CUKAI TANAH TERENGGANU : SEMAK DAN BAYAR ONLINE

CUKAI TANAH TERENGGANU : SEMAK DAN BAYAR ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CUKAI TANAH TERENGGANU : SEMAK DAN BAYAR ONLINE

Tahukah anda cara Semak cukai tanah Terengganu dan buat bayaran mengikut berapa jumlah yang telah dikenakan Pihak Berkuasa Negeri. Negeri Terengganu adalah salah sebuah negeri yang terletak di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Terengganu terdiri daripada 8 daerah iaitu:

  1. Kuala Terengganu
  2. Kemaman
  3. Dungun
  4. Marang
  5. Hulu Terengganu
  6. Setiu
  7. Besut
  8. Kuala Nerus

Kutipan hasil cukai tanah di negeri Terengganu di kawal selia oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Negeri Terengganu.

Penduduk asal Negeri Terengganu atau orang luar yang mempunyai hartanah di Terengganu perlu menjalankan kewajipan untuk membayar cukai tanah setiap tahun.

Pihak pemilik tanah boleh membayar cukai tanah mereka sama ada di kaunter pejabat tanah ataupun membuat bayaran secara online sahaja pada masa ini.

APAKAH ITU CUKAI TANAH?

Cukai Tanah adalah Cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri kepada pemilik hartanah yang memiliki tanah di Negeri tersebut. Cukai Tanah wajib dibayar oleh pemilik hartanah.

Berdasarkan undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, Tanah yang dimiliki akan DIRAMPAS sekiranya gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang diwajibkan.

Oleh itu, segeralah membuat bayaran.

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH 

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

SIAPA YANG PERLU BAYAR CUKAI TANAH?

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold).

Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.

Kanun Tanah Negara menetapkan undang-undang wajib untuk semua pemilik hartanah membayar cukai tanah setiap tahun kepada Pejabat Tanah yang berkenaan.

Setiap negeri mempunyai tarikh tersendiri untuk pemilik membayar cukai tanah, namun kebanyakan negeri sudah menetapkan tarikh pemotongan pada 31 Mei setiap tahun. Kalau nak tengok di mana anda boleh semak dan bayar cukai tanah untuk semua negeri di Malaysia

CARA SEMAK CUKAI TANAH TERENGGANU

Bagi pemilik hartanah yang terletak di dalam negeri Terengganu anda boleh terlebih dahulu membuat semakan cukai tanah Terengganu dan tentang bil cukai tanah anda.

Anda boleh buat semakan cukai tanah berapa jumlah yang perlu dibayar setiap tahun bagi setiap hartanah yang dimiliki oleh anda.

Pihak pentadbir tanah iaitu Pejabat Tanah dan Galian Negeri Terengganu ada menyediakan satu sistem online untuk anda membuat semakan terperincin tentang bil cukai tanah anda.

Untuk membuat semakan cukai tanah di Terengganu anda boleh ikuti cara cara dibawah ini.

  1. Layari portal online untuk buat semakan cukai tanah Terengganu di http://cukaiptg.terengganu.gov.my/
  2. Selepas itu anda dikehendaki untuk mengisi maklumat sebelum anda boleh buat carian cukai tanah anda.
  3. Anda boleh mencari maklumat cukai tanah melalui 2 cara iaitu dengan memasukkan nombor akaun bil cukai tanah anda ataupun membuat carian secara terperinci.
  4. Untuk membuat carian secara terperinci, masukkan dan pilih maklumat yang diminta:
    • Daerah
    • Mukim/Pekan/Bandar
    • Jenis Hakmilik
    • Nombor Hakmilik

Kemudian tekan butang Cari

  1. Detail maklumat tentang hakmilik dan jumlah cukai akan dipaparkan.
  2. Anda boleh print dan download hasil maklumat carian cukai tanah yang anda telah lakukan.

CARA BAYAR CUKAI TANAH TERENGGANU

Selepas anda selesai membuat carian dan semakan cukai tanah hakmilik anda tadi, seterusnya anda boleh mula buat bayaran.

Bagi yang tidak biasa menggunakan online, anda boleh seperti biasa buat bayaran di kaunter pejabat tanah di kawasan anda di Terengganu.

Pergi ke kaunter ambil nombor giliran, buat bayaran dan terima resit bayaran cukai tanah daripada kaunter.

Namun sekarang anda boleh membuat bayaran secara online untuk bayaran cukai tanah di Terengganu.

Pihak pentadbir tanah Terengganu menggunakan sistem JOMPAY untuk menerima bayaran daripada pemilik hartanah di seluruh negeri Terengganu.

Biller code untuk buat bayaran cukai tanah negeri Terengganu adalah 74021.

Dengan sistem bayaran online menggunakan Jompay ini anda boleh buat bayaran daripada akaun bank anda.

Untuk membuat bayaran cukai tanah Terengganu secara online melalui Jompay anda perlu masukkan maklumat berikut semasa membuat pembayaran dengan akaun bank anda:

  • Masukkan Biller code 74021
  • Bahagian Ref 1 : Nombor akaun cukai tanah
  • Bahagian Ref 2 : Nombor telefon anda

Lakukan pembayaran cukai tanah anda seperti biasa dan apabia selesai sila simpan bayaran resit bayaran cukai tanah tersebut untuk rujukan pada masa hadapan nanti jika ada apa apa masalah timbu dan berlaku.

Dengan menggunakan sistem Jompay untuk membuat bayaran cukai tanah, ianya amat memudahkan pengguna yang mahu buat bayaran secara dalam talian.

Begitulah bagaimana proses yang anda boleh lakukan jika anda ingin semak cukai tanah Terengganu dan seterusnya membuat bayaran.

FAQ

Adakah kadar bayaran hasil cukai tanah sama bagi setiap negeri?

Kadar bayaran cukai tanah adalah tidak sama mengikut negeri masing masing

Adakah boleh pembayar tidak membuat bayaran penuh cukai tanah seperti yang tertera didalam bil?

Pembayar dikehendaki membuat bayaran penuh bagi setiap cukai tanah yang hendak dibayar.

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *