DISKAUN SAMAN PDRM 50% : BAYAR SEKARANG

DISKAUN SAMAN PDRM 50% : BAYAR SEKARANG
Share Artikel Ini Di Media Sosial

DISKAUN SAMAN PDRM 50% : BAYAR SEKARANG

Tahukah anda tentang diskaun saman PDRM 50% ?Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman sebanyak 50% bagi saman yang terpilih sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

DISKAUN SAMAN PDRM 50% SEMPENA PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI

Kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), antara yang akan dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Sehubungan dengan itu, diskaun saman PDRM 50% bagi saman – saman yang layak diberi diskaun bermula selama 3 hari tersebut. Kaunter khas akan dibuka di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 8 hingga 10 Disember 2023.

Program itu akan turut diisi pameran pelbagai aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Selain itu, kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai RAHMAH (STR), kaunter pendaftaran Program Cuti-cuti Cikgu dan kaunter wang tidak dituntut (JANM).

TEMPOH DAN KADAR DISKAUN BAYARAN SAMAN

Diskaun saman trafik sehingga 50% ini boleh dibayar di kaunter khas yang akan dibuka di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.

Tawaran pengurangan kompaun saman ini TIDAK TERMASUK kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun (non compundable).

MASA DAN LOKASI BAYAR SAMAN DISKAUN

Pembayaran kompaun hanya boleh dibuat pada ketetapan berikut:

  • Tempat :
    • Kaunter Semakan dan Pembayaran Saman Trafik di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur
  • Masa :
    • Jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang (8 Disember 2023 – Jumaat)
    • Jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang ( 9 dan 10 Disember 2023 – Sabtu & Ahad)

CARA SEMAK SAMAN ONLINE

Bagi mengelakkan kesesakan, orang ramai yang ingin membuat bayaran saman boleh membuat semakan terlebih dahulu melalui Portal MyBayar Saman.

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

CARA CHECK SAMAN MELALUI NO PLATE/NO KAD PENGENALAN

Untuk anda yang ingin menyemak status saman terkini anda, ia boleh dilakukan dengan mudah sama ada secara SMS. Berikut adalah cara untuk anda chek saman trafik secara SMS sebagai panduan anda ;

Check Saman PDRM melalui SMS

  1. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
  2. Hantar ke 15888 atau 32728
  3. Contoh – POLIS SAMAN VBR44 atau POLIS SAMAN 920211115055

Anda juga boleh memohon untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan saman anda melalui e-mel. Perincian saman akan dihantar kepada anda menerusi alamat e-mel yang diberikan:

  1. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan<jarak>alamat e-mel
  2. Hantar ke 15888 atau 32728
  3. Contoh – POLIS SAMAN AES44 test@gmail.com atau POLIS SAMAN 920211115055 test@gmail.com

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *