Cara Daftar Tahun 1 2023/2024: Cara Daftar Online

Cara Daftar Tahun 1 : Pendaftaran Online Tahun 1 Sesi 2023/2024 KPM
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Daftar Tahun 1 2023/2024: Cara Daftar Online

Berikut cara daftar tahun 1 secara online bagi sesi 2023/2024. Daftar online diperkenalkan bagi mengelak kesesakan di sekolah sewaktu pendaftaran. Murid warganegara dan bukan warganegara yang layak, yang genap berumur enam tahun pada tahun semasa persekolahan layak memohon ke Tahun 1.

Umur Persekolahan Tahun 1 bagi 2022 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Baca Juga : Tanda-Tanda Awal Kepala Air

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan cara Daftar Tahun 1 2023/2024.

 

Cara Daftar Tahun 1

Permohonan ke Tahun 1 ada 2 kaedah, iaitu:

  1. Secara atas talian (online) melalui portal: https://public.moe.gov.my/
  2. Secara manual – pendaftaran di sekolah.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara membuat permohonan pendaftaran Tahun 1 secara online bagi sesi 2023/2024 yang akan dibuka mulai 1 Mac 2022 ini.

 

Tarikh Daftar Tahun 1 Online Sesi 2023/2024 KPM

Permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2032 dan 2024 secara online melalui laman web SPS KPM boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.

Pendaftaran manual perlu dirujuk pada pihak sekolah.

Cara Daftar Tahun 1 Sesi 2023/2024 KPM Online

KPM telah memperkenalkan Perkhidmatan Dalam Talian iaitu sistem SPS (Modul Pengurusan Murid) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Ibu bapa / penjaga hanya perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri.

Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan proses pendaftaran secara online.

 

Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
  2. Tekan butang Pengguna Baru Cara Daftar Tahun 1
  3. Sila Daftar Pengguna dan tekan Daftar
  4. Isikan maklumat yang diperlukan (seperti dalam rajah di bawah)
  5. Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1
  6. Setelah itu, pilih Permohonan Baharu
  7. Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan
  8. Sila isikan:
  • Maklumat murid
  • Rekod kesihatan murid
  • Maklumat penjaga
  1. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  2. Untuk makluman, jika pengguna membuat pilihan ‘YA’ pada ruangan Status OKU pada MAKLUMAT MURID, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam Maklumat Permohonan. Jika tidak, pilihan jenis sekolah tersebut tidak akan wujud.
  3. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  4. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  5. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  6. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  7. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

 

*Rujuk & muat turun Manual Pengguna Pendaftaran Tahun 1 KPM.

 

Terlupa Kata Laluan

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?

Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.

Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)

Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)

 

Maklumat Lanjut

Segala pertanyaan dan masalah Daftar Tahun 1 2023/2024 mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna(ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui pautan INI.

atau layari

https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi

atau ibubapa boleh juga hubungi pihak sekolah.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *