HAIWAN PUPUS DITEMUI KEMBALI : RAHSIA ALAM

HAIWAN PUPUS DITEMUI KEMBALI : RAHSIA ALAM
Share Artikel Ini Di Media Sosial

HAIWAN PUPUS DITEMUI KEMBALI : RAHSIA ALAM

Tahukah anda terdapat Haiwan yang telah dikatakan pupus kini ditemui kembali? Antara salah satu faktor utama berlakunya kepupusan spesis haiwan adalah kerana kerakusan nafsu manusia membangunkan bumi menjadi hutan kongkrit. Dengan ini, aktiviti penebangan hutan menjadi berleluasa meninggalkan haiwan-haiwan tanpa habitat.

Berikut adalah 9 spesis haiwan yang telah pupus dan ditemui kembali :

Baca juga :10 Ikan Air Tawar Yang Hampir Pupus Di Malaysia

WOLVERINE

Seekor wolverine dijumpai buat kali kedua di California Utara sejak spesis itu dipercayai pupus lebih 100 tahun lalu, lapor portal berita Mail Online semalam. Gambar haiwan itu dirakam oleh Ryan Campbell pada Mei lalu ketika dia bermain ski di Gunung Mammoth, California.

Penampakan haiwan itu adalah kali kedua selepas ia dikatakan pupus di California pada 1922 akibat perburuan.

BURUNG KAKAK TUA MACAW SPIX

Spesies burung kakak tua yang kali terakhir dikesan 20 tahun lalu, ditemukan semula di Brazil. Lapor The Guardian, spesies Macaw Spix pernah `hilang’ di hutan, kini kembali semula selepas projek pembiakan burung dilaksanakan.

Sekumpulan spesies burung kakak tua itu dilaporkan terbang dengan bebas di negara itu selepas dilepaskan sebulan lalu.

BURUNG PELANDUK KALIMANTAN

Spesies burung pelanduk kalimantan yang dilaporkan ‘hilang’ selama 172 tahun ditemui semula di hutan Kalimantan. Penemuan semula spesies burung itu ternyata mengejutkan penduduk Kalimantan Selatan.

Kehilangan spesies burung dengan nama saintifiknya dikenali sebagai Malacocincla Perspicillata dianggap sebagai ‘misteri terbesar dalam sejarah zoologi Indonesia’. Penyelidik gembira dengan penemuan itu yang disifatkan sebagai momentum untuk penyelidikan dan pemuliharaan spesies terancam di Indonesia.

SALAMANDE JACKSON

Pakar amfibia Paul Elias dan Jeremy Jackson telah menemukan 3 spesis salamander dalam ekspedisi di hutan di Guatemala pada tahun 1975. Salah satu daripadanya adalah salamander Jackson ini yang berwarna kuning terang dan diberi nama “golden wonder”. Walaupun menarik namun haiwan ini dikatakan sukar untuk difahami.

Selepas penemuan itu, tiada siapa lagi yang berjaya menemui spesis ini selama 42 tahun. Kedua-dua Paul dan Jeremy melawati kawasan yang sama pada tahun 2014 namun gagal menjejaki spesis ini.

Pada tahun 2015, sebuah kumpulan antarabangsa yang dikenali sebagai Global Wildlife Conservation (GWC) telah membantu menubuhkan Rizab Amfibia Finca San Isidro di barat Guatemala. Dan pada tahun 2017, salah seorang daripada renjer kumpulan ini yang sedang berehat telah ternampak seekor salamander kuning.

Gambar salamander itu diambil dan dihantar kepada ahli amfibia Carlos Vasquez yang mengesahkan ia merupakan salamander Jackson.

KANCIL TERKECIL DI DUNIA

Sejenis haiwan menyerupai kancil yang terkecil di dunia dan dikatakan sudah pupus, baru-baru ini dirakam di Vietnam buat pertama kali muncul semula dalam masa hampir 30 tahun.Media antarabangsa melaporkan saintis kali terakhir temui haiwan tersebut, yang juga dikenali sebagai kancil Vietnam, pada tahun 1990 di bahagian tengah negara rantau Asia Tenggara itu.

Berita gembira itu disahkan melalui kenyataan badan hidupan liar antarabangsa, Global Wildlife Conservation dan merujuk nama rasmi spesies berkenaan sebagai ‘silver-backed chevrotain’.

ORIENTAL BLUE CLEARWING

Serangga yang dikenali sebagai oriental blue clearwing ini menyerupai beberapa jenis lebah dan tebuan. Bagi mengubah dirinya menyerupai serangga yang mempunyai sengat, haiwan ini berubah menjadi warna seperti lebih.

Spesis ini mula ditemui pada tahun 1887 apabila satu spesimen yang mati dipungut dan dihantar ke Natural History Museum di Vienna, Italy. Dan dalam masa 130 tahun selepas itu sehingga 2017, tiada spesimen lain ditemui sama ada hidup atau mati.

Disebabkan ini para saintis pasti bahawa spesis ini telah pupus. Namun seorang pakar serangga dari Poland, Marta Viloponi dari University of Gdansk bersama suaminya telah mengambil gambar spesis serangga ini di antara tahun 2013 hingga 2017. Selepas ujian DNA dilakukan, spesis yang disangka telah lama pupus kini kembali hidup.

Lebih menakjubkan, spesis ini ditemui di selatan Malaysia.

ULAR INDIGO TIMUR

Spesies ular indigo timur dilaporkan membuat kemunculan semula di Alabama, Amerika Syarikat, selepas pupus sejak 1950.

Reptilia berwarna hitam dan terpanjang berasal dari utara itu ditemukan di habitat liar dan ia merupakan yang kedua dikesan di Alabama dalam tempoh 60 tahun.

MONYET SAKI VANZOLINI

Monyet saki yang mukanya tidak berbulu ini dikenali sebagai Vanzolini. Ia sangat jarang ditemui dan pandai bermain sembunyi. Spesis ini mula-mula ditemui oleh saintis pada tahun 1936.

Semenjak itu, spesis monyet ini tidak lagi dijumpai. Walaupun beberapa spesimen haiwan ini yang dijumpai mati pada tahun 1956, namun tiada laporan yang mengesahkan ia masih wujud.

10 bulan yang lalu, sebuah pasukan ditubuhkan untuk mencari bukti bahawa spesis ini masih wujud. 7 orang primatologis, beberapa orang pemandu arah dan jurugambar termasuk helikopter drone mengambil bahagian dalam ekspedisi ini.

Ekspedisi ini membuahkan hasil apabila mereka menemukan spesis monyet ini di sepanjang Sungai Jurua, Tarauca dan Liberdade di Amazon. Namun spesis ini dalah bahaya akibat aktiviti pembalakan dan penduduk tempatan menjadikan monyet ini sebagai makanan. Jika ia tidak dilindungi, spesis ini akan benar-benar pupus.

MULGARA BEREKOR PUNCAK

Crest-tailed mulgara adalah mamalia marsupial yang sangat kecil dan menyerupai tikus. Bukti fosil menunjukkan mulgara dahulunya wujud di Australia namun jumlah mamalia ini berkurangan dengan cepat sekali.

Diandaikan bahawa haiwan ini telah lama pupus di sempadan New South Wales, Australia. Namun pada 15 Disember 2017, University of New South Wales membuat satu sidang media pertama kali dalam sejarah bagi mengesahkan bahawa spesis telah dijumpai di Sydney.

Haiwan ini yang berjantina betina ditangkap di Taman Nasional Sturt oleh pasukan penyelidik. Spesimen itu dilepaskan kembali selepas diambil ukuran badannya.

 

ARTIKEL LAIN :

HAIWAN IKONIK MALAYA : PEMBAWA IDENTITI

HAIWAN TERANCAM DI MALAYSIA : KRISIS KELESTARIAN

Ancaman Harimau Malaya dan Usaha Perlindungannya di Malaysia

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *