FULL SETTLEMENT AEON CREDIT : INI CARANYA 

FULL SETTLEMENT AEON CREDIT : INI CARANYA 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

FULL SETTLEMENT AEON CREDIT : INI CARANYA

Tahukah anda cara buat full settlement loan Aeon Credit? Tahukah anda cara kira rebat yang anda akan dapat sekiranya anda membuat full settlement semua hutang anda? disini kami kongsikan untuk rujukan anda, semoga bermanfaat :

APA ITU AEON CREDIT?

  • AEON Credit Service Berhad telah ditubuhkan pada 6 Disember 1996 dan telah ditukar menjadi sebuah syarikat awam berhad pada 9 Februari 2007 dan telah disenaraikan di Pasaran Utama di Bursa Malaysia Securities Berhad pada 12 Disember 2007.
  • AEON Credit memulakan operasi pada tahun 1997 dengan menyediakan Skim Pembayaran Mudah untuk pembelian barangan tahan lama pengguna melalui peruncit dan kedai berantai yang ditetapkan.
  • AEON Credit Service hanyalah pemberi hutang melalui kredit kad, ansuran bulanan, insurans dan pinjaman peribadi sahaja.  Pihak Aeon Credit bukanlah satu institusi bank.
  • Disebabkan itu, keuntungan syarikat dari bahagian end customer profit terletak hanya melalui faedah (interest) dari pemiutang dan terhad pada perkhidmatan yang mereka tawarkan sahaja.

CARA BUAT FULL SETTLEMENT AEON CREDIT

Ikuti langkah bagaimana untuk membuat full settlement AEON Credit.

  1. Lawati cawangan/kaunter AEON yang berhampiran.
  2. Bincangkan kepada pegawai AEON Credit bahawa Anda mahukan penyelesaian penuh pembiayaan lebih awal.
  3. Ikuti arahan pegawai AEON sehingga berjaya.
  4. Selesai

CARA KIRA REBAT FULL SETTLEMENT AEON CREDIT

Jika anda buat full settlement AEON Credit tertunggak lebih awal, anda layak mendapat diskaun pada yuran Perjanjian Jualan Kredit. Rabat dihitung dengan rumus sebagai berikut.

Rabat = RP X (RP+1) / OP X (OP+1)

RP = Sisa tempoh (jumlah bulan), dari titik awal pelunasan hingga tanggal pelunasan awal.

OP = Tempoh asal (jumlah bulan) yang ditetapkan dalam perjanjian ini.

FAQ’s

1. Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan pada contact Saya?

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memberitahu kami tentang sebarang perubahan dalam maklumat hubungan anda untuk memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

2. Bagaimana jika saya gagal menunaikan tanggungjawab Saya?

Jika anda gagal memenuhi kewajipan pembayaran anda tepat pada masanya, akibat berikut akan dikenakan yuran pembayaran lewat. Bagi pembayaran kemungkiran semasa tempoh kemudahan = 5% setahun pada jumlah ansuran tertunggak.

Note Penting:

  1. Yuran pembayaran lewat tidak akan dikompaun dan lebih daripada prinsipal yang belum dibayar.
  2. Kaedah dan kadar bayaran lewat boleh berubah dari semasa ke semasa seperti yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
  3. Yuran pembayaran lewat dikira setiap hari dari tarikh matang/tarikh akhir pembayaran/tarikh taksiran.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, boleh hubungi:

AEON Credit Service (M) Berhad Tel: 03-2719 9999 atau laman web rasmi AEON Credits www.aeoncredit.com.my

Baca Juga :

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *