CARA TUTUP AKAUN ASTRO : SEMAKAN BIL AKHIR

CARA TUTUP AKAUN ASTRO : SEMAKAN BIL AKHIR
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA TUTUP AKAUN ASTRO : SEMAKAN BIL AKHIR

Berikut adalah cara tutup akaun astro anda. Semoga membantu….

Baca Juga : TUKAR LANGGANAN ASTRO KE NJOI : BERAPA CAJ

1.CARA TUTUP AKAUN ASTRO MELALUI PANGGILAN KE CS :

Cara paling pantas dan mudah adalah membuat sendiri panggilan ke Customer Service Center dan bercakap dengan operator yang bertugas.

  1. Dail nombor 03-9543-3838
  2. Setelah berjaya bercakap dengan operator, sila lakukan langkah-langkah berikut:
    • Semak baki kontrak akaun ASTRO anda
    • Semak baki bayaran bil ASTRO anda
    • Dapatkan tarikh bil ASTRO yang berikutnya
    • Semak status kontrak sama ada masih dalam kontrak atau tidak
    • Jelaskan baki bil anda (jika ada)
  3. Maklumkan kepadapihak operator hasrat anda untuk mnghentikan langganan
  4. Setelah selesai, tunggu sehingga 24 jam sebelum akaun ASTRO anda ditamatkan
  5. Sekiranya selepas 24 jam akaun anda belum ditamatkan, sila hubungi semula pihak ASTRO untuk semakan semula status penamatan langganan

2.CARA TUTUP AKAUN ASTRO MELALUI EMEL

Untuk menamatkan langganan ASTRO, anda juga boleh melakukannya melalui emel, ianya tidak perlu dalam bahasa Inggeris tetapi perlulah ditulis dengan professional.

Pastikan anda memasukkan butiran-butiran penting berikut dalam emel yang dihantar ke pihak ASTRO:

  • Alamat emel: wecare@astro.com.my
  • Subjek emel: Penamatan Perkhidmatan ASTRO
  • Nyatakan tujuan emel tersebut dihantar:
    • “Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memaklumkan akaun ASTRO di bawah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan langganan ASTRO”
  • Sertakan butiran akaun ASTRO
    • Nama pemilik akaun
    • Nombor kad pengenalan
    • Nombor akaun ASTRO
    • Alamat
    • No telefon
  • Akhiri emel tersebut dengan menyatakan agar pihak ASTRO dapat melakukan proses penamatan kontrak ini dengan segera

Semoga perkongsian tentang cara tutup akaun astro ini membantu anda….

Cara Semak Bil Astro di portal Self-Service

Pihak Astro menyediakan sebuah portal layan diri yang membolehkan anda log masuk ke akaun anda untuk menyemak baki semasa. Sila ikuti langkah beriikut:

  1. Layari portal Self-Service di pautan https://selfservice.astro.com.my
  2. Log masuk dengan Astro ID anda
  3. Sekiranya belum ada Astro ID, anda boleh membuat pendaftaran baru dengan klik pada pautan “Create now!
  4. Setelah log masuk, anda boleh melihat bil anda dengan klik pada “Bill and Payments” atau “View Bill”.

Cara Semak Bil Astro Melalui SMS

Sekiranya anda kurang mahir menggunakan portal Astro atau sambungan interrnet anda mungkin kurang baik, anda boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas atau SMS untuk menyemak bil Astro anda.

Harap maklum bahawa kadar caj yang dikenakan untuk setiap SMS yang dihantar bergantung pada kadar yang ditentukan oleh syarikat telco anda.

  1. Buka aplikasi SMS di telefon anda
  2. Pada bahagian penerima, masukkan no 33310
  3. Pada bahagian mesej, tapi ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC NO

Contohnya: ASTRO BAL 1234567890

Bayaran bil menggunakan portal Astro

Pihak Astro menyediakan sebuah portal khas yang memudahkan anda membuat pemabayaran bil secara dalam talian. Ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal Pay Astro di pautan https://pay.astro.com.my/
  2. Masukkan nombor akaun Astro anda
  3. Tandakan pada bahagian Captcha
  4. Klik butang Continue
  5. Setelah log masuk, anda boleh melihat bil terbaru anda dan membuat pembayaran melalui beberapa kaedah pembayaran

Bayaran Bil Astro Menggunakan SMS

Selain menyemak bil, anda juga boleh menggunakan SMS sahaja untuk melakukan pembayaran bil Astro.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda baru pertama kali menggunakan SMS untuk melakukan pembayaran terdapat langkah tambahan yang anda perlu lakukan terlebih dahulu.

  1. Layari portal Self Service Astro di pautan https://pay.astro.com.my/
  2. Log masuk akaun. Sekiranya belum mempunyai akaun, sila lakukan pendaftaran
  3. Buka aplikasi SMSS di telefon anda.
  4. Pada bahagian penerima, masukkan nombor 66688
  5. Pada bahagian mesej, masukkan mesej berikut: ASTRO<jarak>PYMT<jarak>10 Digit Nombor Akaun Astro<jarak>Nombor PIN<jarak>Jumlah Bayaran
  6. Setelah pembayaran berjaya dibuat, anda akan menerima mesej yang menyatakan pemabayaran telah berjaya dibuat

Pertanyaan dan persoalan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kemusykilan atau persoalan mengenai cara tutup akaun ASTRO, sila layari halaman FAQ ASTRO dimana anda boleh menghubungi mereka melalui Chat di WhatsApp atau mengisi borang pertanyaan secara online.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *