10 Ikan Air Tawar Yang Hampir Pupus Di Malaysia

10 Ikan Air Tawar Yang Hampir Pupus Di Malaysia
Share Artikel Ini Di Media Sosial

10 Ikan Air Tawar Yang Hampir Pupus Di Malaysia

Dunia ini merangkumi pelbagai spesies hidupan liar sama ada spesies tumbuhan maupun haiwan. Setiap spesies bergantung kepada ekosistem atau sistem semulajadi untuk hidup dan bemandiri. Hidupan liar ini berinteraksi dengan elemen bukan hidup seperti cahaya, suhu, tanah, nutrien, air dan lain-lain supaya dapat membiak dan menghasilkan anak-anak yang bermandiri. Namun, terdapat kajian saintifik telah membuktikan bahawa hidupan liar ini semakin hari semakin berkurangan dan ada yang telah pupus.Berikut merupakan 10 ikan air tawar yang hampir pupus di malaysia.

 

 

  1. Kelah

Kelah

ikan Kelah atau nama saintifiknya Tor Tambroides adalah spesies ikan yang dikategorikan sebagai haiwan terancam di Malaysia dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76)

Ikan yang digelar raja sungai itu boleh mencecah harga ribuan ringgit seekor dan mendapat permintaan tinggi di pasaran namun populasinya semakin menurun.Spesies ikan air tawar yang sukar diperoleh itu kerana ia hanya hidup di habitat semula jadi iaitu hulu sungai berarus deras, jernih dan berbatu menyebabkannya menjadi antara spesies istimewa.

Ikan air tawar yang hampir pupus

 

  1. Pari Sungai

Tidak Ramai Yang Tahu Pari Juga Ada Mendiami Kawasan Air Tawar Iaitu Kawasan Sungai Hingga Di Bahagian Hulu. Ia Dikenali Sebagai White Edge Freshwater Whip Ray Atau Himantura Signifer. Ikan Ini Hidup Di Dasar Sungai Dan Memiliki Garisan Putih Pada Sekeliling Badannya. Mempunyai Sonak Yang Berbisa Dan Membesar Melebihi 60cm Dan Berat Maksimum Sehingga 80kg.

Ikan Pari Sungai Ini Dulu Banyak Terdapat Di Sungai Perak Dan Pahang Tapi Kini Kian Pupus. Di Malaysia @ Semenanjung Pari Sungai Bersaiz Besar Belasan Kilogram Boleh Dianggap Telah Pupus. Selain Dia Malaysia, Pari Sungai Juga Didapati Di Sungai Kapuas, Kalimantan Barat, Sungai Inderagiri, Sumatera, Indonesia Dan Sungai Chao Phrya, Thailand.

 

 

 

  1. Ikan Temoleh

Ikan Dari Keluarga Kap Ini Juga Dikenali Sebagai Temelian, Tamalian Atau Probarbus Jullieni. Ia Merupakan Salah Satu Ikan Terbesar Di Malaysia Dan Mampu Membesar Hingga 25kg Bersama Ukuran Panjangnya Hingga 150cm.

Dahulu, Ia Banyak Terdapat Di Sungai-Sungai Di Pahang Dan Perak Tapi Kini Kian Pupus. Selain Malaysia, Temoleh Boleh Ditemui Di Laos, Lembangan Chao Phraya, Thailand Dan Mekong, Vietnam.

 

 

 

  1. Ikan Kelisa

Nama Saintifiknya ‘ Scleropages Formosus’ Atau Turut Digelar ‘ Asian Bonytongue ‘ Merupakan Ikan Yang Paling Popular Sekali Kini Di Antara Ikan Akuarium Dan Disebabkan Ini Ia Kini Pupus Terutamanya Ikan Yang Asli Dari Sungai Atau Tasik.

Mendiami Kawasan Sungai, Tasik Dan Kawasan Berpaya Air Gambut. Boleh Membesar Sehingga 90cm Dan Berat Badan 7kg. Ikan Jantan Menyimpan Telur Dan Anak Di Dalam Mulutnya Sehingga Menetas.

Terdapat Beberapa Jenis Ikan Kelisa Di Malaysia Iaitu Dari Jenis Kelisa Hijau, Biru Dan Emas Dan Taburannya Berbeza Mengikut Lokasi,. Ikan Ini Dulu Banyak Terdapat Di Seluruh Malaysia Tapi Kini Amat Berkurangan. Ikan Dari Spesis Ini Juga Boleh Didapati Di Thailand, Kalimantan Dan Sumatera, Indonesia, Vietnam, Dan Kampuchea.

 

 

 

  1. Ikan Parang Sungai

spesis ini biasanya di temui sungai-sungai belah pantai timur semenanjung sekitar Pahang dan Terengganu. Ikan Parang Sungai juga dikenali sebagai Fresh Water Dorab. Nama saintifiknya ialah Macrochirichthys Macrochirus. Ikan parang sungai ini mempunyai bentuk badan yang panjang dan leper seperti parang. Dibahagian ekornya pula terdapat tompok hitam. Ia bersisik halus dan agak hanyir juga bau badannya. Mulutnya yang besar dan seperti terbalik (menghala ke atas). Di bahagian mulutnya terdapat seperti paku (bukan gigi) yang keras dan jika tidak berhati-hati semasa memegangnya jari anda mungkin akan terluka. Rahangnya juga lebih keras dari ikan bulan. Matanya yang besar memberi kelebihan untuk melihat mangsa dengan cepat. Siripnya juga panjang.

 

 

 

  1. IKAN PATIN MUNCUNG

Ikan air tawar yang hampir pupus yang seterusnya adalah ikan patin muncung.Ikan patin muncung atau pengasius hypophthalmus juga mendiami perairan negara kita terutama di sungai Pahang yang terkenal dengan ikan patin. Ikan patin muncung merupakan ikan patin yang paling mahal dalam pasaran terutama patin yang ditangkap dalam sungai.

 

 

 

  1. Ikan Ekor Hangus / Bala Shark

 

Ikan Bala Shark atau yang dalam nama latin dinamakan dengan Balantiocheilos melanopterus adalah satu spesies ikan hias. Selain terkenal dengan sebutan Balasak, ikan ini juga dikenal dengan Hiu Perak, Hiu Triwarna, Hiu Bala, dan Hiu Air Tawar.

Ikan ini umumnya memiliki sisik berwarna perak dengan garisan hitam di sepanjang sirip-siripnya dan ekor berwarna kuning gelap. Warna inilah yang mendasari sebutan Triwarna: perak, hitam, dan kuning.

 

 

 

  1. Ringau

Dikenali sebagai Four Banded Tigerfish atau Datnioides Polota. Ikan ini hidup di kawasan air payau di muara sungai, kawasan teluk dan sungai yang mempunyai kesan pasang surut. Membesar melebihi 30 cm dan berat sehingga 2 kg dulu banyak terdapat di sungai-sungai di Perak, Melaka, dan Sarawak tapi kini kian pupus. Ikan ini juga boleh di temui di India, Bangladesh, Thailand dan Indonesia.

Ikan air tawar yang hampir pupus

 

 

  1. Ikan Toman Bunga

Ikan air tawar ini memiliki banyak nama mengikut lokasi di negara ini. Ada yang menggelarnya sebagai kerandang, jelai, jaloi atau ‘Emperor Snakehead’. Nama saintifik Channa Marulioides.

Ia merupakan ikan pemangsa jenis ikan kepala ular (snakehead). Spesies yang memiliki corak cantik ini mendiami sungai, tasik dan kawasan berpaya berair gambut serta mendiami kawasan-kawasan berpaya yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti saudaranya, haruan palas dan bujuk.

Ia boleh membesar sehingga 68cm dan mencapai berat badan 3.5 kg. Ikan ini dulu banyak terdapat di seluruh Malaysia tapi kini amat berkurangan. Ikan ini juga boleh di dapati di Selatan Thailand, Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

Ikan air tawar yang hampir pupus

 

         10.Betta Persephone

Ikan air tawar yang hampir pupus

Spesis ikan satu-satunya dalam dunia dikenal pasti berada berhampiran Hutan Simpan Ayer Hitam Utara, Johor telah ditemui oleh seorang pencinta alam Mohd Ilham Norhakim Lokman.

Spesis ikan yang diberi nama saintifiknya ‘Betta Persephone’ ini dikhuatiri diancam kepupusan kerana tempat habitat mereka kini telah dirosakkan dengan penerokaan hutan di sekitarnya

 

 

Baca Juga : CARA MOHON LESEN MEMBURU/MENYIMPAN MURAI BATU

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *