DAFTAR MyBAS KONSESI : TAMBANG BAS PERCUMA

DAFTAR MyBAS KONSESI : TAMBANG BAS PERCUMA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

DAFTAR MyBAS KONSESI : TAMBANG BAS PERCUMA

Tahukah anda cara daftar MyBas Konsesi?Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2023, Kementerian Pengangkutan (MoT) telah mengumumkan inisiatif kepada rakyat dengan menyediakan tambang percuma menerusi program MyBAS Konsesi. Ia menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti MyBAS bermula hari ini, 15 Ogos 2023.

 

APA ITU MyBAS KONSESI

MyBas konsesi adalah suatu inisiatif dari kerajaan kepada rakyat yang berkelayakan untuk menerima perkhidmatan bas secara percuma.

Inisiatif ‘myBAS Konsesi’ ini adalah bagi perkhidmatan bas henti-henti myBAS,

 

TARIKH MULA MyBAS KONSESI

Mengikut Kementerian Pengangkutan (MoT), Menterinya, Anthony Loke berkata inisiatif ini akan bermula pada mulai 15 Ogos 2023.

 

SENARAI LOKASI TERLIBAT DENGAN MyBAS KONSESI

  • Seremban
  • Ipoh
  • Johor Bahru.

 

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON MyBAS KONSESI

Pas Transit myBAS Konsesi ini adalah khas untuk:

  1. Pemegang Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari JKM
  2. Warga Emas berumur 60 tahun ke atas
  3. Kanak-kanak dan pelajar berumur 7-17 tahun yang bersekolah di kawasan liputan perkhidmatan myBAS.

*Sebagai tambahan, kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah juga boleh menaiki MyBAS Seremban, Ipoh dan Johor Bahru secara percuma dan tiada pendaftaran diperlukan.

 

CARA DAFTAR MyBAS KONSESI

Bagi mereka yang berkelayakan boleh mendaftar di kaunter perkhidmatan myBAS dengan membawa dokumen pengenalan diri seperti MyKAD, MyKID dan MyTentera.

 

LOKASI PENDAFTARAN MyBAS KONSESI

Lokasi-lokasi pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Seremban
    • Stesen Bas Bahau
    • Terminal Bas Tampin
    • Nilai Sentral
    • Terminal Bas Port Dickson
    • Terminal 1 Seremban
  2. Ipoh
    • Stesen Bas Medan Kidd
  3. Johor Bahru
    • KSL City Mall
    • TF Value Mart (Nusa Bestari)
    • Terminal Bas Gelang Patah
    • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
    • Terminal Bas Kulai
    • JB CIQ

 

Mengenai SBST

Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti atau SBST merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi menambahbaik perkhidmatan bas berhenti-henti di bandar-bandar utama yang menghubungkan kawasan luar bandar agar lebih efisyen dan boleh diharap. Dengan jenama perkhidmatan myBAS, ia telah dilaksana di Kangar, Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu dan Johor Bahru.

Perkhidmatan ini dipantau oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selaku agensi pelaksanan program SBST.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Baca Juga :

PeKa B40 (Semakan Kelayakan, Tuntutan Manfaat & Senarai Klinik)

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *