DAFTAR GX BANK : BANK DIGITAL PERTAMA MALAYSIA

DAFTAR GX BANK : BANK DIGITAL PERTAMA MALAYSIA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

DAFTAR GX BANK : BANK DIGITAL PERTAMA MALAYSIA

Tahukah anda cara daftar GX Bank? GX Bank Berhad (GXBank) kini menjadi bank digital pertama yang menerima pengesahan oleh Bank Negara Malaysia untuk memulakan operasi di Malaysia. Sebelum ini, sebanyak 5 lesen bank digital telah dikeluarkan, dan beberapa langkah telah disediakan sebelum bank digital tersebut boleh beroperasi.

APA ITU GX BANK BERHAD

GXBank ialah anak syarikat GXS Bank Pte. Ltd yang telah bekerjasama dengan Grab Holdings Limited, Singapore Telecommunications Limited (Singtel) dan Kuok Group. Sebagai permulaan operasi, bank digital itu akan memulakan ujian beta aplikasinya bermula dengan pekerjanya daripada GXBank, Grab termasuk Kuok Group dan secara beransur-ansur melancarkan kepada kumpulan pengguna yang lebih luas.

CARA DAFTAR GX BANK

  • Dengan kebenaran operasi oleh BNM ini, GXBank akan memulakan ujian beta untuk aplikasi mereka melibatkan sejumlah kecil pengguna terlebih dahulu – melibatkan pekerja GXBank, Grab dan Kuok Group.
  • Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut GXBank tidak lama lagi.

KONSEP BANK DIGITAL​ GXBANK

Konsep bank digital secara asasnya adalah perbankan dalam talian dan perbankan mudah alih di bawah satu payung yang sama. Pencerahan nya seperti berikut:

PERBANKAN DALAM TALIAN

  • Membolehkan pelanggan mengakses ciri-ciri dan perkhidmatan sedia ada melalui laman web rasmi bank tersebut.
  • Hanya dengan log masuk ke akaun bank sendiri, pelanggan boleh menyemak baki, membayar bil, memohon pinjaman mahu pun menyemak kemas kini terbaru yang ada.

PERBANKAN MUDAH ALIH

  • Menggunakan aplikasi untuk mengakses pelbagai ciri bank melalui peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet.
  • Aplikasi-aplikasi tersebut ada hak milik dan dibangunkan oleh institusi perbankan itu sendiri di mana anda perlu log masuk guna akaun bank sendiri sama seperti laman web bank tersebut.
    Bank digital memanfaatkan teknologi digital seperti aplikasi mudah alih, AI dan analisis data untuk menawarkan perkhidmatan pada harga yang lebih murah. Pelanggan bank digital mempunyai akses kepada akaun mereka sepanjang masa melalui peranti sedia ada.
  • Seperti aplikasi perbankan yang lain, pelanggan boleh melakukan transaksi, membuat bayaran, menguruskan kewangan, menyemak baki dan lain-lain. Secara purata, bank digital mempunyai yuran dan kadar yang agak kompetitif berbanding bank konvensional.

KELEBIHAN BANK DIGITAL​ GXBANK

Berikut adalah merupakan antara kelebihan bank digital iaitu:

  • Akses – Dengan kebergantungan secara dalam talian, anda tidak perlu terikat dengan waktu operasi bank untuk menguruskan kewangan anda.​
  • Kadar dan yuran yang rendah – Bank digital menawarkan kadar dan yuran yang lebih baik dan rendah berbanding bank konvensional. Jadi, ini memberikan anda pilihan perbankan yang lain untuk dipertimbangkan.
  • Ekuiti – Bank digital memberikan akses kewangan kepada kawasan yang mempunyai akses teknologi dan peranti tetapi jauh daripada cawangan kewangan yang terdekat.

KEKURANGAN BANK DIGITAL​ GXBANK

Berikut adalah kekurangan bank digital iaitu:

  • Masa – Jika anda bergantung sepenuhnya kepada bank digital, ia akan menjadi satu cabaran besar sekiranya aplikasi atau perbankan dalam talian itu mempunyai gangguan atau sedang diselenggara. Dek kerana institusi tersebut tidak mempunyai cawangan fizikal.​
  • Persekitaran baharu – Bagi individu yang tidak biasa dengan teknologi, perbankan digital ini mungkin adalah suatu inovasi yang agak sukar untuk dicernakan.​
  • Keselamatan – Dengan semua urusan, akses dan transaksi dilakukan secara digital dan dalam talian, risiko keselamatan dan ancaman penggodaman akan sentiasa ada

CUSTOMER SERVICE GX BANK BERHAD (GXBANK)

Bagi mendapat bantuan mengenai GXBank, anda boleh meurjuk pada pautan GX Bank Berhad

 

Baca Juga :

CARA MOHON GOPINJAM : PINJAMAN PERIBADI TOUCH N GO

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *