CHECK PARAS AIR SUNGAI ONLINE : PERSEDIAAN BANJIR

CHECK PARAS AIR SUNGAI ONLINE : PERSEDIAAN BANJIR
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CHECK PARAS AIR SUNGAI ONLINE : PERSEDIAAN BANJIR

Tahukah anda Cara check paras air sungai online?Normanya di Malaysia pada permulaan hujung tahun adalah musim tengkujuh bagi negeri-negeri di bahagian Pantai Timur iaitu di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dalam masa inilah mungkin akan berlakunya banjir di kawasan-kawasan rendah akibat daripada peningkatan paras air sungai.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda boleh semak paras air sungai dikawasan anda secara online sahaja. Dengan membuat semakan secara online anda dapat mengetahui sama ada ianya pada tahap normal, berjaga-jaga atau bahaya.

Bagaimana cara untuk membuat semakan paras air sungai secara online? Baca artikel ini untuk mengetahui cara semak paras air sungai secara online.

KENAPA PERLUNYA CHECK PARAS AIR SUNGAI

Penghujung tahun merupakan musim tengkujuh bagi negeri-negeri di bahagian Pantai Timur iaitu di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dalam masa inilah mungkin akan berlakunya banjir di kawasan-kawasan rendah akibat daripada peningkatan paras air sungai.

Sekiranya anda berada di kawasan yang berdekatan dengan sungai yang akan berkemungkinan dinaiki air jika hujan berterusan berhari-hari. Jadi,  anda yang berada di kawasan tersebut berpindah kerana kawasan dah banjir. Dengan membuat semakan paras air sungai, anda akan dapat bersiap-siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir yang akan hadir dan melalui semakan paras air sungai juga anda mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang tersayang serta barang-barang penting anda.

CARA CHECK PARAS AIR SUNGAI ONLINE 

Untuk pengentahun anda Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menediakan ciri ini supaya pengguna boleh menyemak paras air sungai melalui infobanjir yang dikongsikan kepada umum dari semasa ke semasa untuk sungai di seluruh Malaysia. Berikut adalah merupakan cara semakan online:

  1. Layari laman Public InfoBanjir: https://publicinfobanjir.water.gov.my/
  2. Pada paran untama klik pada Aras Air.
  3. Seterusnya anda boleh pilih negeri tempat anda tinggal dan klik River Level
  4. Kemudian akan dipaparkan Nama Stesen disetiap daerah beserta nama sungai.
  5. Terdapat nilai dan warna pada kolum River Level yang bermaksud paras air iaitu menunjukkan:
    • Warna Hijau – Paras air normal
    • Warna Jingga – Paras air berjaga-jaga
    • Warna Merah – Paras air bahaya
  6. Sekiranya ianya telah menunjukkan paras air berjaga-jaga (warna jingga), anda boleh membuat persiapan sebelum apa-apa berlaku seperti banjir, air naik dan sebagainya.

PUNCA BERLAKU BANJIR

  • Punca-Punca Semulajadi : Singkat, keamatan tinggi menyebabkan banjir kilat, hujan lebat menyebabkan tanah bertakung
  • Aktiviti Manusia : Pembuangan sisa pepejal kedalam sungai, enapan dari pembukaan tanah dan kawasan pembinaan, peningkatan dalam kawasan tidak telap dan halangan di dalam sungai

KESAN-KESAN BANJIR

  • Positf : Mengekalkan, memperkaya dan mengembalikan biodiversiti tertentu di dataran banjir, mengembalikan keadaan tanah yang kaya nutrisi dimana ia sesuai untuk pertanian dan tumbuhan semula jadi, membersihkan lumpur dan juga enapan dari kawasan banjir, serta mengisi semula air bumi
  • Negatif : Mengancam nyawa, mengganggu kegiatan sosial dan ekonomi dan memusnahkan harta benda, menyebabkan kesulitan dan kos pemulihan boleh menjadi tinggi buat kerajaan ataupun individu, dan menghalang pelaburan baru di kawasan mudah banjir

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai paras air sungai, anda boleh layari website rasmi Public InfoBanjir di pautan https://publicinfobanjir.water.gov.my/ 

 

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *