CARA TUKAR STATUS TANAH : SYARAT DAN KADAR BAYARAN

CARA TUKAR STATUS TANAH : SYARAT DAN KADAR BAYARAN
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA TUKAR STATUS TANAH : SYARAT DAN KADAR BAYARAN

Tahukah anda cara tukar status tanah? Sepertimana yang kita ketahui di Malaysia Terdapat 4 jenis hak milik dan 3 syarat kegunaan tanah. Syarat tanah adalah perkara terpenting kerana status tanah lah yang memainkan peranan bila anda nak mengusahakan tanah tu nanti. Setiap status datang dengan syarat tanah tertentu dan ia akan terKandung dalam geran tanah tersebut.

APA ITU STATUS & SYARAT TANAH

Status tanah dan syarat tanah ada ditulis dengan jelas di atas geran tanah. Status tanah adalah jenis pemilikan manakala syarat pula merujuk kepada penggunaan tanah.

Terdapat empat jenis hak milik tanah yang utama di Malaysia iaitu:

  • Pegangan Bebas (Freehold)
  • Pajakan (Leasehold)
  • Lot Bumiputera
  • Tanah Rizab Melayu

Syarat-syarat yang dikenakan ke atas tanah pula, mengikut seksyen 52 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, terbahagi kepada tiga kategori kegunaan tanah iaitu:

  • Tanah Pertanian
  • Tanah Bangunan
  • Tanah Industri

“Semua pemilik tanah sepatutnya menggunakan tanah berkenaan mengikut kategori kegunaan tanah dan syarat nyata dalam hakmilik. Kegagalan berbuat demikian adalah melanggar syarat yang ditetapkan dan Pihak Berkuasa Negeri boleh merampas balik tanah berkenaan. Tuan tanah yang ingin menggunakan tanahnya untuk kategori selain daripada yang tercatat dalam hakmilik perlu mengambil tindakan untuk mengubah kategori kegunaan tersebut.”

DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI TUKAR SYARAT TANAH

Berikut adalah merupakan dokumen pemilik tanah perlu sediakan terlebih dahulu:

  • Salinan hakmilik
  • Alamat harta (jika ada)
  • Pelan tapak
  • Pelan lokasi
  • Cadangan pembangunan
  • Kajian kemungkinan (jika ada) dan
  • Laporan nilaian (jika ada)

NOTA: Permohonan pertukaran ni juga berbeza mengikut status pemilikan tanah. Cara yang sama digunakan untuk Tanah Pegangan Bebas, Pajakan dan Lot Bumiputera, tetapi ianya berbeza untuk Tanah Rizab Melayu.

BAGAIMANA PROSES PERMOHONAN PERTUKARAN STATUS TANAH?

  • Dibuat melalui Pengarah Tanah Dan Galian Selangor.
  • Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A)
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

CARA TUKAR STATUS/SYARAT TANAH PEGANGAN BEBAS, PAJAKAN & LOT BUMIPUTERA

Bagi pertukaran syarat tanah Pegangan Bebas (Freehold), Pajakan (Leasehold) dan Lot Bumiputera, berikut adalah merupakan caranya:

(contoh daripada  Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, ia mungkin berbeza ikut negeri)

  1. Isi 2 salinan Borang Jadual XVI (Perenggan 51(p)) yang lengkap ditandatangani pemilik tanah atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat (Common Seal) (surat kuasa wakil (P.A) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Hakmilik/ Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah)
  2. 1 salinan Memorandum and Article of Association beserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return of Company Having a Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat)
  3. Maklumat syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Permohonan oleh syarikat).
  4. 10 salinan berwarna pelan tapak asal
    • Mengandungi Pelan Kunci Lokasi dan Pelan Tapak yang disenaraikan oleh Jururancang Bandar Bersekutu
    • Pelan hendaklah ditandatangani oleh pemilik tanah/ pemegang P.A
  5. 1 salinan pelan tapak dalam bentuk Autocad
  6. 1 salinan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)
  7. Ulasan semua jabatan teknikal di bawah:
    • Pejabat Tanah Daerah – 3 keping laporan bergambar bagi tapak dan sekitar lokasi pembangunan berbentuk A4 dan 1 unit soft copy berbentuk disket atau cakera padat dalam bentuk Powerpoint
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
    • Jabatan Mineral Dan Geosains (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III)
    • Jabatan Alam Sekitar (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III dan industri)
    • Jabatan Pengairan Dan Saliran
    • Jabatan Tenaga Kerja (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Jabatan Pertanian (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Majlis Perancangan Fizikal Negara (luas 250 ekar dan ke atas)
  8. Salinan Sijil Carian Rasmi yang terkini iaitu yang sah laku dalam tempoh 6 bulan
  9. Salinan resit cukai tanah tahun semasa
  10. Salinan hakmilik tanah
  11. Surat persetujuan bertulis daripada pihak berkepentingan berdaftar seperti Pemegang Gadaian, Kaveat atau tuntutan undang-undang tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran
  12. Senarai anggaran harga rumah kediaman / perniagaan / industri
  13. 1 pelan tatatur dan pelan pra-hitungan berbentuk digital soft copy berbentuk disket @ cakera padat dalam format Power Point

KADAR CAJ/Fi PERMOHONAN TUKAR SYARAT TANAH PEGANGAN BEBAS/PAJAKAN/LOT BUMIPUTERA  

Berikut adalah merupakan caj/fi yang akan dikenakan:

  • Tidak lebih 1 hektar – RM70.00
  • Melebihi 1 hektar hingga 10 hektar – RM140.00
  • Tambahan setiap hektar atau sebahagiannya– RM15.00
  • Kadar Premium Yang Dikenakan – Mengikut kadar yang ditetapkan di dalam Kaedah Tanah Selangor (Pindaan) 2003

CARA TUKAR STATUS/SYARAT TANAH RIZAB MELAYU PEGANGAN MELAYU

Bagi pertukaran syarat Tanah Rizab Pegangan Melayu, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Isi 3 salinan Borang Jadual XVI (Perenggan 51(p)) yang lengkap ditandatangani pemilik tanah atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat (Common Seal) (surat kuasa wakil (P.A) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Pendaftar Hakmilik/ Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah)
  2. 1 salinan Memorandum and Article of Association beserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return of Company Having a Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen (permohonan oleh syarikat)
  3. 15 salinan berwarna pelan tapak asal yang mengandungi Pelan Kunci, Pelan Lokasi dan Pelan Tapak yang disediakan oleh Jururancang Bersekutu dan ditandatangani pemilik tanah/ pemegang P.A dan Jururancang berdaftar
  4. 1 salinan pelan tapak dalam bentuk Autocad
  5. 3 salinan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD)
  6. Ulasan semua jabatan teknikal di bawah ni:
    • Pejabat Tanah Daerah – 3 keping laporan bergambar bagi tapak dan sekitar lokasi pembangunan berbentuk A4 dan 1 unit soft copy berbentuk disket atau Cakera padat dalam bentuk Powerpoint.
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
    • Jabatan Mineral Dan Geosains (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III)
    • Jabatan Alam Sekitar (untuk tanah tinggi kecerunan Kelas II dan III dan industri)
    • Jabatan Pengairan Dan Saliran
    • Jabatan Tenaga Kerja (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Jabatan Pertanian (tanah pertanian/ ladang 100 ekar ke atas)
    • Majlis Perancangan Fizikal Negara (luas 250 ekar dan ke atas)
  7. Salinan Sijil Carian Rasmi terkini yang sah laku dalam tempoh 6 bulan
  8. Salinan resit cukai tanah tahun semasa
  9. Salinan hakmilik tanah
  10. Surat persetujuan bertulis daripada pihak berkepentingan berdaftar seperti Pemegang Gadaian, Kaveat atau tuntutan undang-undang tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran
  11. Senarai anggaran harga rumah kediaman / perniagaan / industri
  12. 1 pelan tatatur dan pelan pra-hitungan berbentuk digital soft copy berbentuk disket @ cakera padat dalam format Power Point

KADAR CAJ/Fi PERMOHONAN TUKAR SYARAT TANAH RIZAB MELAYU

Berikut adalah merupakan caj/fi yang akan dikenakan:

  • Tidak lebih 1 hektar – RM70.00
  • Melebihi 1 hektar hingga 10 hektar – RM140.00
  • Tambahan setiap hektar atau sebahagiannya – RM15.00
  • Kadar Premium Yang Dikenakan – Mengikut kadar yang ditetapkan di dalam Kaedah Tanah Selangor (pindaan) 2003

SEBAB TIDAK BOLEH TUKAR SYARAT TANAH

  1. Nama belum ditukar
    • Bila anda membeli tanah, pastikan nama ditukar secepat mungkin. Oleh kerana menukar syarat perlu dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Pemegang Surat Kuasa Wakil (P.A), anda tak akan dapat menukar jika tanah belum menjadi milik anda sepenuhnya.
  2. Beli Tanah Tapi Kena Tipu
    • Kes penipuan jual beli tanah ni banyak sangat terjadi sekarang. Sentiasa pastikan yang anda berurusan dengan agensi, ejen atau tuan tanah yang boleh dipercayai.
      Anda boleh sentiasa semak dengan pejabat tanah berkenaan tentang status pemilikan tanah sedia ada. Jangan biarkan diri anda tertipu, okay?
  3. Sekatan pada geran
    • Jika ada sekatan pada geran yang mengatakan syarat tanah tak boleh ditukar, kemungkinan besar memang tak boleh tukar.
      Anda boleh menghubungi pejabat tanah untuk mengetahui samada sekatan itu boleh dipinda atau dimansuhkan. Mana tahu nasib anda baik, dapat tukar syarat tanah tu.
  4. Ramai penama
    • Ini boleh menjadi masalah sebab bila ada ramai tuan tanah, akan memerlukan persetujuan semua untuk menukar syarat.
      Mungkin ada yang tak setuju, tak nak masuk campur atau tak dapat dihubungi. Pendek kata, bukan mudah nak satukan semua orang.

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *