HARGA LESEN KERETA MOTOR : SENARAI TERKINI

HARGA LESEN KERETA MOTOR : SENARAI TERKINI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

HARGA LESEN KERETA MOTOR : SENARAI TERKINI

Tahukah anda senarai harga lesen kereta dan motor terkini? Panduan buat semua rakyat Malaysia terutamanya yang ingin mengambil ujian memandu JPJ dan belum mengetahui harga lesen memandu kereta dan motosikal. Adakah anda sudah mengkaji berapa kos yang diperlukan untuk menduduki ujian memandu kereta dan motosikal bagi tahun 2023 yang terkini? Buat panduan semua, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal terkini meliputi harga yang dikenakan untuk mendapatkan lesen samada kereta auto/ manual ataupun motorsikal.

Kenderaan persendirian seperti kereta dan motosikal boleh dikatakan sebagai sesuatu yang amat penting untuk dimiliki pada hari ini. Selain daripada tempat tinggal, pakaian dan makanan, kenderaan juga boleh dikategorikan sebagai suatu keperluan buat setiap individu. Kenderaan seperti kereta dan motosikal dapat memudahkan urusan kita sehari-hari dengan membawa kita ke destinasi yang ingin dituju. Di samping itu, ia sedikit sebanyak dapat membantu kita ketika sedang berada dalam kecemasan.

SYARAT UMUM UNTUK AMBIL LESEN

Syarat-syarat untuk menduduki ujian mengikut kategori secara ringkasnya adalah seperti berikut:

  1. i) Lesen motosikal B2 / Superbike B Full kuasa 500 cc : Sekurang-kurangnya berumur 16 tahun
  2. ii) Lesen memandu kereta (manual atau automatik) : Sekurang-kurangnya berumur 17 tahun

iii) Bagi lesen E (bas atau lori) : Sekurang-kurangnya berusia 21 tahun

SENARAI HARGA LESEN KERETA MOTOR

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan harga anggaran kadar harga lesen memandu 2024 terkini mengikut kategori kenderaan dan kelas. Maklumat akan dikemaskini berdasarkan perkongsian daripada institut dan pusat memandu. Harga yang ditunjukkan merangkumi yuran pembelajaran dan latihan pemanduan untuk mengambil lesen kereta atau motosikal.

Oleh kerana harga berbeza bergantung pada institut memandu, kami tidak dapat untuk membekalkan info tentang harga dengan tepat. Namun begitu, berikut adalah anggaran harga yang diperoleh menurut tinjauan yang telah dibuat ke atas kadar yang dikenakan oleh Institut Memandu di seluruh Malaysia bagi harga lesen belajar memandu kereta dan motosikal. Kadar bayaran untuk ambil lesen belajar memandu ldl adalah seperti berikut:

KADAR ANGGARAN HARGA LESEN KERETA MOTOR

Kerajaan Malaysia telah membantu menetapkan julat harga bagi mendapatkan lesen memandu.

  • Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) – RM350 hingga RM450
  • Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc) – RM900 hingga RM1100
  • Lesen Kereta Manual D – RM1150 hingga RM1300
  • Lesen Kereta Automatik  DA – RM1250 hingga RM1500

KADAR CAJ TAMBAHAN LESEN KERETA MOTOR

Kemungkinan besar institut memandu akan mengenakan cas tambahan berdasarkan kemudahan atau perkhidmatan tambahan seperti duit minyak, sewa kenderaan dan kos operasi sehingga melebihi harga maksimum. Namun harganya perlulah munasabah.

  • Pendaftaran Pelajar – Tidak melebihi RM50
  • Insurans Pelajar – Bergantung insurans yang diambil
  • Gambar Pelajar di Pusat Ujian – Bergantung kepada tawaran pusat latihan
  • Bahan Kursus dan Buku KPP – Bergantung pada harga buku yang dibeli
  • Perkhidmatan Lesen Memandu – Bergantung kepada tawaran pusat latihan
  • Kemudahan Pengangkutan (jika diperlukan oleh pelajar) – Rm 0.50/km = RM 1/km (pergi-balik)

Jika institut memandu meletakkan harga lebih tinggi sehingga tidak munasabah, seeloknya cuba untuk mengkaji harga di institut memandu lain. Barangkali ada yang menawarkan Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal terkini yang lebih murah dan berpatutan. Sekiranya tidak lulus ujian, ada kemungkinan perlu mengulang semula ujian dan membuat bayaran lagi, maka buatlah keputusan yang bijak

KADAR BAYARAN RENEW LESEN MEMANDU 

Kadar harga buat baru dan bayaran renew lesen motor dan kereta terkini baik L atau P di JPJ, anda boleh semak jadual bawah ini

BAYARAN RENEW LESEN MEMANDU

BAYARAN RENEW LESEN

SENARAI INSTITUT MEMANDU UNTUK AMBIL LESEN KERETA MOTOR

Senarai Institut Memandu Di Malaysia Mengikut Negeri . Anda juga boleh membuat pengesahan harga dengan menghubungi senarai Institut Memandu mengikut negeri di pautan berikut :-

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *