i-AKAUN KWSP : DAFTAR, LOGIN DAN SEMAK PENYATA

i-AKAUN KWSP : DAFTAR, LOGIN DAN SEMAK PENYATA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

i-AKAUN KWSP : DAFTAR, LOGIN DAN SEMAK PENYATA

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan i-Akaun bagi membenarkan ahli serta majikan membuat urusan secara dalam talian atau online sahaja tanpa perlu pergi ke pejabat KWSP. Aplikasi mudah alih di telefon pintar juga telah diperkenalkan pada tahun 2014

Semua Ahli disarankan memiliki i-Akaun bagi mendapatkan pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan. Untuk pengguna pertama kali, mereka perlu mendaftar di cawangan KWSP ataupun Kiosk KWSP untuk membuat permohonan lalu mengaktifkan i-akaun. Setelah membuat pendaftaran, pengguna perlu mengaktifkan i-Akaun dalam tempoh 30 hari

APA ITU i-AKAUN KWSP?

i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mereka boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja tempat yang memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN i-AKAUN KWSP?

i-Akaun layak untuk didaftar oleh Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah serta Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah (i-akaun Majikan)

FUNGSI i-AKAUN KWSP?

i-Akaun mempunyai beberapa fungsi atau kegunaan bagi mereka yang yang telah mendaftar antaranya adalah:

Ahli:

  • Ringkasan akaun
  • Rekod caruman ahli dan majikan
  • Penamaan
  • Kelayakan pengeluaran
  • Pendaftaran Simpanan Shariah
  • Memohon e-Pengeluaran

Majikan: 

  • e-Caruman
  • e-CTML
  • e-Procurement
  • Alat Pengiraan

CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP BAGI AHLI

Terdapat beberapa cara bagi membuat pendaftaran i-AkaunKWSP bagi ahli antaranya adalah:

1. Pendaftaran i-Akaun Menerusi Pejabat/Kios

  1. Sila dapatkan ID & Kata Laluan sementara di pejabat / kios KWSP
  2. Layari PortalKWSP; https://www.kwsp.gov.my/ atau aplikasii-Akaun
  3. Pilih Log Masuk di tab menu dan tekani-Akaun (Ahli)
  4. Masukkan No Ahli yang diterima pada ruangan ID pengguna dan tekan Teruskan
  5. Masukkan Kata Laluan Sementara yang diterima menerusi SMS dan tekan Log Masuk
    *NOTA:Pengaktifan hendaklah dilakukan dalam masa 30 hari pengguna menerima SMS
  6. Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tandakan betul pada kotak checkbox dan tekan Seterusnya
  7. Cipta ID pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna
  8. Cipta juga kata laluan yang baharu
  9. Seterusnya, pilih Imej Online
  10. Sila isi Frasa Rahsia kemudian tekan Seterusnya
  11. Skrin pengaktifan berjaya akan ditunjukkan sebagai paparan. Pengguna boleh terus login ke i-Akaun

NOTA: Selain hadir ke pejabat cawanganKWSP, ahli juga boleh mengunjungi Kios Pihak KetigaKWSP bagi proses pendaftaran i-akaun.

2. Pendaftaran i-Akaun Menerusi Emel (Diperkenalkan Ketika PKP)

Melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my

  1. Muat turun borang daftari-Akaun KWSP (Ahli) menerusi emel:
  2. Lampiran Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang; dan
  3. Gambar swafoto Ahli KWSP bersama MyKad; dan
    • Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit); atau
    • Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit bagi pengguna prabayar (prepaid)
  4. Salinan buku / Penyata Akaun Bank Simpanan / Semasa yang aktif milik Ahli
  5. Sekiranya pengesahan berjaya, ahli akan:
    • Menerima ID pengguna dan Kata Laluan sementara menerusi SMS bagi pengaktifan i-Akaun (Ahli)
    • Langkah seterusnya ahli perlulah mengemaskini kata laluan baharu

CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP BAGI MAJIKAN

Pendaftaran i-Akaun Majikan

  1. Wakil majikan yang dilantik untuk menguruskani-Akaun bagi pihak majikan boleh mengunjungi mana-mana KaunterKWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifani-Akaun dengan mengisi Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i)
  2. Layari laman webKWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun (Majikan) dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun menggunakan Kod Pengaktifan tersebut. Majikan hendaklah mempunyai nombor KWSP yang sah

TERLUPA KATA LALUAN i-AKAUN KWSP?

ikuti panduan yang disediakan berikut:

  1. Layari Laman Web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/home
  2. Pilih Log Masuk dan tekan i-Akaun (Ahli)
  3. Tekan Lupa ID Pengguna/ Kata Laluan?
  4. Kemudian, pilih bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja/ Kata Laluan Sahaja/ ID Pengguna dan Kata Laluan)
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
  6. Tekan Permintaan TAC untuk mendapatkan Nombor TAC
  7. Nombor TAC akan diterima melalui SMS, kemudian masukkan Nombor TAC tersebut ke ruang yang disediakan.
  8. Cipta Kata Laluan Baru yang mempunyai kombinasi abjad adan nombor (contoh: zbcd9123)
  9. Isikan Pengesahan Kata Laluan dan Tekan Hantar

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya mempunyai pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran i-Akaun, boleh rujuk pautan di bawah atau hubungi di talian berikut:

Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP

Artikel berkaitan :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *