eKASIH 2024 : DAFTAR, KEMASKINI DAN SEMAK BANTUAN

eKASIH 2024 : DAFTAR, KEMASKINI DAN SEMAK BANTUAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

eKASIH 2024 : DAFTAR, KEMASKINI DAN SEMAK BANTUAN

eKASIH 2024. Sistem ini bertujuan untuk menyokong Kementerian atau Agensi yang berkepentingan dalam usaha membasmi kemiskinan. Dengan sistem ini, pengagihan bantuan kepada golongan miskin dapat dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.

APA ITU eKASIH 2024?

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program dab bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

CIRI-CIRI UTAMA eKASIH

Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mappingdan pemantauan kemiskinan

SYARAT KELAYAKAN eKASIH 2024

Bagi memohon bantuan eKasih 2024, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Untuk rujukan yang lebih terperinci, PGK semasa adalah seperti berikut mengikut negeri :

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

SENARAI BANTUAN DIBAWAH eKASIH 2024

Melalui sistem e-Kasih ini, kerajaan akan mengagihkan bantuan kepada individu berkelayakan dengan mudah dan teratur. Berikut merupakan jenis bantuan yang diberikan berdasarkan data daripada eKasih:

1. Sumbangan SARA 2024

2. Bantuan iSuri KWSP

  • Bagi individu yang berkelayakan di bawah sistem ini dan anda tersenarai dalam pengkalan data semakan kwsp suri rumah, secara automatiknya anda selaku isteri akan menerima pembayaran caruman KWSP suri rumah di bawah nama Program Sukarela Insentif (SURI).
  • CARA DAFTAR i-SURI KWSP : FAEDAH & KELEBIHAN

3. Bantuan Ibu Tunggal & Warga Emas

  • Banyak bantuan diberikan kepada kelompok ibu tunggal dan orang tua yang berkelayakan berdasarkan senarai nama di bawah sistem semakan e-kasih ini

4. Bantuan OKU & Bantuan Anak Yatim

  • Setiap kali kerajaan mengumuman bantuan kepada golongan oku dan bantuan anak yatim, kebiasaanya mereka akan merujuk kepada senarai nama dalam pengkalan data e-Kasih untuk diberikan keutamaan dalam pembayaran bantuan terlebih dahulu.

5. Bantuan Persekolahan

6. Bantuan STR

  • Jika anda berdaftar denga e-Kasih 2024 permohonan STR anda akan lebih mudah lulus. Hanya perlu pastikan anda telah berdaftar untuk bantuan STR sahaja.
  • DAFTAR STR 2024 : PERMOHONAN BARU

PROSES PERMOHONAN eKASIH 2024

ProsesPendaftaranCarta

Orang ramai perlulah memanfaatkan sistem pemberi bantuan yang diwujudkan dalam Portal Pembasmian Kemiskinan dengan memaklumkan maklumat mengenai kemiskinan yang dihadapi dengan mengunakan borang permakluman ekasihsecara dalam talian (online)

CARA DAFTAR eKASIH

Proses pendaftaran dan permohonan eKasih boleh dijalankan melalui beberapa cara yang berikut:

  1. Hadirkan Diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Berhampiran Anda: Anda boleh menghadiri pejabat PPN yang terdekat untuk mendaftar dan memohon eKasih.
  2. Hadirkan Diri ke Pejabat Daerah di Kawasan Anda: Pejabat Daerah juga merupakan tempat yang boleh anda kunjungi untuk mendaftar dan memohon eKasih.
  3. Melalui Pemimpin Tempatan, JPKK, atau JPKKP: Anda juga boleh memohon melalui Pemimpin Tempatan atau pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam kawasan anda.
  4. Pendaftaran Langsung ke PPN atau Pejabat Daerah: Cara yang paling mudah dan senang adalah dengan menghadiri PPN atau Pejabat Daerah yang berdekatan dengan anda untuk mendaftar.

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

NOMBOR TELEFON eKASIH SETIAP NEGERI

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Untuk memohon eKasih 2023, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu

  1. Butiran KIR dan AIR
  2. Lokasi
  3. Kediaman
  4. Pendidikan
  5. Kemahiran dan pekerjaan
  6. Harta
  7. Kesihatan
  8. Bantuan
  9. Pendapatan

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

CARA SEMAK STATUS eKASIH 2024

Semakan status Pendaftaran eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

SENARAI DATA DALAM PORTAL eKASIH 2024

Sistem ini merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan seperti:

  • Profil individu
  • Bantuan yang diterima
  • Agensi pemberi bantuan
  • Permohonan bantuan
  • Pemantauan keberkesanan bantuan yang diterima.

Komponen data eKasih pula terdiri daripada maklumat Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berikut:

  • Maklumat asas
  • Maklumat Lokasi
  • Maklumat Kediaman
  • Maklumat Pendidikan
  • Kemahiran dan Pekerjaan
  • Maklumat Pemilikan Harta
  • Maklumat Kesihatan
  • MaklumatPendapatan serta Bantuan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *