Cara Tutup Akaun Instagram (Tutup, Padam & Deactivate)

Cara Tutup Akaun Instagram (Tutup, Padam & Deactivate)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Tutup Akaun Instagram (Tutup, Padam & Deactivate)

Tahukah anda cara tutup akaun Instagram? Boleh ke nak disable akaun untuk sementara waktu je, atau akaun akan hilang permanently? Kalau aku disable akaun sekejap, followers akan hilang ke tak? Atau, kalau aku disable akaun aku berapa lama akaun itu boleh bertahan? Paling penting, macam mana cara delete akaun Instagram yang mudah?

Baca Juga: Cara Check Scammer Online

Cara Delete Akaun Instagram Sementara (Temporary)

  • Log-in ke akaun Instagram anda menggunakan browser di instagram.com, aplikasi IG di dalam telefon pintar anda tidak boleh digunapakai untuk tujuan ini;
  • Klik pada “Edit Profile”;
  • Kemudian, klik Temporarily Disable My Account dan kemudiannya anda perlu menjawab soalan mengapa anda ingin disable akaun IG anda;
  • Pilih jawapan melalui drop-down menu yang disediakan dan akhir sekali tekan butang Temporarily Disable My Account dan puffff anda kini bebas daripada akaun IG anda;
  • Nanti bila dah ready, login seperti biasa.

 

Apa Akan Jadi Apabila Disable Akaun IG?

  • Apabila anda disable akaun IG anda: profil, komen, gambar dan likes akan disembunyikan sehinggalah anda re-activate akaun anda semula;
  • Jika anda ingin disable akaun anda buat pertama kali, IG akan membiarkan akaun anda bertahan sehingga lah anda re-activate semula akaun anda TETAPI jika anda kerap disable akaun anda, pihak IG akan beri masa dalam 30-90 hari untuk anda re-activatesemula akaun anda. Kalau tidak, ucapkan lah selamat tinggal buat akaun tersebut;
  • Tidak akan kehilangan followers kalau anda disable akaun IG anda untuk sementara waktu.
  • Disable akaun sementara tidak akan menjejaskan username atau akaun IG anda sama sekali;
  • Apabila anda dah readyuntuk re-activate semula IG anda, login seperti biasa dan akaun anda akan diaktifkan semula;
  • TETAPI, kalau anda Deactivate/ Delete akaun IG anda, anda TAK BOLEH mendapatkan akaun yang sama semula, dan anda juga tidak dibenarkan untuk menggunakan username atau akaun yang sama.

 

Cara Padam Akaun Instagram Secara Kekal (Permanent)

Manakala, jika anda ingin deactivate/ delete terus akaun IG anda berikut adalah cara-caranya:

  • Gunakan browser anda dan layari portal Delete Your Account Page, masukkan username dan password anda;
  • Kemudian anda dikehendaki menjawab soalan mengapa anda ingin delete akaun anda dengan memilih pilhan jawapan yang disediakan di drop-down menu seperti di bawah;
  • Pihak IG akan cuba memberi solusi kepada reasonyang anda utarakan, akan tetapi jika anda telah membuat keputusan anda teruskan proses ini dengan menekan butang Permanently delete my account;

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *