HARGA INTERNET STARLINK MALAYSIA : CARA LANGGAN

HARGA INTERNET STARLINK MALAYSIA : CARA LANGGAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

HARGA INTERNET STARLINK MALAYSIA : CARA LANGGAN

Tahukah anda berapa harga internet starlink Malaysia? Pernahkah anda mendengar internet Starlink? Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan Starlink telah tersedia di Malaysia. Kepada anda yang tinggal di kawasan yang tiada talian fiber dan 5G, altenaif yang terbaik adalah anda boleh melanggan perkhidmatan internet yang disediakan oleh Starlink ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara langgan dan juga pakej yang tersedia pada masa kini, semoga membantu.

Baca Juga : CARA TUKAR NO TELEFON MAYBANK : Untuk Terima TAC

APA ITU STARLINK MALAYSIA

Starlink merupakan perkhidmatan internet satelit yang dikendalikan oleh SpaceX milik Elon Musk, menyediakan liputan berasaskan satelit ke lebih 56 negara, dengan rancangan sedang dijalankan untuk mengembangkannya kepada perkhidmatan telefon mudah alih

 

HARGA KIT INTERNET STARLINK MALAYSIA

Pada masa kini, terdapat dua pilihan unttuk pembelian perkakasan kit starlink ini iaitu:

Kit Standard RM2,300 Kit Standard memberikan perkakas yang mampu menyediakan kepantasan internet yang baik. Di samping itu, ia juga boleh menerima capaian satelit di kawasan sukar mendapat rangkaian talian fiber dan 5G.

Mempunyai piring satelit yang mampu bergerak sendiri. Ia juga disertakan router WiFi 5 dwi-jalur MIMO 3×3.

Kit High Performance RM11,613 Kit High Performance memberikan perkakas yang lebih tahan lasak terutama di waktu hujan, serta mampu menyediakan kepantasan lebih baik. Di samping itu, ia juga boleh menerima capaian satelit lebih baik daripada kit Standard.

Mempunyai piring satelit yang mampu bergerak sendiri. Ia juga disertakan router WiFi 5 dwi-jalur MIMO 3×3.

 

HARGA PELAN INTERNET STARLINK MALAYSIA

Pada masa kini hanya satu pelan langgan disediakan untuk Malaysia iaitu pelan Standard berharga RM220 sebulan

 

KELEBIHAN INTERNET STARLINK MALAYSIA

Berikut adalah merupakan antara kelebihan pelan Standard Starlink ini iaitu:

  • Kelajuan muat turun sekitar 25 ke 100Mbps, dan kelajuan muat naik 5 ke 10Mbps.
  • Tahap kependaman pula sekitar 25 ke 60 ms. Kelajuan sebegini hampir sama dengan kelajuan 4G.
  • Tiada had kuota tetapi tertakluk kepada polisi penggunaan saksama (FUP).

 

CARA LANGGAN INTERNET STARLINK MALAYSIA

Kepada anda yang beminat unuk melanggan, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Layari pautan Order Starlink
  2. Masukkan kawasa anda berada pada ruangan tersedia dan klik Order Now
  3. Pilih perkakasan kit yang anda inginkan
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia
  5. Setelah lengkap klik pada Place Order
  6. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai

 

PROMOSI INTERNET STARLINK MALAYSIA

Sekiranya anda melanggan pelan Standard ni, anda dapat mencuba selama 30 hari secara percuma dan, jika tidak berpuas hati anda boleh pulangkan perkakasan untuk bayaran balik penuh.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanju mengenai pakej internet Sratlink, anda boleh melayari portal rasmi Starlink Malaysia.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *