CHECK NO PINJAMAN PTPTN : CARA SEMAK GUNA IC

CHECK NO PINJAMAN PTPTN : CARA SEMAK GUNA IC
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CHECK NO PINJAMAN PTPTN : CARA SEMAK GUNA IC

Tahukah anda cara check no pinjaman PTPTN anda? Terlupa no pinjaman PTPTN sering dialami oleh banyak orang. Sudah tentu ada banyak sebab mengapa seseorang melupakan nombor pinjaman PTPTN, mungkin dalam jangka masa yang panjang tidak membuka akaun PTPTN secara dalam talian, dan tidak mengingat nombor itu lagi.

Sekiranya ini berlaku kepada Anda, pihak PTPTN telah menjangkakannya melalui 4 pilihan yang berbeza untuk mendapatkan nombor pinjaman Anda dengan segera.

Tenang, jangan panik, nombor akaun pinjaman PTPTN Anda pasti akan berjumpa kembali sekiranya Anda mengikuti langkah-langkah di bawah:

APA ITU PTPTN?

PTPTN , atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ialah sebuah agensi Kementerian Pendidikan (KPM) yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di institusi awam dan swasta.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON PTPTN?

Secara amnya, anda mestilah pelajar Diploma atau Sarjana Muda untuk melayakkan diri untuk permohonan pinjaman PTPTN.

  • Anda mestilah warganegara Malaysia.
  • Anda mesti berumur di bawah 45 tahun.
  • Anda mesti ditawarkan tempat di IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh KPM/MQA.
  • Kursus anda hendaklah mendapat kelulusan KPM / mempunyai Sijil Akreditasi yang sah daripada MQA (untuk universiti swasta).
  • Anda mesti tiada penaja lain.
  • Anda mesti mempunyai akaun SSPN-i.
  • Selain itu, pinjaman PTPTN meliputi kursus profesional seperti ACCA dan ICAEW, serta pengajian Pascasiswazah yang ditawarkan oleh institusi awam sahaja.
  • Semak cara membuka akaun SSPN-i dan memohon PTPTN secara dalam talian .

FUNGSI PTPTN

  • PTPTN berfungsi untuk menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
  • Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan.
  • Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

CARA CHECK NO PINJAMAN PTPTN GUNA IC

Sekiranya Anda sudah mempunyai akaun PTPTN online, boleh guna cara dibawah ini:

  1. Pergi ke laman web PTPTN.
  2. Sila masuk menggunakan akaun PTPTN Anda.
  3. Pilih menu Penyata Baki.Penyata Baki PTPTN
  4. Klik menu Pendaftaran untuk Direct Debit.
  5. Klik Permohonan Baru.Permohonan Baru PTPTN
  6. Klik Mohon.Cara Dapatkan No Pinjaman PTPTN
  7. Maklumat Pinjaman akan terlihat beserta No Pinjaman.

CARA DAPATKAN NO PINJAMAN PTPTN

Cara ini boleh Anda cuba sekiranya dahulu Anda mendaftar PTPTN secara manual dan Anda masih menggunakan email yang sama semasa buat akaun PTPTN dahulu.

  1. Sila buka laman PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login.
  2. Pilih Terlupa Kata Laluan.Terlupa No Pinjaman PTPTN
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan.
  4. Tick I’m not a robot, Teruskan.Lupa Nombor Akaun Pinjaman PTPTN
  5. Sila buka email yang berdaftar di perkhidmatan PTPTN (Email Anda yang dahulu didaftarkan semasa buat akaun PTPTN).
  6. Sila buat kata laluan baru, lepas tu login.
  7. Klik menu Penyata Baki.Penyata Baki PTPTN
  8. Klik menu Pendaftaran untuk Direct Debit.Lupa No Akaun Pinjaman PTPTN
  9. Klik Permohonan Baru.Permohonan Baru PTPTN
  10. Kemudian akan keluar nama dan IC Anda. Klik MohonCara Dapatkan No Pinjaman PTPTN
  11. Maklumat no baki pinjaman PTPTN Anda akan terlihat, sila salin dan simpan nombor.

CARELINE PTPTN

Tugas careline PTPTN untuk membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan nombor PTPTN.

  1. Hubungi careline PTPTN di nombor 0321933000.
  2. Anda akan diarahkan kepada perunding careline PTPTN.
  3. Maklumkan kepada perunding careline, Anda ingin mempunyai nombor PIN atau nombor pinjaman Anda.
  4. Perunding careline akan menanyakan beberapa soalan untuk pengesahan.
  5. Setelah disahkan, perunding careline akan memberi Anda nombor pin atau nombor pinjaman.

WHATSAPP EJEN PTPTN

Anda dapat menghubungi pihak PTPTN melalui aplikasi whatsapp. Whatsapp PTPTN

WHATSAPP PTPTN

  • Sila pilih negeri di Malaysia, seperti Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan lain-lain.
  • Seterusnya sila klik pautan whatsapp tersebut, secara automatik Anda akan terhubung kepada nombor tersebut.

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *