CLAIM INSURANS KERETA BANJIR : INI CARANYA

CLAIM INSURANS KERETA BANJIR : INI CARANYA
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CLAIM INSURANS KERETA BANJIR : INI CARANYA

Tahukah anda cara claim insurans kereta banjir? Adakah kereta anda pernah kena banjir? Banjir kilat yang berlaku bukan hanya mengakibatkan kerosakan kepada kediaman sahaja, kenderaan-kenderaan juga turut terjejas dan rosak disebabkan banjir. Seperti yang diduga, setiap hujung tahun beberapa negeri di Malaysia seperti Kelantan, Terengganu pasti akan dilanda bencana banjir.

Jadi kami akan kongsikan cara-cara untuk claim insurans kereta yang terkesan dengan banjir dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mengharungi ujian ini.

🔥 Yamaha Life Vest Jacket 🔥 High End Quality Kids Adults Marine Safety Outdoor Water Sport Fishing Swimming Boating

APAKAH INSURANS KERETA BANJIR?

INSURANS untuk bencana alam atau di kenali Perlindungan peril khas ialah perlindungan tambahan untuk kerosakan kenderaan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, tanah mendap, pokok tumbang, bergantung kepada insurans yang anda pilih.

Perlindungan ini dapat membantu anda mendapatkan pampasan atas kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti yang disenaraikan dalam polisi insurans kereta.

KERETA ANDA DI LINDUNGI INSURANS BANJIR?

Pada kebiasaanya, setiap pemilik kenderaan akan diwajibkan untuk mempunyai insuran kenderaan atas kereta sendiri. Setiap kereta yang dimiliki selalunya akan dilindungi Insuran Komprehensif. Perlindungan ini merangkumi kerosakan/kehilangan kepada kenderaan, kemalangan atas kenderaan, kematian/kecederaan ke atas pihak lain atau kerosakan harta benda pihak lain.

Terdapat satu perlindungan tambahan ke atas perlindungan komprehensif yang dikenali sebagai ‘Special Perils’. Perlindungan ini dapat membantu anda dalam pampasan atas hal kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh kejadian banjir atau mana-mana bencana alam (seperti yang disenaraikan dalam terma & syarat atau polisi insuran).

CARA TAMBAH POLISI INSURANS BANJIR ATAU BENCANA ALAM

Anda boleh menambah insuran kereta banjir atau polisi tambahan peril khas ini pada bila-bila masa. Anda boleh menghubungi ejen atau syarikat insurans anda. Meskipun begitu, anda disarankan untuk renew insurans kereta dengan tambahan perlindungan peril khas sekaligus.

Ini kerana, proses penambahan perlindungan tambahan boleh menjadi sedikit rumit jika dibuat berasingan. Sesetengah syarikat insurans akan meminta untuk membuat pemeriksaan kenderaan jika anda ingin menambah special perils dalam polisi insurans semasa anda.

Sebab utamanya adalah untuk mengesahkan bahawa kenderaan anda belum rosak – ada sesetengah pihak akan cuba menipu sistem dengan menambah peril khas hanya selepas kereta mereka rosak akibat bencana alam.

Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk dapatkan perlindungan tambahan ini semasa anda renew insurans kereta.

LANGKAH-LANGKAH AWAL YANG PERLU DIAMBIL

  1. Ambil gambar bukti kejadian sebagai bukti di mana anda perlu catatkan lokasi tarikh dan masa kejadian bencana alam seperti banjir yang menimpa kereta anda. (Lebih baik gambar tersebut menunjukkan dengan jelas nombor plat kereta anda di tempat kejadian)
  2. Buat laporan polis kerana pihak insurans akan minta laporan polis untuk bantu anda buat proses claim insuran banjir (Laporan Polis mesti anda buat dalam tempoh 48 jam)
  3. Jangan sesekali start enjin kereta anda selepas kejadian banjir. (Jika anda buat juga, dikhuatiri enjin anda akan rosak). Ini akan menyebabkan syarikat insuran akan menggunakan alasan kecuaian anda untuk menolak permohonan proses claim insurance bencana alam banjir kereta anda.
  4. Akhir sekali tow kereta anda ke bengkel panel atau terus ke kilang kereta untuk mempercepatkan proses claim insurans anda kereta banjir.

CARA CLAIM INSURANS KERETA KENA BANJIR 

Berikut adalah merupakan langkah untuk membuat tuntutan sekiranya kenderaan anda kena banjir:

  1. HUBUNGI PIHAK INSURANS ANDA
    • Anda boleh menghubungi pihak insurans anda sekiranya kereta anda rosak akibat air banjir dan memerlukan perkhidmatan trak tunda.
    • Pastikan anda tidak memandu kereta anda sendiri kerana ia mungkin boleh menyebabkan kerosakan kereta yang lebih teruk.
  2. KUMPULKAN BUKTI BERKENAAN KERETA ANDA – Senarai butiran dan/atau dokumen-dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan syarikat insurans dalam urusan tuntutan insurans:
    • Catatan lokasi dan masa/tarikh kereta ditenggelami banjir
    • Ambil gambar kerosakan kereta yang ditenggelami banjir
    • Salinan lesen memandu pemilik kereta
    • Salinan kad pengenalan pemilik kereta
    • Salinan geran kereta
    • Salinan polisi insuran
    • Butiran/dokumen sokongan yang menjelaskan kerosakan kereta (sekiranya ada)
  3. BUAT LAPORAN POLIS SECEPAT MUNGKIN
    • Jika diikutkan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, laporan polis perlu dibuat dalam tempoh masa 24 jam.
    • Jika anda mempunyai alasan yang munasabah, anda masih boleh membuat laporan polis walaupun melepasi tempoh masa 24 jam.
    • Bila keadaan mengizinkan, anda hendaklah membuat laporan polis secepat yang mungkin.
  4. SERAHKAN BORANG TUNTUTAN DAN DOKUMEN SOKONGAN KEPADA SYARIKAT INSURANS
    • Setelah mengumpul dokumen-dokumen yang diperlukan, anda hendaklah menyerahkan borang tuntutan bersama dokumen-dokumen tersebut kepada agen insurans atau syarikat insurans anda.
    • Mereka akan memaklumkan kepada anda tempoh masa yang diperlukan bagi memproses tuntutan anda.
  5. HANTARKAN KERETA ANDA KE BENGKEL PANEL SYARIKAT INSURANS ANDA
    • Anda hendaklah menghantar kereta anda ke bengkel panel syarikat insurans anda. Senarai bengkel panel di kawasan anda boleh didapati daripada pihak insurans anda.

 

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *