CUKAI TANAH PAHANG : SEMAK DAN BAYAR ONLINE

CUKAI TANAH PAHANG : SEMAK DAN BAYAR ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CUKAI TANAH PAHANG : SEMAK DAN BAYAR ONLINE

Tahukah anda cara semak cukai tanah Negeri Pahang? Untuk pengetahuan anda, jika anda memiliki tanah sendiri anda dikehendaki membuat pembayaran cukai tanah yang dikenakan bagi setiap tanah yang anda miliki. Anda bertanggungjawab untuk membuat bayaran kepada kerajaan negeri masing-masing dalam tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 januari hingga 31 Mei setiap tahun.

Melalui pengutan cukai ini dapat membantu kerajaan Negeri mendapatkan pendapatan untuk pengurusan serta pembangunan di sesebuah Negeri tersebut. Jadi, menjadi tanggungjawab anda yang memiliki tanah untuk membayar cukai tanah yang telah dikenakan berdasarkan negeri masing-masing.

Untuk makluman anda, jika anda tidak membuat pembayaran atau mengelak daripada membayar cukai tanah ini boleh menyebabkan hartanah anda akan di rampas oleh pihak Negeri. Ini tertakluk di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara. Oleh itu, anda sebagai rakyat yang bertanggungjawab boleh melunaskan tax yang dikenakan melalui pemilikan hartanah anda.

APA ITU CUKAI TANAH

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold). Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.
Berdasarkan undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, Tanah yang dimiliki akan DIRAMPAS sekiranya gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang diwajibkan.

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH PAHANG

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

SIAPA YANG PERLU BAYAR CUKAI TANAH?

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold).

Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.

Kanun Tanah Negara menetapkan undang-undang wajib untuk semua pemilik hartanah membayar cukai tanah setiap tahun kepada Pejabat Tanah yang berkenaan.

Setiap negeri mempunyai tarikh tersendiri untuk pemilik membayar cukai tanah, namun kebanyakan negeri sudah menetapkan tarikh pemotongan pada 31 Mei setiap tahun. Kalau nak tengok di mana anda boleh semak dan bayar cukai tanah untuk semua negeri di Malaysia

CARA SEMAK CUKAI TANAH PAHANG

Panduan Lengkap Cara Semak Dan Bayar Cukai Tanah Pahang Melalui Online.

  1. Sila layari laman web rasmi Semakan Cukai Tanah Pahang di pautan ini : https://ptg.pahang.gov.my/.
  2. Klik “Bayaran Cukai Atas Talian” seperti gambar di bawah ini.
  3. Baca Terma dan Syarat. Kemudian klik “Saya setuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan di atas”. Rujuk gambar di bawah.
  4. Klik Butang Setuju.
  5. Untuk Mengisi Maklumat Cukai, sila rujuk Bil Cukai Tanah atau Geran Hakmilik anda. Rujuk gambar di bawah.
  6. Masukkan Maklumat Cukai yang di minta.
  7. Klik butang Semak Cukai.
  8. Maklumat Cukai anda berada di bahagian bawah “Semakan Maklumat Cukai Tanah”. Perlu digerakkan (Scroll) ke bawah.
  9. Maklumat Cukai Tanah akan dipaparkan.
  10. Bagi status ”BELUM DIBAYAR”, anda boleh membuat pembayaran
    dengan menekan butang Bayar untuk membuat pembayaran melalui FPX.
  11. Bagi status bayaran ”TELAH DIBAYAR”, anda tidak perlu lagi
    menekan butang bayar untuk membuat pembayaran.
  12. Bagi status bayaran ”TELAH DIBAYAR” tetapi masih ada baki bayaran, pembayaran tidak dapat dilakukan melalui FPX. Pembayar hendaklah menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan untuk penjelasan lanjut.
  13. Skrin pengesahan akan dipaparkan.Sila klik butang ”Klik Untuk Membayar” untuk meneruskan pembayaran.

CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE

Berikut adalah merupakan cara untuk anda membuat pembayaran secara online iaitu:

  1. Ikuti langkah 1 hingga langkah 13 seperti di atas
  2. Paparan Maklumat cukai berada di bahagian bawah Semakan Maklumat Cukai Tanah, anda dikehendaki untuk scroll ke bawah
  3. Kemudian klik pada Bayar di bahagian bawah Maklumat Cukai
  4. Satu pop up akan pengesahan akan tertera, klik pada Klik Untuk Membayar
  5. Pilih bank untuk meneruskan pembayaran
  6. Setelah selesai pembayaran, pastikan anda cetak atau download resit untuk rujukan anda

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan juga persoalan anda boleh ajukan kepada pihak di bawah.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang
Bangunan PTG,
Bandar Indera Mahkota,
25990 Kuantan, Pahang.

Nombor Telefon : 09-5712600

Emel : ptg@pahang.gov.my.

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *