IKAN BUJUK : SI HARUAN PEMALAS

IKAN BUJUK : SI HARUAN PEMALAS
Share Artikel Ini Di Media Sosial

IKAN BUJUK : SI HARUAN PEMALAS

ikan Bujuk atau nama saintifiknya Channa Lucius adalah sejenis ikan yang amat sukar untuk ditemui lebih-lebih lagi di Semenanjung Malaysia namun ikan ini biasanya di jumpai di kawasan pendalaman seperti kawasan paya, paya tanah gambut, ladang sawit, sungai mati, hutan tebal, air terjun dan kawasan-kawasan yang belum diterokai seperti Sabah dan Sarawak. Ia juga boleh dijumpai di sekitar negara-negara ASEAN yang lain.

Baca juga : IKAN HARUAN TERKECIL : CHANNA LIMBATA 

KENALI IKAN BUJUK

Ikan bujuk dikategorikan sebagai ikan air tawar yang agak pemalu dan tergolong dalam spesis kepala ular. Rupanya yang agak mengerunkan bagi yang pertama kali mengenali ikan ini akan terkejut kerana ia seakan-akan ular air. Namun bagi yang telah biasa corak dibadannya membuatkan ikan ini antara jenis kepala ular yang amat cantik dan dijadikan sebagai ikan hiasan.

Spesis ini juga tergolong dalam spesis ikan berkepala ular atau dikenali snakehead yang dikategorikan sebagai ikan pemangsa dan bersifat agresif.

Bagi pemancing ikan ini amat sukar untuk didaratkan walaupun sikapnya yang amat rakus tetapi mempunyai mulut yang amat lembut. Sentapan yang kuat boleh membuatkan mulut ikan ini pecah. Namun kekuatannya dikatakan lebih daripada haruan.

TABURAN

spesis ini pernah di jumpai di pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, China, Thailand, Sumatera, Indo China, Myanmar, Borneo, Kepulauan Andaman, India, Sri Lanka

HABITAT

Apa yang pasti Bujuk suka mendiami dikawasan yang bereba dimana kayu-kayu, pelepah, rumput dan seiringnya menjadi lokasi persembunyiannya. Ikan ini bersikap wilayah dimana ia akan menjaga kawasan jajahannya dari dicerobohi. Akibat habitat inilah membuatkan ia sukar untuk didaratkan.

MAKANAN UTAMA BUJUK

Diet ikan bujuk adalah seperti

  • anak-anak ikan,
  • rumpair/lumut,
  • udang,
  • katak,
  • cacing,
  • serangga seperti cengkerik, dan belalang menjadi diet yang paling digeraminya.

TEKNIK PANCING

Ia antara ikan pemalas yang hanya kebiasaanya menunggu makanan (mangsa) lalu didepannya. Penggunaan soft plastic juga menjadi salah satu senjata untuk penggemar sukan casting.

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *