INSENTIF PENJAWAT AWAM RM2000 : TARIKH BAYARAN

INSENTIF PENJAWAT AWAM RM2000 : TARIKH BAYARAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

INSENTIF PENJAWAT AWAM RM2000 : TARIKH BAYARAN

Tahukah anda PMX telah mengumumkan Insentif Awal Penjawat Awam sebanyak RM2000? Berita ini pastinya akan menggembirakan seluruh warga penjawat awam dan pesara kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji penjawat awam sepatutnya telah naik sejak dua tahun lalu, namun tidak dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

APAKAH INSENTIF AWAL PENJAWAT AWAM

  • Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012. Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.
  • Sementara menunggu kajian ini lengkap, sukacita diumumkan, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000
  • Untuk rekod, kali terakhir kadar gaji penjawat awam dinaikkan adalah pada tahun 2013 iaitu 10 tahun lalu yang melibatkan pemberian kepada semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) mulai 1 Julai 2013, melibatkan kenaikan antara RM80 hingga RM320.

SIAPA YANG LAYAK INSENTIF AWAL PENJAWAT AWAM RM2000?

  • kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah
  • Penjawat Awam lantikan kontrak
  • Semua Jawatan Utama Sektor Awam membabitkan termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform,

KADAR BAYARAN INSENTIF AWAL PENJAWAT AWAM

  • RM2,000 kepada Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak
  • Insentif RM1000 pula diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

TARIKH BAYARAN

  • Insentif ini akan dibayar akhir Februari 2024.

CARA MOHON INSENTIF AWAL PENJAWAT AWAM

  • Tiada permohonan diperlukan

MANFAAT INSENTIF AWAL PENJAWAT AWAM

  • Meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak
  • Membantu persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam RM2000 atau perkara lain berkaitan Bayaran Insentif Awal PenjawatAwam RM2000 anda boleh hubungi:

Kementerian Kewangan

No. 5 Persiaran Perdana,

Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62592 WP PUTRAJAYA.

Telefon: 03-8000 8000

Fax: 03-88823893 / 03-88823894

 

Baca Juga :

RINGKASAN BAJET 2024 : INTIPATI BELANJAWAN MADANI

PERMOHONAN STR 2024 : KEMASKINI DAN SEMAK KELAYAKAN

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *