CUKAI TANAH SELANGOR : SEMAK DAN BAYAR ONLINE

Cara Semak Cukai Tanah Selangor
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CUKAI TANAH SELANGOR : SEMAK DAN BAYAR ONLINE

Tahukah anda cara semak cukai tanah Selangor? Tahukah anda, bagi pemilik tanah anda dikehendaki membuat pembayaran cukai tanah yang dikenakan bagi setiap tanah yang anda miliki. Anda bertanggungjawab untuk membuat bayaran kepada kerajaan negeri masing-masing dalam tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 januari hingga 31 Mei setiap tahun.

Cukai Tanah ini juga merupakan salah satu pendapatan kerajaan Negeri dan dapat digunakan untuk pengurusan serta pembangunan di sesebuah Negeri tersebut. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab pemilik tanah untuk membayar cukai tanah mengikut yang telah ditetapkan oleh negeri masing-masing.

Untuk pengentahuan anda, tidak membuat pembayaran atau mengelak daripada membayar cukai tanah ini boleh menyebabkan hartanah anda akan di rampas oleh pihak Negeri. Ini tertakluk di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara.

Bagi Negeri Selangor, urusan untuk semakan dan bayaran cukai tanah, anda tidak perlu lagi ke Pejabat Tanah. Kini semuanya boleh dilakukan online sahaja.

Disini, kami akan terangkan cara semak cukai tanah Selangor secara atas talian.

  1. Sila layari laman web rasmi Semakan Cukai Tanah Selangor di pautan ini :
  2. https://ehasil.selangor.gov.my/app/search.
  • Terdapat 4 Pilihan Carian:

APA ITU CUKAI TANAH

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold). Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.
Berdasarkan undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, Tanah yang dimiliki akan DIRAMPAS sekiranya gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang diwajibkan.

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH SELANGOR

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

SIAPA YANG PERLU BAYAR CUKAI TANAH?

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold).

Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.

Kanun Tanah Negara menetapkan undang-undang wajib untuk semua pemilik hartanah membayar cukai tanah setiap tahun kepada Pejabat Tanah yang berkenaan.

Setiap negeri mempunyai tarikh tersendiri untuk pemilik membayar cukai tanah, namun kebanyakan negeri sudah menetapkan tarikh pemotongan pada 31 Mei setiap tahun. Kalau nak tengok di mana anda boleh semak dan bayar cukai tanah untuk semua negeri di Malaysia

Pertama adalah menggunakan Nombor Akaun.

  • Paparan nombor akaun baharu di dalam cetakan bil cukai tanah.
  • Masukkan Nombor Akaun Baharu di dalam kotak yang disediakan.
  • Kemudian, tekan butang Cari.
  • Hasil carian akan dipaparkan.
  • Sekiranya terdapat cukai yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah/petak yang perlu dibayar akan dipaparkan dan butang “Bayar” akan kelihatan.
  • Jika tiada cukai yang belum dibayar, skrin pembayaran secara atas talian tidak di paparkan.
  • Semakan menggunakan Nombor Akaun anda telah berjaya anda boleh ikuti panduan di bawah untuk teruskan proses pembayaran secara online.
  • Tekan Butang Bayar.
  • Pilih Jenis Bank di perbankan internet FPX.
  • Masukkan alamat Emel anda.
  • Tekan butang “Bayar” dan anda akan terus ke halaman perbankan online yang telah dipilih.
  • Jika anda sudah selesai membuat pembayaran, pastikan anda Cetak Salinan Resit Pembayaran untuk tujuan rujukan dan bukti pembayaran.

Kedua Menggunakan ID Hakmilik

  • Sila masuk ke pautan ini : https://ehasil.selangor.gov.my/app/search.
  • Pilih jenis bil Cukai tanah.
  • Pilih jenis carian menggunakan “Id Hakmilik”.
  • Pilih daerah, mukim, jenis hakmilik dan no. Hakmilik. Kesemua ruangan carian tersebut perlu di isi.
  • Tekan butang “Cari” dan keputusan carian akan dipaparkan.
  • Sekiranya terdapat cukai yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah/petak yang perlu dibayar akan dipaparkan dan butang “Bayar” akan kelihatan.
  • Paparan mesej “Maaf, Carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.” sekiranya hakmilik gagal ditemui.
  • Selesai anda boleh membuat pembayaran jika hasil carian anda berjaya dijumpai dan terdapat tunggakan yang perlu di lansaikan.

Ketiga Menggunakan Nombor Akaun 14 Digit

  • Sila masuk ke pautan ini : https://ehasil.selangor.gov.my/app/search.
  • Pilih jenis bil Cukai tanah.
  • Pilih Jenis Carian No Akaun (14 Digit).
  • Masukkan no akaun dan tekan butang “Cari”.
  • Keputusan carian akan dipaparkan.
  • Sekiranya terdapat cukai yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah/petak yang perlu dibayar akan dipaparkan dan butang “Bayar” akan kelihatan.
  • Paparan mesej “Maaf, Carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.” sekiranya hakmilik gagal ditemui.ekiranya hakmilik gagal ditemui.
  • Selesai anda boleh membuat pembayaran jika hasil carian anda berjaya dijumpai dan terdapat tunggakan yang perlu di lansaikan.

Keempat Menggunakan Nombor Akaun Lama 21 Digit

  • Sila masuk ke pautan ini : https://ehasil.selangor.gov.my/app/search.
  • Pilih Jenis Bil Cukai Tanah.
  • Pilih “No Akaun Lama (21 Digit)”.
  • Pilih “Daerah”.
  • Masukkan nombor akaun lama (21 digit) dan tekan “Cari”.
  • Keputusan carian akan dipaparkan.
  • Sekiranya terdapat cukai yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah/petak yang perlu dibayar akan dipaparkan dan butang “Bayar” akan kelihatan.
  • Paparan mesej “Maaf, Carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.” sekiranya hakmilik gagal ditemui.ekiranya hakmilik gagal ditemui.
  • Selesai anda boleh membuat pembayaran jika hasil carian anda berjaya dijumpai dan terdapat tunggakan yang perlu di lansaikan.

 

Untuk dapatkan maklumat tambahan, anda juga boleh berhubung terus dengan:

Pejabat Tanah dan Galian Selangor,

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

40576 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

 

Baca Juga :

Bantuan Sihat Selangor 2022 (Permohonan Secara Online)

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *