IKAN HARUAN TERKECIL : CHANNA LIMBATA 

IKAN HARUAN TERKECIL : CHANNA LIMBATA 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

IKAN HARUAN TERKECIL : CHANNA LIMBATA

Ikan Haruan kedak terkecil ini yang juga dikenali sebagai Channa Gachua nama saintifik atau Channa Limbata adalah spesis snakehead yang terkecil dalam keluarganya. Ia adalah keluarga snakehead dari genus yang sama dengan haruan / toman iaitu keluarga Channa. Ia juga dikenali sebagai Dwarf Snakehead kerana ia adalah spesis paling kecil dalam keluarganya.

Baca Juga : KENALI IKAN TOMAN SI PEMANGSA (GIANT SNAKEHEAD)

ANGGARAN SAIZ IKAN HARUAN TERKECIL INI

Haruan / Ruan Kedak adalah sejenis ikan yang amat kecil. Dikatakan saiz maxima biasa matang adalah dalam 6 ke 8 inci. Yang jantan biasanya amat cantik warnanya dengan sirip yang kebiruan dibawah perutnya dan juga kebiruan di sirip atas badannya. Sirip atas badannya juga keorenan/keperangan di hujungnya seperti contoh gambar di bawah ini. Bagi yang betina pula ia tidak memiliki warna yang cantik seperti yang jantan. Warnanya lebih menyerlah bergantung pada habitatnya. Jika habitat yang didiaminya lebih berasid maka warnanya akan lebih menarik dan garang.

HABITAT IKAN HARUAN

Kawasan yang biasa boleh ditemui ialah sekitar kawasan yang tinggi seperti jeram, hutan dan paya cetek. Biasanya dikawasan yang airnya perlahan atau tidak berarus laju.

TABURAN

Haruan Kedak ini pernah di jumpai di pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, China, Thailand, Sumatera, Indo China, Myanmar, Borneo, Kepulauan Andaman, India, Sri Lanka, Pakistan, Nepal, Vietnam, Bangladesh, Bhutan, Laos, Cambodia, Singapore dan beberapa negara arab seperti Iran, Iraq dan Afghanistan.

Spesis Channa Gachua ini di temui oleh saintis yang bernama Hamilton-Buchanan di Sungai Gangga, India pada tahun 1822. Saiznya boleh membesar sehingga 28cm. Kini saiz yang biasa ditemui sekitar 8-15cm sahaja jarang sekali dapat temui saiz yang lebih besar darinya.

MAKANAN UTAMA CHANNA LIMBATA

  • Anak-anak ikan,
  • Serangga
  • Ikan bersaiz kecil,
  • Serangga
  • Udang

PEMBIAKAN HARUAN KEDAK

Haruan Kedak menyimpan telur di dalam mulut ikan jantan semasa proses pemeraman dan menjaga anak yang baru menetas. Ikan Kedak jantan mempunyai sirip yang lebih panjang dari betina dan mempunyai corak warna yang lebih cantik dari betina.

HARUAN KEDAK SEBAGAI IKAN HIASAN

Disebabkan warnanya yang menarik ikan ini disukai oleh kaki aquarium. Permintaan adalah amat tinggi untuk ikan haruan kedak ini dan harga pasaran di jual seekor telah mencecah sehingga RM80 seekor dan RM240 untuk yang berpasangan. Ikan ini amat lasak dan ini memudahkan untuk sesiapa sahaja untuk membelanya.

TEKNIK PANCING IKAN HARUAN KEDAK

Ikan haruan kedak ini amat mudah untuk dipancing kerana sikapnya yang sangat teritorial. Ia akan serang sebanyak yang boleh selagi ada yang mengacau sarangnya. Walaupun telah kena umpan atau mata kail ia mampu membuat serangan lagi. Kecil tetapi amat garang. Kebiasaanya teknik yang biasa diguna ialah menggunakan cengkerik. Jika ia berdekatan atau ada tanpa segan silu kedak akan membuat serangan. Untuk pengemar umpan tiruan pula, semua jenis umpan yang kecil mampu memikatnya. Kadang-kadang ia akan menyerang umpan yang lebih besar dari badannya. Teknik yang biasa digunakan ialah cast dan karau atau jerk sahaja di kawasan kediamannya.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *