HUKUM NIAT PUASA SEBULAN : SAH ATAU TIDAK PUASA

HUKUM NIAT PUASA SEBULAN : SAH ATAU TIDAK PUASA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

HUKUM NIAT PUASA SEBULAN : SAH ATAU TIDAK PUASA

Tahukah anda hukum niat puasa sebulan di bulan Ramadhan? MENJELANG bulan Ramadan yang akan disambut kelak, kita tidak akan terlepas daripada sering diingatkan mengenai syarat-syarat sah berpuasa. Haruslah diketahui bahawasanya niat merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib.

APA ITU PUASA?

Puasa secara bahasa bermaksud “menahan diri“.

Dari segi istilah syarak puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat“.

APA ITU NIAT PUASA?

Niat merupakan salah satu daripada rukun bagi puasa. Niat itu di dalam hati dan bukan dengan lisan. Dan Niat itu adalah qasad kehendak yang pasti atau tujuan di dalam jiwa. Jika kita telah ada qasad tujuan untuk berpuasa Ramadan pada siang hari, maka ia telah dikira sebagai niat.

Imam Ibn Hajar al-Haitami (974H) berkata:

ولو تسحّر ليصوم أو شرب لدفع العطش نهارا أو امتنع من نحو الأكل خوف الفجر كفاه ذلك إن خطر بباله الصّوم بالصّفات الّتي يشترط التّعرّض لها

“Sekiranya seseorang itu bersahur untuk tujuan berpuasa ataupun minum agar dapat menahan daripada dahaga pada siang hari ataupun bersahur untuk mencegah daripada perkara (membatalkan puasa) seumpama makan kerana takut akan terbit fajar, maka telah memadai hal itu (untuk dikira sebagai niat puasa) jika terdapat pada pemikirannya untuk berpuasa dengan sifat seperti mana yang telah disyaratkan dengan hadir pada hatinya perkara yang disyaratkan ada sewaktu berniat akan qasad untuk berpuasa” [Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-Makki al-Haitami (2020), Al-Manhaj Al-Qawim, Beirut: Lubnan, hal 398]

HUKUM NIAT PUASA SEBULAN

Menurut pandangan mazhab Syafie, niat puasa diwajibkan untuk dilakukan bermula pada tiap malam sehingga sebelum terbit fajar. Tidak sah jika diniatkan puasa sebulan. Jika diniatkan puasa sebulan penuh pada malam pertama Ramadan, niat itu hanya sah dikira untuk puasa bagi hari pertama sahaja menurut ulamak mazhab Syafie, tidak dikira untuk malam yang lain.

Walau bagaimanapun, niat puasa sebulan sekaligus dikira sah menurut ulamak mazhab Maliki Beberapa ulamak Syafieyah membenarkan untuk bertaqlid dengan mazhab Maliki dalam hal ini antaranya dapat ditemui dalam kitab:

  1. Busyra al-Karim
  2. Hasyiah al- Syarqawi
  3. al-Manhaj al-Qawim
  4. Hasyiah al-Bajuri

Di dalam Hasyiah al-Qolyubi:

وينْدب أَنْ ينوي أَوّل ليلة صوم شهْر رمضان أَوْ صوم رمضان كلّهُ لينفعَه تقليد الْإِمام مالك في يوم نسي النّيّة فيه مثلًا لأَنّها عِنْدَهُ تكفي لجمِيع الشّهْر ، وعنْدنا للّيلة الْأُولى فقطْ .

“Dan dianjurkan untuk berniat pada malam pertama Ramadan diniatkan puasa sebulan penuh untuk mengambil manfaat bertaqlid kepada mazhab Imam Malik agar dapat menampung pada hari yang terlupa untuk berniat contohnya hal ini kerana di sisi Malik ia (niat) sebulan penuh memadai bagi sebulan keseluruhannya. Di sisi kami (mazhab Syafie), niat seperti itu hanya memadai untuk malam pertama sahaja” [al-Qalyubi, Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubi Al-Misri (1995), Hasyiah Qalyubi ‘ala Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin, Beirut: Dar al-Fikri, jil. 2, hal 66]

Namun bagi wanita yang telah niat sebulan penuh pada malam pertama Ramadan kemudian telah berpuasa beberapa hari, setelah itu mengalami haid. Apabila telah suci dan ingin berpuasa semula perlu memperbaharui niat puasa mereka semula.

Kesimpulannya, sah untuk berniat sebulan penuh menurut mazhab Maliki. Walaupun ulamak Syafieyah membenarkan bertaqlid dengan mazhab Maliki untuk berniat sebulan terus, mereka tetap menganjurkan untuk berniat pada tiap-tiap malam.

CARA NIAT PUASA HARIAN BULAN RAMADHAN

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

CARA NIAT PUASA SEBULAN BULAN RAMADHAN

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

  • Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 
  • Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 

SUMBER RUJUKAN

MINDA TAJDID

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *