CHECK SAMAN GUNA SMS : JPJ DAN PDRM

CHECK SAMAN GUNA SMS : JPJ DAN PDRM
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CHECK SAMAN GUNA SMS : JPJ DAN PDRM

Ini cara check saman guna sms. Mudah, cepat dan mesra pengguna. Tidak dinafikan, setelah pengenalan cara untuk menyemak saman melalui SMS mahupun online ini, telah banyak memberi manfaat kepada pengguna untuk menyemak saman mereka.

Kadang – kala, mungkin ada diantara kita yang terlepas pandang mengenai saman samada dalam sedar atau tidak. Sekurangnya, apabila kita dapat check saman ini, dapatlah kita mengetahui status terkini mengenai saman semasa kita ada.

Apabila kaedah semak saman melalui SMS ini diperkenalkan, kita sebagai pengguna hendaklah mengambil sikap bertanggungjawab dan ambil tahu supaya tiada saman tertunggak atau masalah timbul kelak.

Baca Juga : Cara Check Saman Online (Polis, JPJ & AES)

CARA CHECK SAMAN MELALUI NO PLATE/NO KAD PENGENALAN

Untuk anda yang ingin menyemak status saman terkini anda, ia boleh dilakukan dengan mudah sama ada secara SMS. Berikut adalah cara untuk anda chek saman trafik secara SMS sebagai panduan anda ;

Check Saman PDRM melalui SMS

  1. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
  2. Hantar ke 15888 atau 32728
  3. Contoh – POLIS SAMAN VBR44 atau POLIS SAMAN 920211115055

Anda juga boleh memohon untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan saman anda melalui e-mel. Perincian saman akan dihantar kepada anda menerusi alamat e-mel yang diberikan:

  1. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan<jarak>alamat e-mel
  2. Hantar ke 15888 atau 32728
  3. Contoh – POLIS SAMAN AES44 test@gmail.com atau POLIS SAMAN 920211115055 test@gmail.com

Check Saman JPJ melalui SMS

  1. Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh – JPJ SAMAN 920211115055 atau JPJ SAMAN VBR44

Suka diingatkan, caj perkhidmatan sebanyak 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen akan dikenakan untuk setiap penerimaan mesej. Cubalah check saman anda!

 

SOALAN LAZIM

Apa yang akan berlaku sekiranya saya gagal membayar saman trafik?

Kegagalan pesalah trafik untuk melunaskan saman menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) boleh menyebabkan pesalah disenarai hitam dan dikenakan waran tangkap sekali gus menyebabkan pengguna tidak dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Pengguna hanya akan dikeluarkan daripada senarai selepas menjelaskan semua tunggakan saman.

 

Adakah saman trafik turut ditawarkan diskaun tertentu?

Kebiasaannya, diskaun saman trafik adalah bergantung pada pengumuman semasa. Anda boleh mengikuti laman web atau laman sosial rasmi seperti Facebook atau Instagram Jabatan Pengangkutan Jalan atau Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan kemas kini lanjut dari semasa ke semasa.

 

Saya baru membeli kereta terpakai, tetapi apabila saya check saman (SMS) guna no plat didapati ada saman. Apakah harus saya lakukan?

Jika anda membeli kereta terpakai dan menyedari kereta baharu anda mempunyai saman tertunggak – anda hanya perlu tunjukkan dokumen pembelian kereta (salinan borang pertukaran nama dan geran baharu) kepada pihak JPJ. Setelah terbukti saman tersebut dikeluarkan sebelum bertukar nama, anda tidak perlu membayar saman bagi pihak pemilik lama.

Namun begitu, jika anda membeli kereta terpakai secara ansuran daripada kenalan anda, anda mungkin perlu berbincang dengan kenalan anda untuk menjelaskan saman tersebut untuk mengelakkan anda daripada tidak boleh memperbaharui cukai jalan. Selain itu, pastikan anda peka dengan sebarang pengumuman diskaun saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

 

UNTUK MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

Jika anda mempunyai lagi sebarang kemusykilan, hantarkan aduan anda ke Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM di talian 03 – 22663319. Untuk aduan JPJ hubungi talian 03 – 8000 8000

aduantrafik@jpj.gov.my

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *