DAFTAR EKASIH : SEMAKAN DAN PERMOHONAN BARU

DAFTAR EKASIH : SEMAKAN DAN PERMOHONAN BARU
Share Artikel Ini Di Media Sosial

DAFTAR EKASIH : SEMAKAN DAN PERMOHONAN BARU

Tahukah anda cara daftar eKASIh? Sistem eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

APA ITU EKASIH? 

eKasih bukanlah program, tetapi ianya adalah pengkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih ini akan digunakan oleh kementerian agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Sistem eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008.

CIRI-CIRI UTAMA EKASIH

  • Penyelarasan maklumat-maklumat mengenai bantuan kemiskinan
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis (garis kemiskinan pgk semasa)
  • Kemiskinan (PGK) per kapita
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan isi rumah
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN EKASIH

  1. Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  2. Warganegara.
  3. Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri

* Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Pengukuran PGK Tahun 2016 yang digunapakai mulai 1 Januari 2019.

Secara umumnya, terdapat empat punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada :
  1. Pekerjaan Bergaji.
  2. Bekerja Sendiri.
  3. Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan.
  4. Pindahan Semasa diterima.

Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah tersebut.

SIAPA YANG LAYAK DAFTAR EKASIH

Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan bagi kawasan bandar atau RM1,000 sebulan bagi kawasan luar bandar adalah digalakkan atau layak untuk mendaftar. Golongan berpendapatan rendah ini berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016 yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA)

BORANG EKASIH : CARA DAFTAR PERMOHONAN BARU 

Bagi mereka yang melepasi syarat kelayakan di atas bolehlah membuat pendaftaran permohonan baru. Dengan mekanisme pendaftaran terbuka. individu yang ingin mendaftar perlulah menghadirkan diri ke salah satu tempat berikut:

  1. Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)
  2. Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
  3. Menerusi telefon, surat atau emel rasmi ataupun membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Talian Telefon Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)

Untuk memudahkan orang ramai, berikut adalah senarai nombor telefon PPN bagi setiap negeri yang boleh dihubungi bagi tujuan pendaftaran.

  1. PPN W.P. Kuala Lumpur: 03-40420260 / 61
  2. PPN Selangor: 03-55213600
  3. PPN N. Sembilan: 06-7659945
  4. PPN Melaka: 06-3333333
  5. PPN Johor: 07-2234777
  6. PPN Pahang: 09-5178208
  7. PPN Terengganu: 09-6272000
  8. PPN Kelantan: 09-7455000
  9. PPN Perlis: 04-9731976
  10. PPN Kedah: 04-7209236
  11. PPN Pulau Pinang: 04-2185700
  12. PPN Perak: 05-2497400
  13. PPN Sabah: 088-484800
  14. PPN Sarawak: 082-446582

SEMAKAN PENDAFTARAN EKASIH 

Semakan status kemiskinan secara online di pautan Semakan Pendaftaran E-Kasih

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *