CUKAI TANAH PERLIS : SEMAK DAN BAYAR ONLINE

CUKAI TANAH PERLIS : SEMAK DAN BAYAR ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CUKAI TANAH PERLIS : SEMAK DAN BAYAR ONLINE

Tahukah anda cara Semak cukai tanah Perlis dan bagaimana pemilik hartanah boleh membuat sebarang pembayaran bil kepada pihak pentadbir negeri.Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis adalah jabatan di bawah kerajaan yang mengawal selia tentang hal hal tanah di dalam negeri ini. Bagi sesiapa yang memilik hartanah di negeri Perlis anda sekarang sudah boleh membuat semakan cukai tanah negeri Perlis hanya melalui online sahaja.

APAKAH ITU CUKAI TANAH?

Cukai Tanah adalah Cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri kepada pemilik hartanah yang memiliki tanah di Negeri tersebut. Cukai Tanah wajib dibayar oleh pemilik hartanah.

Berdasarkan undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, Tanah yang dimiliki akan DIRAMPAS sekiranya gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang diwajibkan.

Oleh itu, segeralah membuat bayaran.

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH 

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

SIAPA YANG PERLU BAYAR CUKAI TANAH?

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold).

Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.

Kanun Tanah Negara menetapkan undang-undang wajib untuk semua pemilik hartanah membayar cukai tanah setiap tahun kepada Pejabat Tanah yang berkenaan.

Setiap negeri mempunyai tarikh tersendiri untuk pemilik membayar cukai tanah, namun kebanyakan negeri sudah menetapkan tarikh pemotongan pada 31 Mei setiap tahun. Kalau nak tengok di mana anda boleh semak dan bayar cukai tanah untuk semua negeri di Malaysia

CARA SEMAK CUKAI TANAH PERLIS

Bagi anda sama ada penduduk di negeri Perlis atau orang luar dari Perlis yang mempunyai hartanah di negeri ini boleh buat semakan cukai tanah dengan mengikuti langkah langkah berikut.

  1. Layari laman rasmi Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis di https://ptg.ptgps.gov.my/
  2. Setelah masuk ke situ klik pada bahagian Esemakan (Semak Cukai Tanah)
  3. Seterusnya anda akan di bawa ke laman untuk membuat carian cukai tanah
  4. Didalam sistem carian ini pengguna diberi pilihan sama ada ingin membuat carian dengan menggunakan nombor akaun atau dengan menggunakan nombor hakmilik.
  5. Carian dengan menggunakan nombor hakmilik
    • Tandakan pada Id Hakmilik / Title Nombor/Nombor geran
    • Pilih mukim/bandar/pekan
    • Pilih jenis hakmilik
    • Masukkan No. Hakmilik
    • Tekan butang Cari
  1. Carian dengan menggunakan nombor akaun
    • Klik pada No. Akaun / Account No
    • Masukkan nombor akaun bil cukai tanah
    • Kemudian klik butang Cari

Hasil semakan dan carian maklumat cukai tanah akan ditunjukkan dengan menggunakan salah satu daripada kaedah carian di atas.

CARA BAYAR CUKAI TANAH PERLIS

Selepas selesai membuat carian dan semakan cukai tanah anda untuk negeri Perlis, kini langkah seterusnya adalah untuk membuat bayaran kepada pejabat tanah.

Untuk membuat bayaran pemilik tanah di Perlis di beri pilihan untuk membuat pilihan bayaran seperti berikut:

  1. Buat pembayaran di kaunter pejabat tanah negeri Perlis
  2. Bayar di Portal E-Bayar Negeri Perlis.

Portal E-Bayar Perlis merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Perlis ke arah “Perlis GO Digital”.

Portal ini menyediakan khidmat pembayaran terhadap pelbagai perkhidmatan yang ada yang terdapat dalam jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Perlis secara dalam talian melalui Online Banking (FPX) dan Kad Kredit/Debit (Mastercard/Visa).

Para pengguan khususnya pembayar cukai tanah boleh membuat pembayaran cukai tanah dengan memilih agensi Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis untuk melakukan pembayaran.

Untuk menggunakan e-bayar ini anda boleh klik di sini https://ebayar.perlis.gov.my/

 

Masukkan maklumat pembayaran seperti di dalam gambar di atas:

  • Pilih agensi (Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis)
  • Jenis Pembayaran (Cukai Tanah)
  • Jumlah bayaran
  • Nama pembayar cukai tanah
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor telefon
  • Alamat email
  • Nombor akaun bil cukai tanah (lihat pada resit cukai tanah untuk dapatkan nombor akaun)
  • Pilih jenis perbankkan
  • Pilih nama bank
  • Tandakan setuju pada terma dan syarat pembayaran
  • Kemudian klik pada butang Pembayaran

Selepas selesai membuat pembayaran sila simpan resit bayaran cukai tanah anda.

  1. Bayaran online menggunakan sistem Jompay

Bagi anda yang suka menggunakan Jompay anda juga boleh membayar cukai tanah di negeri Perlis ini dengan menggunakan sistem Jompay ini.

Anda boleh gunakan mana mana online banking yang ada perkhidmatan Jompay ini.

Biller code Jompay untuk Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perlis adalah 3400

Semasa melakukan bayaran cukai tanah sila masukkan pada bahagian maklumat berikut pada bahagian Ref:

  • Ref 1 (Nombor hakmilik hartanah)
  • Ref 2 (Nombor telefon anda)

Seperti biasa selepas selesai melakukan pembayaran cukai tanah sila simpan resit bayaran yang telah dibuat.

Begitulah kaedah atau cara untuk semak cukai tanah Perlis dan juga cara untuk membuat bayaran.

Berapa lama tempoh kemaskini jika bayaran cukai tanah dilakukan secara online?

Bayaran cukai tanah anda akan dikemaskini dalam masa tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.

Berapakah minimum dan maksimum jumlah bayaran yang boleh dilakukan secara online?

Individu: Minimum adalah RM 1.00 dan maksimum RM 30,000.00
Korporat: Minimum adalah RM 2.00 dan maksimum RM 1,000,000.00

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *