HAIWAN IKONIK MALAYA : PEMBAWA IDENTITI

HAIWAN IKONIK MALAYA : PEMBAWA IDENTITI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

HAIWAN IKONIK MALAYA : PEMBAWA IDENTITI

Tahukah anda ada beberapa haiwan di malaysia yang menjadi ikonik kerana membawa nama malaya? Spesis-spesis ini di letakan perkataan “Malaya” di dalam namanya kerana asal usul mereka daripada malaya dan telah menjadi kebanggaan Negara sekian lama. Namun spesis ini kini telah di ancam kepupusan yang agak serius.

Berikut adalah senarai Haiwan ikonik Malaya :

TAPIR MALAYA

Tapir Malayan ini merupakan spesies tapir, cipan, tenuk, badak tampung yang paling besar berbanding tiga lagi spesies yang ada di dunia. Uniknya tapir ini kerana warnanya putih dan hitam memudahkannya untuk menyamar.

Oleh kerana kulitnya yang tebal dan kebolehan berlari dengan pantas, maka tapir ini jarang ditangkap oleh pemangsa lain, kecuali manusia!

MALAYAN PEACOCK PHEASANT

Keunikan Malayan peacock pheasant atau dalam bahasa tempatan, burung merak pongsu yang membezakan burung tersebut dengan spesis merak yang lain, adalah saiznya yang lebih kecil serta ekornya yang lebih pendek.

Dari segi saintifiknya, burung merak pongsu digelarkan sebagai ‘polypectron malacensis.’ Macam nama watak siri Transformers pula namanya.

Membiak di sekitar semenanjung Malaysia sehinggalah ke kawasan Segenting Kra di Thailand, tebaran burung ini tidak merata kerana dipercayai bergerak jauh berbanding lokasi asalnya.

Populasi burung merak pongsu ini semakin hari semakin berkurangan, walaupun satu ketika dahulu sangat senang ditemui. Dianggarkan tinggal lebih kurang 7,000 spesis ini di sekitar hutan-hutan di negara kita serta beberapa kelompok lagi di Thailand.

KATAK TERBANG MALAYA

Antara spesis katak unik yang mempunyai keupayaan untuk terapung di udara dalam jangkamasa terhad, katak terbang Malaya atau ‘Malayan flying frog’ mempunyai saiz yang agak besar.

Katak betinanya mampu mencecah sehingga 7.6 cm panjang, sementara jantan pula lebih kecil sekitar 6.2 cm. Mempunyai warna hijau terang dengan bintik-bintik merah, katak terbang Malaya hidup di Thailand, Semenanjung Malaysia dan Sumatera.

Dikelaskan secara saintifik kali pertama pada tahun 1924 di bawah nama spesis ‘Zhangixalus prominanus’, nama lama katak ini adalah Johore Flying Frog sebelum ditukar kepada ‘Malayan’ bagi menunjukkan lokasinya dengan lebih tepat.

Setakat ini taburan populasi ini masih belum masuk kategori terancam.

TENGGILING MALAYA

Dipersalahkan sebagai punca utama merebaknya Covid-19 pada awalnya, tenggiling Malaya merupakan sejenis haiwan terancam yang berdepan satu masalah besar – dagingnya diburu untuk dijadikan makanan.

Diletakkan di bawah kategori haiwan terancam kritikal serta berdepan penurunan ketara jumlah yang masih ada, tenggiling ini ditemui di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Berikutan taburannya yang luas itulah, tenggiling Malaya turut sama dirujuk sebagai ‘tenggiling Sunda’ atau ‘tenggiling Jawa’, sempena nama saintifiknya ‘Manis Javanica.’

Tahukah anda tenggiling tidak mempunyai penglihatan yang baik, tetapi mempunyai kemampuan menghidu yang membolehkan mengenalpasti sesuatu dengan sangat baik? Selain itu, ibu tenggiling juga akan membawa anak mereka ke mana-mana sahaja dengan anaknya akan berpaut kepada ekor ibunya sepanjang perjalanan.

HARIMAU MALAYA

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni) adalah subspesies harimau yang ditemukan di Semenanjung Malaysia. Spesies ini memiliki corak bulu yang khas dengan belang-belong hitam yang tebal dan warna jingga keemasan. Ukuran harimau jantan biasanya lebih besar daripada betina, dengan panjang tubuh mencapai 2,5 meter dan berat mencapai 200 kg atau lebih.

Baca Juga :

HAIWAN TERANCAM DI MALAYSIA : KRISIS KELESTARIAN

JENIS-JENIS IKAN KELISA : KECANTIKAN AROWANA

Mengenal Lebih Dekat Harimau Malaya: Keajaiban Satwa Ikonik Malaysia

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *