk juga akan mudah diakses oleh pelanggan.

Pelanggan juga boleh mengakses portal rasmi website ecommerce ini pada bila-bila masa untuk urusan jual beli.

 

Bisnes Online Dengan Jana Pendapatan Dari Affiliate

Perniagaan pemasaran affiliate merupakan perniagaan atas talian yang melibatkan pemasaran produk peniaga lain.

Perniagaan ini adalah perniagaan yang tidak melibatkan modal kerana memasarkan produk bagi pihak peniaga lain. Individu yang merupakan affiliate marketer ini hanya perlu memasarkan sahaja produk tersebut tanpa mengeluarkan apa-apa kos.

Mereka akan menjana pendapatan menerusi komisen yang diterima oleh peniaga utama. Kebiasaannya, affiliate marketing ini hanya dilakukan secara separuh masa kerana nilai keuntungan agak rendah berbanding menjual produk sendiri.

Perniagaan affiliate ini ditafsirkan sebagai perniagaan melibatkan orang tengah yang dikenali sebagai Affiliate Marketer.

Individu yang mempunyai strategi pemasaran yang unik boleh menjana pendapatan yang tinggi melalui kaedah pemasaran ini.

Mereka hanya perlu bijak dalam memilih produk yang menjadi pemintaan ramai serta cara pemasaran yang menarik minat pembeli.

 

Bisnes Online Dengan Video Youtube

Perniagaan atas talian juga boleh dilakukan menerusi video yang dterbitkan di laman Youtube.

Peniaga hanya perlu memuat naik video perniagaan mereka dan mempromosi serta mengiklankan video tersebut bagi menarik lebih ramai pembeli.

Informasi cara pembelian dan pembayaran mestilah dinyatakan melalui video tersebut bagi memudahkan urusan jual beli.

Pendapatan yang boleh dijana menerusi video Youtube boleh mencecah sehingga ribuan ringgit sebulan bergantung kepada cara pemasaran peniaga melalui video tersebut.

 

Buat Bisnes Online Dengan Shopify Malaysia

Shopify merupakan platform ecommerce yang sangat terkenal untuk semua jenis perniagaan.

Peniaga boleh memasarkan produk perniagaan mereka secara atas talian menerusi portal Shopify di laman sesawang https://www.shopify.com

Konsep perniagaan yang dilakukan adalah berdasarkan konsep “Dropship”. Dropship ini dilakukan melibatkan perniagaan antarabangsa.

Di shopify, peniaga boleh membina laman sesawang perniagaan mereka secara tersendiri dan memjual produk secara dropshipper.

Individu yang melakukan perniagaan menerusi Shopify tidak perlu mengeluarkan apa-apa modal, kos dan tidak melakukan penghantaran barang.

 

Idea Bisnes Online Buat Course Sendiri

Bagi individu yang baru sahaja ingin berjinak dalam dunia perniagaan, mereka boleh cuba memasarkan perniagaan menerusi atas talian dengan course sendiri.

Berikut merupakan cara-cara melakukan perniagaan atas talian dengan course sendiri;

Bina jenama sendiri yang unik yang menggambarkan identiti produk yang ingin dijual.

Cipta logo bagi membezakan jenama anda dengan yang lain.

Pilih platform pemasaran atas talian yang sesuai.

Cipta kandungan yang menarik melalui video dan gambar yang menarik minat pelanggan.

Atur strategi pemasaran yang bijak.

Akhir sekali, sentiasa iklankan perniagaan anda supaya dikenali ramai bagi menarik lebih ramai pelanggan.

 

Kerja Sebagai Social Media Manager / Consultant

Pendapatan juga boleh dijana dengan melakukan perkhidmatan sebagai pengurus media sosial atau penasihat media sosial.

Penasihat atau pengurus media sosial iniakan menguruskan strategi pemasaran perniagaan daripada awal sehingga akhir.

Mereka akan memberi tunjuk ajar berkenaan hala tuju perniagaan sehingga melahirkan peniaga yang berjaya.

Individu yang baru sahaja ingin menceburi bidang perniagaan boleh mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar melalui pengurus dan penasihat sosial media ini.

 

Buat Duit Dengan Podcast

Podcast merupakan salah satu alternatif pemasaran perniagaan secara cerita dan penerangan.

Kebiasaannya, perniagaan melalui podcast ini adalah lebih tertumpu kepada pengiklanan bagi menarik minat pelanggan.

Teknik penceritaan dan percakapan yang kreatif diperlukan bagi melancarkan perniagaan melalui podcast.

Penjanaan pendapatan perniagaan internet melalui podcast boleh dilakukan dengan beberapa cara, iaitu;

  • buat duit dengan podcast
  • Penjualan secara mengiklankan sesuatu produk.
  • Pemasaran secara kaedah affiliate.
  • Penawaran perkhidmatan melibatkan kepakaran mereka.

Sokongan terhadap podcast mereka secara sumbangan atau bayaran.

 

Idea Bisnes Online Jadi Social Media Influencer

Perniagaan oleh social media influencer antara perniagaan yang memberi keuntungan yang tinggi. Ini kerana social influencer sudah pun mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

Peniaga sebagai influencer akan lebih mudah kerana mereka sudah tahu target pembeli mereka.

Sebagai contoh, social media influencer yang menjalankan perniagaan ialah Khairulaming yang melakukan perniagaan sambal. Pendapatan yang dapat dijana selama sebulan adalah RM500,000 (secara kasar).

 

Idea Bisnes Buat Buku / Jual Ebook Secara Online

Penjualan atas talian menerusi ebook adalah dikhususkan hanya produk buku atas talian sahaja. Penulis-penulis buku boleh memasarkan buku mereka secara atas talian untuk langganan atas talian bagi memudahkan pembaca.

Pembaca tidak perlu membeli buku fizikal dan ke kedai buku fizikal untuk membeli buku.

Penulis dapat menjana pendapatan dengan hanya memasarkan penulisan mereka tanpa perlu mengeluarkan kos cetakan.

Walaubagaimanapun, ebook ini lebih murah berbanding buku fizikal yang dijual di kedai buku.

 

Contoh Perniagaan Internet Buka Company Web Design

Perkhidmatan servis membina design website adalah salah satu cabang perniagaan atas talian yang menguntungkan bagi individu yang mahir dalam bidang teknologi dan grafik.

Dengan arus teknologi yang semakin pesat, boleh dikatakan hampir semua perniagaan atas talian memerlukan laman sesawang syarikat.

Oleh itu, pihak yang menjalankan perniagaan internet melalui perkhidmatan atau servis web design boleh memasarkan kreativiti mereka menerusi perniagaan ini.

Jumlah pendapatan kasar bagi individu yang melakukan khidmat membina company web design adalah RM1000 dan ke atas berdasarkan reka bentuk laman sesawang yang dikehendaki.

 

Idea Bisnes Part Time Jadi Translator Secara Online

Khidmat penterjemah juga diperlukan di dalam pasaran hari ini. Individu yang dapat menguasai banyak bahasa akan senang untuk menjana pendapatan dengan menjadi penterjemah peribadi bagi sebuah sayrikat atau apa-apa majlis antarabangsa.

Penterjemah juga dapat menjana pendapatan dengan menterjemah bahan bacaan atau penulisan.

Kadar bayaran melalui khidmat penterjemah boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *