10 IKAN AIR TAWAR BERDURI

10 IKAN AIR TAWAR BERDURI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

10 IKAN AIR TAWAR BERDURI

Tahukah anda terdapat banyak spesis ikan air tawar berduri atau mempunyai sengat dengan pelbagai fungsi. Antara fungsinya adalah untuk melindungi diri dari pemangsa. jadi pastikan anda berhati-hati setiap kali mengendalikan spesis ikan ini.

Baca Juga : 10 Ikan Air Tawar Yang Hampir Pupus Di Malaysia

1.KENERAK

kenerak

Nama saintifik: Bagarius bagarius
Nama umum: Devil catfish, goonch
Sebagaimana keluarga ikan catfish atau ikan bermisai, spesies kenerak juga dipanggil baung askar turut memiliki sirip berduri tajam. Namun ia tidaklah berbisa sebagaimana ikan baung dan lebih bersifat senjata pelindung sebagaimana ikan patin.

Baca Juga : RESEPI IKAN KENERAK MASAK GULAI ASAM ROM

2.BANDARAYA / IKAN CUCI CERMIN

BANDARAYA / IKAN CUCI CERMIN

Nama saintifik : Pterygoplichthys disjunctivus (Weber, 1991)
Nama umum : Vermiculated sailfin catfish
Ikan bandaraya merupakan ikan yang tidak dikehendaki tetapi turut mempunyai pelindungan duri dari pemangsa. Ia jelas menunjukkan ikan ini turut menjadi mangsa kepada ikan lain walaupun pada pandangan mata manusia ia adalah ikan yang menjijikkan kerana memakan benda-benda kotor. Sebagaimana ahli keluarga catfish lain, duri tajamnya itu tetap menyakitkan jika tercucuk padanya.

3.IKAN LIMBAT/ KELI LIMBAT

IKAN LIMBAT/ KELI LIMBAT

Nama saintifik: Clarias nieuhofii
Nama umum: Slender walking catfish
Ikan limbat atau keli limbat ini biasanya lebih besar berbanding keli kampung. Habitat utama ikan ini di kawasan berpaya dan berlumpur termasuk tali air dan sawah padi. Ikan limbat mudah dibezakan kerana warna berlainan berbanding keli biasa. Biasanya badan keli limbat mempunyai bintik-bintik kuning. Terdapat juga limbat yang berwarna kuning sepenuhnya. Dan ia juga mempunyai duri bersengat sebagaimana ikan keli.

4.BAUNG

BAUNG

Nama saintifik : Mystus nemurus
Nama umum : River catfish
IKLAN
Ikan baung sentiasa menjadi antara spesies kegemaran bagi pemancing air tawar. Selain sesuai dijadikan hidangan, memancing baung juga mempunyai tarikan tersendiri. Ikan baung juga mempunyai duri yang tajam dan mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri sengat ikan baung terletak pada sirip dorsal dan juga sirip pektoralnya.

 

5.IKAN NGEK-NGEK / NYEK-NYEK / KENJIR

IKAN NGEK-NGEK / NYEK-NYEK / KENJIR

Ikan ni mungkin satu keluarga dengan ikan baung dan lundu tapi mungkin spesis berlainan yang banyak terdapat di taburan sungai Malaysia khususnya. Berada dalam kategori catfish sebab dia ada misai macam ikan keli.

 

 

6.KELI

KELI

Nama saintifik : Clarias sp
Nama umum : Walking catfish, catfish
Ikan keli merupakan antara ikan yang sering dapat dilihat dan mudah dikenali. Selain dipancing, ikan keli juga menjadi antara spesies utama yang diternak sebagai sumber makanan. Spesies keli termasuk keli bunga, keli kayu dan keli Afrika mempunyai duri dan sengat pada bahagian sama iaitu sepasang duri pada sirip pektoralnya.

 

7.PATIN

PATIN

Nama saintifik : Pangasius sp.
Nama umum : Shark catfish
Patin merupakan ikan tersohor dan terpenting di negara kita. Selain rasanya yang sedap, ikan patin juga mempunyai duri bersengat bagi mempertahankan dirinya. Duri tajam pada dorsal dan sirip pektoralnya mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri patin yang diternak biasanya tidak terlalu tajam jika dibandingkan dengan patin liar.

 

8.PUYU

PUYU

Nama saintifik: Anabas testudineus
Nama umum: Climbing perch, climbing gouramis
Ikan puyu tidak memiliki duri berbisa seperti ikan baung atau keli tetapi memiliki sirip yang keras dan tajam. Sirip dorsal yang menegak di sepanjang atas belakang badannya sering kali menimbul kerisauan pemancing apabila ingin menanggalkan mata kail dari mulutnya. Malah ketika disiang, sirip ini juga seringkali melukakan jari jemari.

 

9.TILAN

ikan tilan

Nama saintifik: Mastacembelus erythrotaenia Bleeker
Nama umum: ikan Tilan

Ikan Tilan atau pun ikan dikenal dalam keluarga Mastscembelidae adalah ikan yang hidup di air tawar dalam sungai di kawasan tropika. Ia juga merupakan sejenis ikan ivertebrata yang seakan sama dengan ‘Belut’ tetapi dibahagian belakang ikan tilan ini sebenarnya ia memiliki sirip seperti duri berbaris.

 

10.PARI SUNGAI

Ikan pari sungai

Ikan pari sungai atau dikenali sebagai ‘White Edge Freshwater Whip Ray’ hidup didasar sungai memiliki garisan putih pada sekeliling badanya. Seperti ikan pari laut, ikan pari sungai juga mempunyai sonak atau duri berbisa terletak diekornya yang mampu membunuh atau mencederakan manusia. pada masa dahulu, ikan pari sungai banayk mendiami di Sungai Perak dan sungai pahang. Namun, kini agak jarang kita dapat melihat spesies ini yang sudah berada diambang kepupusan.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *