IKAN AIR TAWAR PENDATANG DI MALAYSIA 

IKAN AIR TAWAR PENDATANG DI MALAYSIA 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

IKAN AIR TAWAR PENDATANG DI MALAYSIA

Tahukah anda senarai ikan air tawar yang sebenarnya adalah pendatang di Malaysia? Kehadiran ikan-ikan ini telah merosakan ekosistem habitat sungai di negara kita. Ini kerana kebanyakan dari ikan-ikan ini adalh dari kalangan ikan pemangsa.

Berikut adalah senarai ikan air tawar pendatang yang telah bertapak di Malaysia :

ALLIGATOR GAR

  • Ikan yang mempunya kepala dan mulut seakan buaya ini berasal daripada Amerika Utara. Pemangsa yang ganas dan dibawa masuk ke Malaysia sebagai ikan hiasan. Ikan ini adalah antara ikan air tawar terbesar dunia.

RED TAIL CATFISH

  • Ikan keli amazon ini berasal dari Lembah Amazon. Dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan ikan hiasan. Warna badannya yang sangat cantik dan saiznya mempu membesar sepanjang satu meter.

IKAN BANDARAYA

  • Ikan bandaraya atau ikan cuci cermin atau pleco ini sudah lama bertapak di malaysia. . Akibat tiada pemangsa, ikan ini telah mendominasi ekosistem sungai tempatan.
  • Ikan ini mempunyai ketahanan diri yang tinggi dan mampu hidup dalam keadaan air yang keruh.

IKAN PACU

  • Ikan pacu berasal daripada Amerika Selatan dan dibawa masuk sebagai ikan akuakultur. Mempunyai struktur gigi yang kuat dan popular dalam kalangan kaki pancing. Bentuk badannya yang leper membantu memberikan kekuatan ketika di dalam air.

ROHU

  • Ikan rohu merupakan spesies ikan yang dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan akukultur. Sekali tengok bentuk badannya menyerupai ikan jelawat. Spesies Ikan Rohu ini berasal daripada negara Asia Selatan seperti Bangladeh, India dan negara-negara di sekitarnya. Ikan ini popular di Malaysia dan mendapat permintaan yang tinggi daripada warga asing yang menetap di sini.

PIRANA

  • Ikan piranha merupakan ikan natif di amazon. Walaupun tidak popular di Malaysia, ikan ini sebenarnya antara spesis ikan yang diharamkan masuk ke Malaysia. Ikan piranha terkenal dengan sikapnya yang ganas dan mempunyai gigi yang tajam. Serangan ikan piranha dilakukan dalam satu kumpulan yang besar dan mempu untuk mencederakan mangsa dengan hanya satu gigitan sahaja. Jika terlepas ke dalam ekosistem Malaysia, dikhuatiri akan mengganggu ekosistem tempatan.

IKAN TILAPIA

  • Tilapia dibawa masuk ke malaysia untuk yujuan penternakan dan akuakultur. Terdapat dua jenis talapia yang popular di Malaysia iaitu tilapia merah dan tilapia hitam. Ikan tilapia mempunyai ketahanan hidup yang tinggi dan mampu membiak dengan kadar yang cepat. Jika tidak dikawal, populasi ikan tilapia boleh mendominasi sesuatu kawasan itu.

PEACOCK BASS

  • Juga berasal dari Lembah Amazon. Asalnya dibawa masuk sebagai ikan hiasan. Dikenali sebagai ikan pemangsa yang sangat ganas. Ia boleh menggangu habitat asal ikan pemangsa tempatan seperti haruan dan toman. Mulutnya yang besar memudahkannya untuk menyerang dan memakan mangsa yang bersaiz besar. Ikan peacock bass menjadi buruan kaki pancing kerana sifatnya yang ganas.

ARAPAIMA

  • Juga merupakan antara ikan air tawar terbesar dunia. Berasal daripada Lembah Amazon dan dibawa masuk untuk tujuan ikan perhiasan. Bersifat pemangsa dan mengganggu ekosistem ikan pemangsa tempatan. Saiznya boleh menjadi sebesar manusia dewasa. Badannya yang penjang memudahkannya untuk berenang laju untuk memburu mangsa.

PATIN MEKONG

  • Asalnya daripada Sungai Mekong dan dibawa masuk untuk tujuan akuakultur dan kolam pancing. Saiznya boleh menadi sepanjang orang dewasa. Di tempat asalnya, patin mekong merupakan sumber protein yang utama. Dan juga merupakan salah satu ikan popular yang ditangkap oleh nelayan sungai.

TONGSAN

  • Ikan tongsan merupakan salah satu sub-spesies dalam keluarga ikan kap. Ikan tongsan juga dikenali sebagai ikan kap kepala besar. Bentuk kepalanya menyerupai bentuk kepala ikan patin dan matanya terletak sedikit di bawah pada bahagian kepalanya. Ikαn tongsan ini mampu membesar sehingga sepanjang 4-5 kaki dan seberat 50 kg. Ikan tongsαn banyak dibela dalam kolam untuk tujuan ternakan ataupun sukan memancing.

KELI AFRIKA

Ikan keli αfrika dibawa masuk ke Malaysia secara komersial untuk tujuan ternakan dan akukultur. Hal ini kerana tumbesarannya yang cepat dan saiznya mampu untuk mencapai saiz keli mega. Ada di antara keli spesies ini yang bersaiz sebesar orang dewasa. Keli ini yang afrika juga banyak mendominasi sungai-sungai di Lembah Kelang.

 

KESIMPULAN

Pelepasan ikan asing khususnya keli Afrika ke sungai atau tasik kebiasaannya oleh mereka yang bernazar atau membayar hajat selain ikan peacock bass atau ikan raja dan alligator fish yang semuanya jenis pemangsa.

Pelepasan ikan pemangsa ini boleh mengganggu ekosistem habitat asal sungai kerana dilepaskan secara sengaja sehingga membahayakan spesies ikan tempatan.

Jadilah warganegara yang bertanggungjawab demi terus menjaga kelestarian hidupan air tawar Negara.

 

Baca Juga :

JENIS-JENIS IKAN KELISA : KECANTIKAN AROWANA

CARA PENJAGAAN IKAN KELISA : KESIHATAN DAN KECANTIKAN DALAM AKUARIUM

Ikan Kelah: Pesona dan Keanekaragaman di Dunia Perikanan

10 IKAN AIR TAWAR POPULAR DI MALAYSIA OLEH KAKI PANCING

5 Ikan Air Tawar Yang Mahal Harganya

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *