COMPANY SOKONG ISRAEL : INI SENARAINYA

COMPANY SOKONG ISRAEL : INI SENARAINYA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

COMPANY SOKONG ISRAEL : INI SENARAINYA

Tahukah anda apakah company atau jenama yang sokong Israel? Rakyat negara ini baik yang beragama Islam atau bukan Islam diseru supaya menunaikan tanggungjawab kemanusiaan dengan menghulurkan bantuan susulan krisis yang menimpa penduduk Palestin.

Tahukah anda terdapat juga syarikat atau restoran yang menderma makanan secara percuma kepada tentera Israel yang menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Setakat ini rakyat beberapa negara sudah mengambil tindakan memboikot restoran berkenaan termasuk Arab Saudi, Mesir, Lubnan dan Kuwait

SENARAI PRODUK PRO ISRAEL

Menurut NGO Aqsa Working Group dan #BDSmovement, berikut antara produk popular Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan sokongan terhadap Israel :

  • Coca Cola
  • Pepsi
  • Nescafe
  • Starbucks
  • Unilever
  • HP (Hewlett Packard)
  • Garnier
  • Nike
  • Puma
  • Revlon
  • Estee Lauder
  • Apple (Mac)
  • Palmolive
  • Kellogg’s
  • Nivea
  • McDonald’s
  • Dove
  • KitKat
  • Nestle
  • Colgate
  • Neutrogena
  • Rexona
  • Evian

SENARAI COMPANY ATAU JENAMA YANG SOKONG ISRAEL

Informasi lima jenama yang diboikot menurut kajian Aqsa Syarif

1. HP

  • HP atau Hewlett Packard mendakwa mereka syarikat yang terkehadapan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial tetapi sebenarnya terlibat dalam penindasan bersistematik di seluruh dunia.
  • Di Palestin, HP bertanggungjawab menyediakan teknologi yang membolehkan penjajahan, pendudukan haram, sekatan, pengusiran, pemenjaraan, kurungan dan pelbagai lagi bentuk penindasan terus berlaku.
  • HP bersalah kerana membekalkan aset-aset IT yang penting untuk tentera darat dan laut Zionis Israel untuk mengepung Gaza. Sistem kepungan ini menghadkan barangan masuk keluar di Gaza.
  • HP juga memberi khidmat sistem sekuriti berteknologi kepada penjara-penjara Zionis Israel yang semua sedia maklum bahawa kanak-kanak di bawah umur juga turut dipenjara.
  • Selain itu, HP bertanggungjawab membekalkan sistem teknologi di checkpoint, tembok dan kad pengenalan aparteid. Sistem ini menyukarkan petani Palestin untuk ke ladang mereka, pelajar ke sekolah dan lain-lain.

2. G4S

  • Mungkin ramai tidak pernah dengar apa itu syarikat G4S. Di Malaysia, van-van G4S sering kelihatan di atas jalanraya ataupun di bank atau mesin ATM.
  • G4S adalah syarikat keselamatan terbesar di dunia membantu sistem penjara Israel, terlibat dalam penyediaan peralatan dan perkhidmatan kepada pusat pemeriksaan tentera Israel, tempok aparteid, penempatan haram, bangunan tentera dan polis.
  • Seperti HP, G4S mengaut keuntungan dengan menjalankan perniagaan dengan Zionis Israel.
  • Gerakan BDS Ecuador mencapai kejayaan pertama apabila satu institut penyelidikan, International Center for Advanced Studies in Communications for Latin America (CIESPAL) memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bersama syarikat sekuriti G4S setelah mendapat pendedahan mengenai penglibatan G4S di dalam membantu Zionis Israel.
  • Syarikat G4S pernah mengumumkan pada Disember 2016 bahawa mereka merancang menamatkan semua perniagaan dengan Israel dalam masa 12 hingga 24 bulan akan datang, maksudnya pada akhir tahun ini atau tahun 2018.
  • Jika ia berlaku, rakyat Palestin mengatakan pengumuman ini sebagai kemenangan besar hasil boikot BDS. Sejak 2010, G4S telah kehilangan kontrak bernilai jutaan dolar sebagai hasil daripada kempen-kempen boikot.
  • Info lanjut tentang sumbangan G4S kepada Israel boleh dirujuk di pautan https://www.whoprofits.org/company/g4s-israel-hashmira

3 & 4. CATERPILLAR & HYUNDAI HEAVY INDUSTRIES

  • Satu lagi syarikat yang menjadi sasaran boycott di peringkat Global ialah syarikat Caterpillar dan Hyundai Heavy Industries (HHI) yang membuat jentolak.
  • Caterpillar adalah senjata paling ‘destructive’ yang digunakan oleh Israel untuk merobohkan puluhan ribu rumah rakyat Palestin.
  • Jentolak raksasa D-9 dan D-11 lebih merbahaya dari jet pejuang F-18 kerana ia digunakan untuk merobohkan seluruh kawasan perumahan Palestin untuk dibina penempatan baru Israel.
  • Seperti yang kita lihat dalam peta dari tahun ke tahun, tanah milik Palestin semakin mengecil akibat tindakan ini.
  • Pasti kita ingat peristiwa tahun 2003. Jentera Caterpillar telah membunuh seorang aktivis berbangsa Amerika, Rachel Corrie ketika mempertahankan sebuah rumah milik rakyat Palestin dari dirobohkan.
  • Lapan orang rakyat Palestin juga terkorban ketika rumah mereka diroboh tentera Zionis pada tahun 2002.
  • Di Malaysia, Sime Darby merupakan pengedar jentera pembinaan Caterpillar.
  • Orang awam yang mempunyai kereta jenama Hyundai tidak perlu risau kerana menurut BDS Korea, pengeluar kererta Hyundai berbeza dengan syarikat Hyundai Heavy Industries.

5. AHAVA

  • Produk kecantikan ini menjanjikan “Beauty Secrets from the Dead Sea.” tetapi menyembunyikan ‘the ugly truth’ kepada anda. Produk-produk Ahava dibuat menggunakan sumber asli bumi Palestin yang dirompak.
  • Penempatan haram Yahudi di Mitzpe Shalem, Tebing Barat adalah tempat di mana produk-produk Ahava dihasilkan.
  • Menurut Lazada.com [Prohibited Brands], Ahava dilarang dijual di platform online tersebut tetapi anda boleh mendapatinya di Lazada Malaysia.
  • (https://www.lazada.com/documents/CB%20Prohibited%20Brands.xlsx)
  • Gerakan Codepink antara jaguh dalam mempelopori boikot Ahava. Layari http://www.stolenbeauty.org/ yang dibuat khas untuk memboikot produk Ahava.
  • Pada tahun 2011, Ahava telah menutup satu retailnya di London akibat tekanan boikot yang sangat kuat. Selepas tujuh tahun perjuangan boikot Ahava, akhirnya syarikat tersebut mengumumkan untuk memindahkan kilang mereka.
  • Walaupun begitu, boikot akan diteruskan sehingga Ahava di penempatan haram ditutup sepenuhnya.

 

Sumber Rujukan

IKRAM

 

Baca Juga :

CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL : MULA TRANSAKSI

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *