Insentif Kelahiran Bayi Di Pahang Naik RM300 (Pahang Pride Kid 2022 / 2023)

Insentif Kelahiran Bayi Di Pahang Naik RM300 (Pahang Pride Kid 2022 / 2023)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Insentif Kelahiran Bayi Di Pahang Naik RM300 (Pahang Pride Kid 2022 / 2023)

 

Di bawah Belanjawan 2022 Negeri Pahang, setiap bayi yang dilahirkan di Pahang akan menerima insentif kelahiran bayi Pahang RM200, jumlah ini dinaikkan kepada RM300 di bawah Program Pahang Pride Kid ( Program Anak Kebanggaan Pahang) pada tahun hadapan.

 

Apakah Program Pahang Pride Kid?

  • Program Pahang Pride Kid ataupun Program Anak Kebanggaan Pahang ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi menghargai setiap anak kelahiran Pahang yang lahir pada tahun 2022.
  • Inisiatif ini telah dibentangkan oleh Menteri Besar Pahang dalam belanjawan Negeri Pahang 2022 Pada bulan Disember tahun lalu
  • Peruntukan RM5 Juta telah disediakan

 

Berapa Jumlah Dan Bentuk Sumbangan?

Bagi setiap kelahiran hidup akan menerima pemberian bernilai RM200

  • Bayaran akan dibuat dalam bentuk simpanan bank RM100
  • Dan RM100 lagi berupa barangan penjagaan bayi dan ibu sewaktu berpantang

 

Apa Syarat Permohonan?

Demi memastikan insentif ini sampai kepada golongan yang disasarkan, Kerajaan Negeri Pahang telah menetapkan beberapa syarat untuk permohonan ini

  • Warganegara Malaysia
  • Bayi Dilahirkan Di Negeri Pahang pada tahun 2022

 

Bagaimana Cara Memohon?

Bagi ibu/ bapa/ penjaga yang sah, anda boleh membuat pendaftaran secara online melalui Sistem e-Rakyat Negeri Pahang di:

https://erakyat.pahang.gov.my/

  • Klik pada bahagian Permohonan dan isikan maklumat yang di minta
  • Klik kategori bantuan – Bantuan Kerajaan Negeri
  • Lengkapkan Maklumat dan klik Hantar
  • Cetak

Bagi tahun 2023, Kerajaan Pahang bersetuju menaikkan jumlah sumbangan bagi Program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) sebanyak RM100 menjadikan jumlah sumbangan RM300.

 

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah tersebut dinaikkan bagi menggalakkan kadar kelahiran di negeri ini yang masih rendah.

“Berdasarkan data Jabatan Perangkaan pada 2020, kelahiran bayi Pahang adalah 25,279 orang setahun.

 

“Oleh itu, keseluruhan peruntukan untuk program ini adalah sebanyak RM5 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2022 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang pada 6 Disember 2021.

 

Dengan pengumuman ini, semoga dapatlah menggalakan lagi kelahiran di Negeri Pahang dan mencapai objektif yang dimahukan.

 

 

 

 

Baca Juga

Bantuan tanaman semula sawit

Semakan CCRIS Online

Panduan Melakukan Ibadah Korban

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *