CARA DAFTAR SHOPEE FOR STUDENT (Dapat Diskaun & Voucher)

CARA DAFTAR SHOPEE FOR STUDENT (Dapat Diskaun & Voucher)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA DAFTAR SHOPEE FOR STUDENT (Dapat Diskaun & Voucher)

Kepada para pelajar yang suka membuat pembelian secara online, kini salah satu platform terhangat iaitu Shopee telah membuka pendaftaran khas untuk pelajar di mana anda boleh menikmati diskaun iaitu dikenali sebagai program Shopee For Student. Disini kami akan kongsikan CARA DAFTAR SHOPEE FOR STUDENT kepada anda.

 

Baca Juga : CARA RESET PASSWORD i-AKAUN KWSP 

APA ITU SHOPEE FOR STUDENT?

Shopee sentiasa berusaha untuk menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian anda sebaik mungkin untuk semua orang, termasuk mereka yang masih bersekolah. Jika anda berada di kolej atau universiti, boleh dapatkan faedah eksklusif untuk membantu menjimatkan lebih banyak pembelian dalam talian anda dengan Shopee For Studeant! Sama ada anda sedang mencari komputer riba terbaik untuk pelajar atau buku teks untuk kelas anda, anda boleh membeli semuanya tanpa perlu berlobang di dompet anda. Mari lihat apa lagi yang Shopee For Studant tawarkan!

 

APA TAWARAN DISKAUN SHOPEE FOR STUDENT?

Berikut adalah merupakan antara tawaran yang tersedia kepada pelajar melalui program ini iaitu:

  • Membeli-belah untuk keperluan pelajar tidak semestinya perjalanan yang mahal. Sebagai ahli Shopee For Student, anda boleh menikmati faedah seperti Penghantaran Percuma RM15, Pulangan Tunai Syiling 5%, Harga Ahli Eksklusif & Diskaun Untuk Pelajar dan Ansuran 0%. Ini bermakna anda boleh membeli komputer riba dan gajet terbaik untuk pelajar sambil menikmati lebih penjimatan. Selain itu, nantikan Pemberian Ahli kami untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM4,000!
  • Beli sesuka hati anda untuk semua keperluan pelajar anda, daripada barangan penjagaan diri dan penjagaan kesihatan kepada mudah alih dan aksesori! Temui harga dan diskaun menarik untuk pelajar daripada jenama kegemaran anda seperti Samsung, Vivo, HP dan banyak lagi!

 

CARA DAFTAR SHOPEE FOR STUDENT

Kepada pelajar yang ingin mendaftar program ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan https://shopee.com.my/m/shopeeforstudent atau buka aplikasi Shopee dan klik pada ‘Students’ kemudian tekan Shopee for Students.
  2. Pada paparan utama klik pada Sign Up For Free Now
  3. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Pastikan guna e-mel universiti, bukan e-mel peribadi. Contohnya, “malaylive@student.uitm.edu.my”.
  4. Setelah lengkap klik Submit
  5. Selasai, anda telah berjaya mendaftar

NOTA: Kelulusan pendaftaran ini akan diperolehi dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai program Shopee For Studant, anda boleh melayari pautan https://shopee.com.my/m/shopeeforstudent

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *