DUIT ROSAK : CARA TUKAR DUIT KERTAS DI BANK

DUIT ROSAK : CARA TUKAR DUIT KERTAS DI BANK
Share Artikel Ini Di Media Sosial

DUIT ROSAK : CARA TUKAR DUIT KERTAS DI BANK

Tahukah anda cara tukar duit kertas yang telah rosak di Bank? Sekiranya anda mempunyai wang kertas yang rosak, janganlah terus di buang kerana ia mungkin masih bernilai untuk anda. Duit tersebut masih boleh di tukar kepada duit yang baru bergantung kepada keadaan atau nilai duit yang rosak itu.

PENGENALAN KEPADA DUIT POLIMER

  • Duit kertas polimer RM1 dan RM5 mula diperkenalkan dalam mata wang Malaysia siri keempat pada tahun 2012.
  • Tidak mudah koyak
  • Tidak menyerap air
  • Lebih bersih dan tahan lama

KUALITI WANG KERTAS DALAM EDARAN

Wang kertas Malaysia dianggap sesuai untuk edaran semula apabila memenuhi semua kriteria yang berikut:

  • Tulen dan bukan palsu
  • Tidak berlubang, koyak, bertampal atau hilang beberapa bahagian daripadanya
  • Bersih secara keseluruhannya atau tidak terlalu kotor
  • Warna yang tidak luntur, terutamanya pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong
  • Tidak berconteng

KATEGORI UNTUK TUKAR DUIT KERTAS ROSAK DI BANK

Namun ada beberapa garis panduan yang telah ditetapkan :

1.KES DUIT KERTAS ROSAK YANG JELAS NILAINYA 

  • Anda boleh menukar wang kertas rosak di mana-mana institusi kewangan @ Bank Negara Malaysia.
  • Namun, nilainya adalah bergantung kepada keadaan duit tersebut.
  • Bagi kes wang kertas rosak yang JELAS NILAINYA ini, anda akan diberikan ganti nilai pada HARI YANG SAMA.

Umumnya, kadar wang masih diterima untuk pertukaran dengan nilai asal adalah bagi wang rosak yang memiliki ciri berikut:

  • Saiz mata wang yang rosak ialah dua pertiga (2/3) atau lebih daripada saiz asal
  • Tidak mengandungi sebarang tanda pada potret DYMM Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang menggambarkan slogan politik
  • Tidak rosak kerana tanda atau tulisan perkataan, angka dan lain-lain

2.KES DUIT KERTAS ROSAK YANG KURANG JELAS NILAINYA

  • Bagi sesetengah kes wang kertas rosak yang KURANG JELAS NILAINYA seperti di bawah, wang perlu dihantar kepada BNM untuk penilaian.
  • Nilai akan dikembalikan ke dalam akaun pelanggan selepas penilaian.

 

CARA TUKAR DUIT KERTAS ROSAK

Wang kertas / wang syiling yang rosak boleh ditukar di mana-mana institusi kewangan.

Sila layari https://bnm.gov.my/proper-handling-of-banknotes untuk info penuh berkaitan duit kertas dan syiling rosak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bank Negara Malaysia melalui saluran berikut:

Jabatan Pengurusan & Operasi Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’Onn
50480 Kuala Lumpur
Telefon : 03-26988044 samb. 7284 / 7307 / 8252 / 8278
Faksimile : 03-26913410 / 03-26915859
Laman Web : www.bnm.gov.my

atau

BNMTELELINK
Telefon : 1-300-88-5465
Faksimile : 03-21741515 / 03-21741616
ataumana-mana Cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu

Baca Juga :

CARA SEMAK CCRIS BNM : SECARA ONLINE

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *