10 IKAN AIR TAWAR POPULAR DI MALAYSIA OLEH KAKI PANCING

10 IKAN AIR TAWAR POPULAR DI MALAYSIA OLEH KAKI PANCING
Share Artikel Ini Di Media Sosial

10 IKAN AIR TAWAR POPULAR DI MALAYSIA OLEH KAKI PANCING

Apakah 10 spesis ikan air tawar popular di Malaysia oleh kaki Pancing?Di sini kami senaraikannya.

Baca Juga : 10 IKAN AIR TAWAR BERDURI

Umpan Buah Sawit Peram Umpan Sawit Peram Buah Sawit Peram Ikan Sungai Ikan Kelah Ikan

1. KELAH

Raja di sungai pergunungan, Kelah atau Mahseer merupakan ikan dari keluarga Cyprinidae yang sering dijadikan buruan dek kerana nilai pasarannya, keenakan isinya dan semangat juangnya ketika melawan. Ikan ini juga tergolong sebagai antara ikan yang semakin sukar didapati kerana habitatnya yang semakin diancam oleh kaki tuba.
Umpan terbaik: Sawit (hirisan atau sebiji), buah ara, gewang (spoon)

 

2. TENGAS

Tengas turut tergolong keluarga yang sama seperti kelah iaitu Cyprinidae, namun ia bukan dari spesies yang sama dan dibezakan dengan beberapa ciri (pernah dibincangkan dalam post terdahulu). Seperti kelah ia juga sering ditemui di kawasan sungai pergunungan yang berarus laju.
Umpan terbaik: Sawit Peram, buah ara, anak katak, cengkerik, ulat lundi, cacing, gewang (spoon)

 

3. TOMAN

Toman atau Giant Snakehead merupakan antara ikan buruan yang terkenal dengan sifat rakus ketika menyambar umpan. Ja sering ditemui di kawasan lombong terbiar, tasik, sungai, sungai mati atau paya. Ikan ini mampu membesar sehingga belasan kilo dan panjang mencecah 1.3 meter.

Umpan terbaik: Anak ikan (keli, emas, puyu, lampam, dll), daging, hati ayam, katak, isi ikan, gewang (jump frog, propeller, popper, spinnerbait, dll)

 

4. HARUAN

Satu lagi spesies snakehead yang menjadi kegilaan caster serata Malaysia. Seperti toman, ia juga merupakan spesies pemangsa yang rakus ketika menyambar umpan. Ja amat mudah membiak dan terkenal kerana mempunyai khasiat dalam membantu menyembuhkan luka dengan cepat.
Umpan terbaik: Katak, cengkerik, cacing, anak ikan, gewang (jump frog, soft plastic, dll)

 

5. RAJA

Ikan raja atau lebih dikenali dengan nama Peacock Bass merupakan antara spesies pendatang yang gemar diburu oleh kaki pancing terutamanya caster. Ia dikatakan sebagai ikan yang mempunyai nilai dalam seni pertarungan dan gemar membuat lompatan akrobatik. Mempunyai corak yang menarik pada badannya.
Umpan terbaik: Anak ikan, gewang (soft plastic, minnow, spoon, spinfly, jig)

 

6. PATIN

Patin merupakan antara spesies air tawar yang mempunyai ramai peminat. Ja dikatakan antara ikan yang sedap untuk dimakan. Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong. Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang mencecah harga ratusan sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ada beberapa spesies patin yang ada di Malaysia seperti patin buah, patin lawang dan patin.
Umpan terbaik: Buah ara, buah lakum, perut ayam, roti, dedak, pellet.

 

7. SEBARAU

Ikan Sebarau atau nama saintifiknya Hampala macrolepidota merupakan sejenis ikan yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan ikan air tawar yang menjadi target utama kaki casting. Ikan ini banyak tulang halus berbanding dengan ikan lampam.
Habitatnya mendiami di tasik dan di sungai-sungai terutamanya di sungai pergunungan yang masih belum tercemar dan gemar tinggal di sungai yang mengalir deras.
Umpan terbaik: Anak ikan, anak udang, gewang (minnow, spoon, dll)

 

8. BAUNG

Terkenal dengan jolokan raja di air keruh. Ikan baung mendiami habitat sungai-sungai panjang yang berarus dan juga boleh ditemui di tasik-tasik besar. Biasanya aktif diburu sewaktu air tinggi dan selepas hujan.
Umpan terbaik: Cacing, perut ayam, umpan tapa, anak ikan,anak udang

 

9. KELI

Antara spesies air tawar yang paling mudah dipancing. Spesies ini dikatakan begitu pelahap dan akan makan apa sahaja yang ada di depannya. Juga dijadikan antara ikan popular di kolam-kolam pancing air tawar suatu ketika dahulu.
Umpan terbaik: Cacing, cengkerik, anak ikan, perut ayam, anak udang, dll

 

10. TALAPIA

Spesies yang banyak mendiami kawasan lombong, tasik dan sungai- sungai kecil. Juga menjadi antara spesies yang mudah dipancing dan jika kena dengan waktu dan tempatnya boleh dipancing dengan banyak oleh kaki pancing.
Umpan terbaik: Lumut, anak udang, dedak, cacing.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *