Hukum Menyertai Pertandingan Memancing

Hukum Menyertai Pertandingan Memancing
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Hukum Menyertai Pertandingan Memancing

Tahukah anda apakah hukum menyertai pertandingan memancing? Aktiviti memancing asalnya adalah hobi dan menjadi mata pencarian kepada masyarakat. Namun kini banyak pertandingan memancing sudah dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Jika bercerita mengenai pertandingan, hadiah menjadi rebutan, bukan ikan lagi. Pelbagai hadiah yang ditawarkan bergantung kepada pengelola atau penganjur. Ada hadiah berupa ratusan ringgit dalam not duit atau sebuah Hilux atau kenderaan lain. Tidak kiralah ganjaran bagaimana ia merupakan hadiah kepada kategori tertentu yang diperkenalkan dalam pertandingan memancing tersebut.

Baca Juga : Cara Memilih Joran Pancing Kuat Dan Tahan

Namun bagi orang Islam, setiap suatu perkara yang dilakukan mestilah berlandaskan hukum.

Jadi, Apakah Hukum Meyertai Pertandingan Memancing?

Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 1/2017 telah bersidang pada 21-23 Februari 2017M/24-26 Jamadilawal 1438H, bertempat di Bilik Likas, Hotel Horizon, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan mengenai perkara “Hukum Menyertai Pertandingan Memancing” dan telah bersetuju memutuskan untuk diwartakan bahawa:

  1. Hukum asal pertandingan memancing adalah harus selagi mana mematuhi garis panduan syariah.
  2. Sekiranya hadiah ditaja oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan maka ia adalah harus.
  3. Sekiranya pertandingan tersebut mengambil yuran penyertaan bagi tujuan memberi hadiah kepada peserta, maka ia adalah haram kerana dikira sebagai Qimar (judi) dan bertentangan dengan konsep ‘Iwad (pulangan) iaitu hanya memberi manfaat kepada pemenang.
  4. Mana-mana orang Islam yang ingin menganjurkan atau menyertai pertandingan memancing hendaklah memastikan ia bersih daripada sebarang unsur perjudian atau penipuan selaras dengan kehendak syarak.

Sumber Dan Rujukan : http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15842

 

Baca Juga : 10 Ikan Air Tawar Yang Hampir Pupus Di Malaysia

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *