EJEN HARTANAH VS PERUNDING HARTANAH : APA PERBEZAAN 

EJEN HARTANAH VS PERUNDING HARTANAH : APA PERBEZAAN 
Share Artikel Ini Di Media Sosial

EJEN HARTANAH VS PERUNDING HARTANAH : APA PERBEZAAN

Tahukah anda apa perbezaan ejen hartanah dengan perunding hartanah? Walaupun kedua-duanya dalam bidang yang sama namun termanya mungkin sedikit berbeza.

APAKAH EJEN HARTANAH

Agent hartanah ni adalah mereka yang ada kelulusan dalam bidang hartanah. Boleh jadi sijil, diploma atau graduan. Mereka kemudian buat buat praktikal 2 tahun dan ditemuduga oleh Lembaga Penilai Pentaksir Dan Agent Hartanah. Bila lulus tu mereka dapat lesen dan boleh buka agensi hartanah.

APAKAH PERUNDING HARTANAH

Perunding hartanah ni pula dilantik oleh Agent hartanah untuk menjalankan transaksi jual beli hartanah. Boleh kata macam pembantu ejen la. Bila perunding hartanah jual rumah, komisyen akan dibahagi antara mereka dan agensi.

ADAKAH EJEN HARTANAH MEMPUNYAI GAJI TETAP?

Untuk makluman anda, sebagai ejen hartanah, anda tidak akan mempunyai gaji basic atau pendapatan tetap. Pendapatan hakiki seorang perunding hartanah adalah melalui komisen jualan atau sewaan rumah. Namun sekiranya anda berminat dalam bidang hartanah dan ingin mempunyai gaji yang tetap, mungkin boleh sertai syarikat pemaju hartanah.

Dengan menyertai syarikat Pemaju mungkin anda akan di bayar gaji bulanan dan komisen untuk setiap jualan. Keburukannya, anda hanya boleh jual produk pemaju tersebut sahaja. Dan potensi pendapatan anda tak setinggi Agent yang bekerja bawah agensi hartanah.

PENDAPATAN EJEN HARTANAH

1) Melalui Komisyen Jualan / Sewaan

Pendapatan utama kerjaya ni melalui komisyen jualan. Contoh kata anda berjaya jual satu unit rumah berharga RM500,000.

Komisyen yang diterima pula ialah 3% (ini komisyen standard pasaran di Malaysia) iaitu RM15,000. Daripada RM15,000 ini anda akan berkongsi dengan agensi.

Nisbah perkongsian ini bergantung kepada senioriti. Katakan anda layak terima 70% daripada jumlah komisyen tersebut, pendapatan anda ialah RM10,500.

Sekarang ni, bayangkan anda jual 3 unit rumah berharga RM500,000. Pendapatan anda untuk bulan tersebut ialah RM31,500.

 

2) Melalui Referral Fee Peguam

Referral fee peguam ni boleh dikatakan sebagai side-income. Anda refer pembeli kepada peguam yang anda kenal dan mereka akan beri saguhati. Bukanlah setinggi komisyen jualan, tapi boleh la buat lepas duit minyak tu untuk satu kes. Kalau banyak kes, bayar pinjaman perumahan pun lepas. Huhu.

Baca Juga :

GAJI AGENT HARTANAH : BERAPA KOMISEN JUALAN

AGENT HARTANAH VS PERUNDING HARTANAH : APA PERBEZAAN 

SKOP KERJA PERUNDING HARTANAH

KELEBIHAN MENJADI AGENT HARTANAH

CABARAN MENJADI AGENT HARTANAH

CARA MENJADI EJEN HARTANAH

MODAL MENJADI AGENT HARTANAH : MODAL PERMULAAN DAN KELENGKAPAN 

PART TIME EJEN HARTANAH : BOLEH KER?

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *