CUKAI TANAH PERAK : SEMAK DAN BAYAR ONLINE

CUKAI TANAH PERAK : SEMAK DAN BAYAR ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CUKAI TANAH PERAK : SEMAK DAN BAYAR ONLINE

tahukah anda cara semak cukai tanah Perak? . Cukai tanah merupakan salah satu sumber pendapatan utama bagi kerajaan negeri di Malaysia. Ia adalah jenis cukai yang dikenakan ke atas pemilik tanah sebagai bentuk bayaran kepada pihak berkuasa tempatan. Di Perak, proses semakan dan pembayaran cukai tanah telah diperbaiki dan disederhanakan dengan adanya sistem dalam talian.

Dengan adanya online sistem ini, pemilik tanah yang ingin membuat semakan dan pembayaran cukai tanah kini menjadi mudah. Dalam artikel ini, kami kongsikan bagaimana untuk membuat semakan cukai tanah di Perak, serta cara untuk membuat pembayaran tersebut.

APAKAH ITU CUKAI TANAH?

Cukai Tanah adalah Cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri kepada pemilik hartanah yang memiliki tanah di Negeri tersebut. Cukai Tanah wajib dibayar oleh pemilik hartanah.

Berdasarkan undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, Tanah yang dimiliki akan DIRAMPAS sekiranya gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang diwajibkan.

Oleh itu, segeralah membuat bayaran.

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH 

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

SIAPA YANG PERLU BAYAR CUKAI TANAH?

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold).

Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.

Kanun Tanah Negara menetapkan undang-undang wajib untuk semua pemilik hartanah membayar cukai tanah setiap tahun kepada Pejabat Tanah yang berkenaan.

Setiap negeri mempunyai tarikh tersendiri untuk pemilik membayar cukai tanah, namun kebanyakan negeri sudah menetapkan tarikh pemotongan pada 31 Mei setiap tahun. Kalau nak tengok di mana anda boleh semak dan bayar cukai tanah untuk semua negeri di Malaysia

DAFTAR AKAUN PENGGUNA PTG PERAK

Bagi memudahkan lagi untuk Semakan Cukai Tanah Di Perak dan pembayaran cukai tersebut. Anda hendaklah mendaftar akaun terlebih dahulu.

  1. Layari pautan ini = https://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml
  2. Tekan pada bahagian “Daftar di sini”
  3. Isi maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan
  4. Selesai

CARA SEMAK CUKAI TANAH PERAK

Setelah anda selesai untuk mendaftar akaun, anda terus boleh membuat Semakan Cukai Tanah Di Perak tersebut. Ikuti langkah-langkah untuk membuat semakan Cukai Tanah Perak seperti berikut :

  1. Log masuk ke pautan = https://ptg.perak.gov.my/portal/landing-page
  2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan dan klik “Log Masuk”
  3. Pilih “Cukai Tanah”
  4. Lihat paparan hasil carian cukai tanah
  5. Carian dan semakan cukai tanah boleh dilakukan mellaui carian ID Hakmilik tanah, Nombor akaun dan ID Hakmilik Strata
  6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  7. Setelah itu, tekan butang “Cari”
  8. Maklumat Hakmilik Hartanah termasuk jumlah bayaran cukai tanah yang belum dijelaskan (jika ada) akan dipaparkan.

CARA BAYAR CUKAI TANAH PERAK

  1. Di bahagian bawah paparan maklumat Hakmilik Hartanah, terdapat butang “Bayar” dan klik butang “Bayar” tersebut
  2. Dipaparan berikutnya, anda boleh membuat pembayaran secara online
  3. Pilih jenis bank yang anda ingin gunakan
  4. Tekan pada “proceed”
  5. Masukkan username dan password akaun bank online anda
  6. Lengkapkan bayaran kemudian klik pada “Continue With Transaction”
  7. Selesai untuk pembayaran
  8. Resit pembayaran cukai tanah akan dipaparkan dan resit tersebut boleh dimuat turun atau dicetak untuk disimpan dan dijadikan rujukan anda.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *