HADIS DAN DALIL IBADAH QURBAN (KELEBIHAN & FADILAT)

HADIS DAN DALIL IBADAH QURBAN (KELEBIHAN & FADILAT)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

HADIS DAN DALIL IBADAH QURBAN (KELEBIHAN & FADILAT)

Melihat kepada hadis Dan Dalil Ibadah Qurban, ini merupakan ibadah yang mempunyai fadilat yang besar. Ia merupakan sunnah yang sentiasa dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan sangat dianjurkan untuk melakukannya.

Ada beberapa hadis yang menunjukkan betapa besarnya fadilat korban, maka ia sebuah ibadah yang harus kita lakukan sebaik sahaja kita berkemampuan.

Baca Juga : TATACARA PELAKSANAAN IBADAH QURBAN (BAHAGIAN 1)

Maksud & Definisi Qurban

Maksud Qurban

  • Qurban pada nama bermaksud bagi sesuatu yang dikorbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidiladha

Definisi Ibadah Qurban

  • Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu

 

Kelebihan Qurban Menurut Islam

Menggalak Aktiviti Ternakan Haiwan

  • Qurban dilaksanakan setahun sekali. Permintaan terhadap haiwan ternakan dapat menggalakakn aktiviti ternakan haiwan dan secara tidak langsung menjaga ekonomi masyarakat islam.

Saluran Bantuan Pada Golongan Fakir & Miskin

  • Daging Qurban lebih adfal disedekahkan kepada orang fakir miskin. Jadi ini mendidik kita agar tidak mementingkan diri.

Menghidupkan Ibadah Para Nabi & Rasulullah SAW

  • Baginda SAW sentiasa melaksanakan Qurban. Kita sebagai pengikutnya perlu menghidupkan sunnah baginda sebaik mungkin.

 

Hadis Dan dalil Ibadah Qurban Dari Rasulullah saw

1.Hadis Qurban Riwayat Ad-Dailami

Gemukkanlah haiwan-haiwan korban kalian, kerana sungguh haiwan itu adalah kendaraan kalian saat melewati sirat (jambatan) kelak (HR. Ad-Dailami no. 628).

  • Hadis ini diriwayatkan dari Sahabat Abu Hurairah ra. Namun, para ulama menilai sanad hadis ini sangat lemah, di antaranya Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Imam As-Sakhawi, dan Imam Suyuti.

2.Hadis Qurban Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya;

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW, maksudnya;

“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan, maksudnya;

“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)

*Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.

3.Hadis Qurban Riwayat al-Hakim

Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan Imran bin Husain r.a, Nabi s.a.w memerintahkan anak perempuan baginda, Fatimah datang semasa sesi penyembelihan binatang korban kerana bila darah pertama binatang tersebut jatuh ke bumi, Allah memberi pengampunan pada dosa-dosanya yang lalu. (Riwayat Hakim)

4.Hadis Qurban Riwayat Imam Ibnu Majah

Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya :“Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”

  • Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan al-Hakim, katanya: “Sahih sanadnya”. Namun begitu, terdapat pada sanadnya ‘A’izullah al-Mujasyi’i dan Abu Dawud al-A’ma, dua perawi bermasalah yang menjadikan sanad hadis ini sangat daif

 

Fadilat Ibadah Qurban

1.Bantu Golongan Yang Fakir & Miskin

  • Berkorban mendidik kita yang rezeki adalah pemberian Allah SWT. Maka ini mengajarkan kita agar tidak sombong dengan hasil titik peluh kita.

2.Menyucikan Diri Peserta Korban

  • Ibadah korban mempunyai pelbagai syarat sah yang perlu dipenuhi, bermula daripada pemilihan haiwan, proses sembelihan dan juga agihan daging. Semua ini menguji iman dan kesabaran orang yang berkorban

3.Merapatkan Ukhwah & Silaturrahim

  • Pelaksanaan ibadah korban memerlukan tenaga yang ramai. Jadi sepanjang proses korban ini dapat merapatkan silaturrahim antara jiran tetangga, ahli qariah dan juga jurang antara mereka yang berada dan kurang berkemampuan.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *