DAFTAR SHOPEE EXPRESS RIDER : SEMAK KELAYAKAN

DAFTAR SHOPEE EXPRESS RIDER : SEMAK KELAYAKAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

DAFTAR SHOPEE EXPRESS RIDER : SEMAK KELAYAKAN

Tahukah anda cara daftar sebagai shopee express rider? Pekerjaan penunggang / rider untuk penghantaran makanan / barangan sudah menjadi perkara yang bukan asing lagi pada masa kini. kepada anda yang berminat untuk memohon shopee express rider, disini kami akan kongsikan caranya. Semoga membantu.

Baca Juga : CARA DAFTAR SHOPEE FOR STUDENT (Dapat Diskaun & Voucher)

APA ITU SHOPEE EXPRESS RIDER

Shopee menyediakan perkhidmatan logistik yang dinamakan sebagai SHOPEE EXPRESS. Mereka  bertanggungjawab untuk menghantar barangan yang anda beli di Shopee terus ke rumah anda. Ia merupakan satu perkhidmatan penghantaran barangan kepada pelanggan dan tugas rider ini adalah melakukan penghantaran barang/servis kepada anda dengan menaiki motorsikal.

Perkhidmatan shopee express rider merupakan salah satu servis penghantaran yang disediakan Shopee yang seiring dengan servis lain seperti pihak kurier PosLaju dan J&T Express. Melalui Shopee Express Ridar ini, ia membuka peluang untuk orang ramai diluar sana untuk membina kerjaya bersama syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembelian secara atas talian ini.

 

KADAR GAJI RIDER SHOPEE EXPRESS

Berikut adalah merupakan purata gaji yang diperoleh oleh setiap rider iaitu:

  • Minimum gaji yang diperoleh adalah RM2000 sebulan dan boleh mencecah sehingga RM4000 sebulan. ( Gaji pokok + EPF dan SOCSO + Insurans + Komisen)

Nota: Ianya adalah berbeza dan akan dikira daripada bilangan pakej yang dihantar.

 

MANFAAT SHOPEE EXPRESS RIDER

Berikut adalah merupakan antara manfaat yang akan diperolehi iaitu:

  • Elaun prestasi.
  • Insentif kenderaan.
  • Duit minyak petrol dan makanan.
  • EPF, SOCSO dan Insurans

 

SYARAT KELAYAKAN SHOPEE EXPRESS RIDER

Jika anda berminat untuk menjadi rider, sudah pasti anda perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan.  Antara Syarat menjadi seorang Shopee Rider adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia.
  2. Jantina lelaki diberi kelebihan.
  3. Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  4. Mempunyai motorsikal sendiri.
  5. Mempunyai lesen kenderaan yang sah, insurans kenderaan.
  6. Mempunyai telefon pintar.
  7. Mempunyai pengalaman kerja minimum kurang daripada setahun.
  8. Permohonan bermula daripada peringkat lepasan SPM.
  9. Bersikap positif dan ada friendly attitude.

 

CARA DAFTAR SHOPEE EXPRESS RIDER ONLINE

Jika anda memenuhi syarat, anda boleh memohon untuk mendaftar sebagai rider Shopee. Anda boleh mengikuti panduan yang kami kongsikan di bawah.

  1. Anda perlu layari laman web http://careers.shopee.com.my.
  2. Pada paparan seterusnya, tekan pada butang Search Job.
  3. Kemudian, pergi pada ruang Enter keywords
  4. Masukkan Shopee Express pada Enter keywords
  5. Untuk search result, ada perlu lihat sekiranya ada peluang kerja yang tertera berkaitan dengan rider untuk Shopee Express
  6. Jika ada tekan jawatan tersebut
  7. Anda akan dibawa pada paparan Job Description dan juga Requirements.
  8. Anda perlu baca dan dan fahami maklumat yang diberi
  9. Tekan butang Apply Now.
  10. Anda akan dipaparkan pada halaman Application Form.
    • Pada ruang Title, masukkan gelaran untuk anda sama ada Mr, Mrs. , Ms atau Others.
    • Isi nama anda pada bahagian First Name dan  Last Name
    • Pada ruang My Location, masukkan lokasi anda semasa anda berada.
    • Pada ruangan Highest Education, masukkan pencapaian akademik anda.
    • Pada ruangan LinkedIn Profile URL, andaperlu masukkan URL profil LinkedIn anda yang boleh didapati di LinkedIn.
    • Masukkan alamat emel anda.
    • Masukkan nombor telefon anda pada bahagian Contact Number
    • Pada ruangan Comments anda boleh ceritakan sedikit tentang diri anda, serta sebab kenapa anda ingin memohon kerjaya sebagai rider Shopee.
    • Tekan butang Upload untuk muat naik resume anda dalam application form
  11. Setelah lengkap klik pada  Submit.
  12. Permohonan anda telah selesai.

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *