CARA TUTUP PINJAMAN ASB : TERMINATE ASB LOAN

CARA TUTUP PINJAMAN ASB : TERMINATE ASB LOAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA TUTUP PINJAMAN ASB : TERMINATE ASB LOAN

Tahukah anda cara tutup pinjaman ASB? Mungkin ramai yang telah terlajak perahu dengan membuat pinjaman ASB sehingga telah menjadi beban pembayaran setiap bulan. Walaupun menjadi beban, masih ramai yang tidak tahu cara tutup pinjaman ASB ini.

Bagi yang bercadang untuk menutup akaun pinjaman ASB ini atas apa jua alasan, disini akan dikongsikan cara tutup atau terminate pinjaman ASB anda untuk memudahkan urusan anda.

Jana Pendapatan Dengan Shopee Affiliate Program (Tanpa Modal)

APA ITU PINJAMAN ASB?

Pinjaman ASB merupakan pinjaman berjangka asas dan faedah yang dikenakan ke atas peminjam ASB menggunakan kaedah pengurangan baki. Di Malaysia, sesetengah bank yang merupakan ejen dana ASB juga memberikan pinjaman ASB seperti perkhidmatan Maybank,CIMB Bank dan RHB.

CARA TUTUP PINJAMAN ASB MAYBANK

  • Anda perlu kunjungi di mana-mana cawangan Maybank.Dokumen yang perlu dibawa adalah kad pengenalan anda.
  • Anda disarankan membawa nombor akaun pinjaman ASB anda. Sekiranya anda terlupa, pegawai bank boleh memeriksa akaun pinjaman ASB anda melalui nombor kad pengenalan anda.
  • Kemudian, anda pergi ke bahagian kaunter front desk dan perlu maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB.
  • Pegawai bank akan memeriksa status akaun pinjaman anda samaada terdapat baki, status tunggakan dan sebagainya.
  • Anda perlu myatakan sebab atau alasan anda ingin membatalkan pinjaman ASB anda.
  • Anda akan diberikan borang daripada pegawai bank iaitu borang membatalkan pinjaman ASB anda.
  • Setelah borang permohonan selesai diisi, anda akan dibawa ke front desk untuk memeriksa cap jari.
  • Urusan terminate asb loan bank Maybank anda selesai.

CARA TUTUP PINJAMAN ASB CIMB BANK

  • Anda perlu kunjungi di mana-mana cawangan CIMB dan dokumen yang perlu dibawa adalah kad pengenalan anda.
  • Anda perlu pergi ke bahagian kaunter front desk dan maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB anda.
  • Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk membuat semakan status pinjaman anda.
  • Kebiasaannya pegawai bank yang bertugas akan bertanyakan sebab anda ingin menamatkan pinjaman ini dan anda perlu nyatakan alasan munasabah kepada pegawai bank sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.
  • Kemudian, isikan borang permohonan pembatalan pinjaman ASB dan diserahkan kepada pegawai bank.
  • Proses biasanya akan mengambil masa 2 minggu dimana anda akan dihubungi pegawai bank dan pengesahana bayaran baki bon pinjaman anda.

TUTUP PINJAMAN ASB RHB BANK

  • Sebelum anda kujungi cawangan bank RHB. Anda perlu kunjungi di mana-mana cawangan CIMB dan dokumen yang perlu call customer service dulu untuk maklumkan cancellation. Customer Service akan memberi maklumat kepada anda berkaitan terminate ASB Loan.
  • Jika loan asb yang anda buat tidak cukup tempoh 36 bulan bayaran,akan dikenakan denda sebab tidak cukup 36 bulan. Jika lebih 36 bulan bayaran, anda boleh tutup tanpa sebarang denda.
  • Anda perlu pergi ke bahagian kaunter front desk dan maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB anda.
  • Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk membuat semakan status pinjaman anda.
  • Anda perlu nyatakan alasan munasabah kepada pegawai bank sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.
  • Kemudian, isikan borang permohonan pembatalan pinjaman ASB dan diserahkan kepada pegawai bank.
  • Anda akan dibawa ke front desk untuk memeriksa cap jari.
  • Proses terminate asb loan bank RHB anda selesai.
  • Bagi bank RHB, tempoh 2 bulan untuk urusan jualan balik and urusan BNM diperlukan. Selepas proses ini selesai, anda akan tahu berapa jumlah hasil yang diperolehi daripada terminate asb loan RHB.

CARA TUTUP PINJAMAN ASB DENGAN LAIN-LAIN BANK

  • Proses Cara Tutup Pinjaman ASB membatalkan loan anda dengan mana-mana bank lebih kurang sama iaitu anda perlu melakukannya di kaunter kerana proses sebegini tidak boleh dilakukan secara dalam talian.
  • Untuk pengesahan, anda akan diberikan borang untuk diisi sebagai tanda persetujuan membatalkan ASB loan.
  • Walau bagaimanapun, tempoh proses pembatalan mungkin berbeza bagi setiap bank.
  • Untuk maklumat lanjut, boleh bertanyakan lebih terperinci dengan pegawai bank yang anda temui di kaunter bank.

Berapa Tempoh Proses Penutupan Akaun Pinjaman ASB (ASB LOAN)?

  • Setiap bank mempunyai tempoh tertentu untuk peminjam membatalkan ASB loan ini.
  • Anda boleh rujuk bank pinjaman anda untuk mengetahui tempoh masa yang diambil untuk prosedur penutupan akaun pinjaman loan ASB ini.

Adakah Proses Tutup Atau Terminate Akaun Pinjaman ASB Ini Di Kenakan Bayaran Atau Cas?

  • Untuk makluman anda, pada masa kini kesemua asbf dari pelbagai bank tiada lagi Lock In Period. Maksudnya boleh terminate anytime walaupun asbf tersebut baru setahun sahaja. Cara Tutup Pinjaman ASB

MAKLUMAT PENTING TUTUP PINJAMAN ASB

  • Lebihan bayaran takaful kena dibayar
  • Contohnya ASBF RM100,000 + takaful 30 tahun. Total loan RM103,000.
  • Lebihan RM3,000 tu sebenarnya untuk bayaran takaful
  • Jika terminte terlalu awal, lebihan itu dipanggil shortfall dan anda perlu membayarnya

Baca juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *