GAJI EJEN HARTANAH : BERAPA KOMISEN JUALAN

GAJI EJEN HARTANAH : BERAPA KOMISEN JUALAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

GAJI EJEN HARTANAH : BERAPA KOMISEN JUALAN

Tahukah anda berapa gaji atau pendapatan sebagai ejen hartanah? Kebelakangan ini ramai yang berminat nak jadi ejen atau perunding hartanah. Mungkin anda pun sama. Jadi dalam artikel ini saya nak terangkan tentang pendapatan / gaji seorang ejen, supaya anda faham dan bersedia.

Baca juga : CARA MEMBELI TANAH LOT : PILIH LOT RUMAH

ADAKAH EJEN HARTANAH MEMPUNYAI GAJI TETAP?

Untuk makluman anda, sebagai ejen hartanah, anda tidak akan mempunyai gaji basic atau pendapatan tetap. Pendapatan hakiki seorang perunding hartanah adalah melalui komisen jualan atau sewaan rumah. Namun sekiranya anda berminat dalam bidang hartanah dan ingin mempunyai gaji yang tetap, mungkin boleh sertai syarikat pemaju hartanah.

Dengan menyertai syarikat Pemaju mungkin anda akan di bayar gaji bulanan dan komisen untuk setiap jualan. Keburukannya, anda hanya boleh jual produk pemaju tersebut sahaja. Dan potensi pendapatan anda tak setinggi ejen yang bekerja bawah agensi hartanah.

APAKAH SUMBER PENDAPATAN EJEN HARTANAH?

1. GAJI EJEN HARTANAH MELALUI KOMISEN JUALAN

gaji ejen hartanah yang pertama adalah akan dapat komisen dari setiap jualan rumah yang berjaya. Katakan rumah berharga RM500,000 dan fi agensi ialah 3%. Ini bersamaan RM15,000.  RM15,000 ini anda akan kongsi dengan agensi. Sebagai perunding hartanah baru, peratus perkongsian anda sekitar 60%. Ini bermakna komisen bersih anda ialah RM9,000 (RM15,000 x 60%).

 

2. Fi RUJUKAN PEGUAM KEPADA PEMBELI ATAU REFERRAL FEE

Gaji ejen hartanah seterusnya adalah, Setelah berjaya jual rumah, Pada masa yang sama, anda juga boleh rekemen khidmat peguam hartanah yang baik kepada klien atau pembeli rumah tadi.

Untuk makluman anda, Sesetengah peguam hartanah, akan hadiahkan anda fi perujuk (referral fee). Untuk rumah yang berharga RM500,000, fi perujuk mungkin sekitar RM3000 untuk perjanjian jual beli dan juga perjanjian pinjaman.

 

3.Fi SERVIS TAMBAHAN

Apakah Fi servis tambahan? Fi servis tambahan ini adalah, setelah pembeli telah membeli rumah dan mungkin masih memerlukan perkhidmatan tambahan seperti khidmat ubahsuai rumah atau renovate. Jadi disini mungkin anda boleh mencadangkan atau melantik mana-mana kontraktor untuk kerja ini.

Disini anda boleh kenakan Fi atau caj perkhidmatan pengurusan. Selain itu, sesetengah kontraktor juga akan hadiahkan komisen kerana telah cadangkan atau rekomen perkhidmatan nya kepada client.

 

4.Fi KHIDMAT SEWA RUMAH

Tahukah anda, gaji ejen hartanah juga boleh datang dari khidmat sewa rumah. Setelah selesai membuat jualan rumah, mungkin client anda akan meminta anda untuk mencari penyewa bagi kediamannya itu.  Fi agensi untuk sewaan rumah biasanya sama dengan sebulan sewa. Katakan sewa rumah ialah RM2,000. Anda akan dapat komisen bersih RM1,200 (RM2000 x 60% peratus perkongsian).

Nota: komisen sewa boleh jadi lagi tinggi, kalau kontrak sewa tu lama.

 

5.Fi PEMBAHARUAN KONTRAK SEWA

Bilamana kontrak sewa rumah klien anda tamat, anda boleh membantu pemilik untuk perbaharui kontrak sewa mereka. disini Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah, benarkan kita untuk caj klien bersamaan dengan separuh sewa. Katakan sewa bulanan rumah ialah RM2,000. Fi agensi akan jadi RM1,000. Dan anda akan terima komisen bersih sebanyak RM600 (RM1,000 x 60%).

 

6.Fi RUJUKAN PEGUAM UNTUK REFINANCE LOAN

Andaikata Selang beberapa tahun setelah klien beli rumah, mereka berminat refinance pula rumah mereka. Disini anda boleh bantu mereka buat refinancing.

Ejen hartanah akan dapat upah biasanya dari fi perujuk peguam, macam dalam kes jual beli.

* Namun pastikan anda sentiasa rekemen Peguam yang terbaik dan boleh melakukan kerja dengan baik bagi memastikan kepuasan klien anda.

 

Baca Juga :

GAJI EJEN HARTANAH : BERAPA KOMISEN JUALAN

EJEN HARTANAH VS PERUNDING HARTANAH : APA PERBEZAAN 

SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH

KELEBIHAN MENJADI EJEN HARTANAH

CABARAN MENJADI EJEN HARTANAH

CARA MENJADI EJEN HARTANAH

MODAL MENJADI EJEN HARTANAH : MODAL PERMULAAN DAN KELENGKAPAN 

PART TIME EJEN HARTANAH : BOLEH KER?

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *