CUKAI TANAH KELANTAN : SEMAK DAN BAYAR ONLINE

CUKAI TANAH KELANTAN : SEMAK DAN BAYAR ONLINE
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CUKAI TANAH KELANTAN : SEMAK DAN BAYAR ONLINE

Tahukah anda cara semak cukai tanah Kelantan?  Cukai tanah adalah salah satu jenis cukai yang dikenakan oleh kerajaan negeri terhadap pemilik harta tanah. Di Malaysia, setiap negeri mempunyai undang-undang dan peraturan yang mengawal semakan dan pembayaran cukai tanah.

Semakan cukai tanah adalah proses untuk memeriksa status cukai tanah sesebuah harta tanah. Pemilik tanah di Kelantan boleh melakukan semakan cukai tanah dengan melawat Pejabat Tanah dan Galian Kelantan atau menggunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh pihak berkuasa berkenaan.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan dan pembayaran cukai tanah di Kelantan, disini kami kongsikan serba sedikit langkah-langkah tersebut dengan mudah.

APAKAH ITU CUKAI TANAH?

Cukai Tanah adalah Cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri kepada pemilik hartanah yang memiliki tanah di Negeri tersebut. Cukai Tanah wajib dibayar oleh pemilik hartanah.

Berdasarkan undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, Tanah yang dimiliki akan DIRAMPAS sekiranya gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang diwajibkan.

Oleh itu, segeralah membuat bayaran.

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH 

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

SIAPA YANG PERLU BAYAR CUKAI TANAH?

Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold).

Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata.

Kanun Tanah Negara menetapkan undang-undang wajib untuk semua pemilik hartanah membayar cukai tanah setiap tahun kepada Pejabat Tanah yang berkenaan.

Setiap negeri mempunyai tarikh tersendiri untuk pemilik membayar cukai tanah, namun kebanyakan negeri sudah menetapkan tarikh pemotongan pada 31 Mei setiap tahun. Kalau nak tengok di mana anda boleh semak dan bayar cukai tanah untuk semua negeri di Malaysia

DAFTAR AKAUN PENGGUNA

Bagi memudahkan lagi untuk Semakan dan pembayaran cukai. Anda hendaklah mendaftar akaun terlebih dahulu.

  1. Layari pautan ini = https://hasiltanah.kelantan.gov.my/
  2. Tekan pada bahagian “Daftar di sini”
  3. Isi maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan
  4. Sekiranya telah selesai menisi semua maklumat tersebut, klik butang “Daftar” untuk menyelesaikan proses pendaftaran
  5. Anda akan menerima pengesahan melalui email untuk mengaktifkan akaun anda
  6. Selesai untuk mendaftar

CARA SEMAK CUKAI TANAH KELANTAN

Setelah anda selesai untuk mendaftar akaun, anda terus mempunyai akaun di portal online iaitu hasiltanah.kelantan . Dengan itu, anda terus boleh membuat semakan tersebut. Ikuti langkah-langkah untuk membuat semakan Cukai Tanah Perak seperti berikut :

  1. Log masuk ke pautan = https://hasiltanah.kelantan.gov.my/
  2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan dan klik “Log Masuk”
  3. Masuk dalam sistem, anda disarankan untuk mendaftar hakmilik hartanah anda sebagai langkah pertama. Ini akan memudahkan lagi bagi anda untuk membuat pembayaran cukai tanah pada masa yang akan datang.
  4. Lihat paparan hasil carian cukai tanah
  5. Anda boleh melakukan pencarian dan mengisi maklumat hakmilik seperti Jajahan, Mukim, Jenis Hakmilik dan No. Hakmilik.
  6. Setelah itu, klik pada butang “Cari”.
  7. Maklumat Hakmilik Hartanah termasuk jumlah bayaran cukai tanah yang belum dijelaskan (jika ada) akan dipaparkan.
  8. Pilih kotak yang sesuai untuk memilih senarai hakmilik tersebut dan simpan dalam akaun anda.

CARA BAYAR CUKAI TANAH KELANTAN

  1. Di bahagian bawah paparan maklumat hakmilik Hartanah, terdapat butang “Bayar” dan klik butang tersebut.
  2. Setelah itu, anda sudah mboleh membuat pembayaran secara online.
  3. Pilih jeni bank untuk pembayaran.
  4. Klik pada “Proceed”
  5. Masukkan Username dan password akaun bank anda.
  6. Lengkapkan pembayaran kemudian klik pada “Continue With Transaction”
  7. Pembayaran selesai.
  8. Resit pembayaran tersebut akan dipaparkan. Anda boleh muat turun atau dicetak untuk dijadikan rujukan anda.

Semoga perkongsian Semakan dan Pembayaran Cukai Tanah Di Kelantan ini dapat membantu mereka yang ingin membuat semakan atau pembayaran.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *