CARA TUKAR NAMA KENDERAAN ONLINE : MySIKAP

Bagaimana Tukar Nama Pemilik Kenderaan Online (MySikap)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA TUKAR NAMA KENDERAAN ONLINE : MySIKAP

Tahukah anda cara tukar nama kenderaan anda secara online? Bagi pemilik kenderaan, kini anda boleh tukar nama kenderaan anda dengan mudah secara online sahaja melalui portal MySikap. Dengan kemudahan teknologi, perkara sebegini turut boleh dilakukan secara online sahaja sekaligus lebih menjimatkan masa kerana anda tidak perlu beratur panjang dengan ke kaunter.

APA ITU MySIKAP

MySikap merupakan sistem dalam talian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menawarkan pelbagai servis dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai.

Penggunaan sistem sebegini memberikan fleksibiliti masa kepada orang ramai untuk melakukan pelbagai urusan dengan JPJ tanpa mengira masa dan lebih penting turut menjimatkan masa mereka kerana tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter.

CARA DAFTAR MySIKAP

Buat kali pertama, pendaftaran perlu dilakukan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan yang terdekat dengan membawa MyKad / MyPR / Paspot. Nombor Rujukan akan diberikan sejurus proses pendaftaran selesai. Nombor rujukan ini akan digunakan untuk proses daftar masuk kali pertama.

Selepas anda mendapat nombor rujukan, berikut adalah cara daftar masuk kali pertama MySikap:

  1. Layari pautan MySikap: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  2. Klik pada Daftar/Log Masuk Kali Pertama
  3. Isikan butiran dalam ruangan yang tertera.
  4. Pastikan pada ruangan No. Rujukan ini hanya perlu diisikan sekiranya menerima no. rujukan semasa membuat permohonan pendaftaran di kaunter JPJ.
  5. Nombor rujukan ini akan tamat tempoh dalam masa tujuh (7) hari daripada tarikh dikeluarkan.
  6. Sekiranya pendaftaran anda berjaya, ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
  7. Log masuk menggunakan Kata laluan sementara dan ikut langkah seterusnya untuk selesaikan proses pendaftaran

SENARAI PERKHIDMATAN DISEDIAKAN MySIKAP

Berikut merupakan antara servis dan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh pihak JPJ melalui portal MySikap:

  • Semakan saman JPJ
  • Pembayaran saman secara online
  • Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh
  • Pindah milik nama kenderaan
  • Perbaharui dan batalkan lesen kenderaan motor (LKM) dan cukai jalan
  • Pembaharuan lesen
  • Permohonan permit memandu antarabangsa
  • Perkhidmatan yang disediakan melalui portal MySikap mungkin berubah atau bertambah dari semasa ke semasa.

CARA TUKAR NAMA KENDERAAN ONLINE GUNA MySIKAP

Bagi urusan penukaran nama pemilik kenderaan, kedua-dua pihak berikut perlu mengikut langkah-langkah di bawah bagi melengkapkan urusan tukar nama kenderaan mereka:

1.Pemilik lama

  • Layari laman JPJ di alamat https://www.jpj.gov.my/
  • Kemudian, klik pada perkhidmatan MySikap
  • Bagi pengguna pertama kali, sila klik pada pautan Daftar. Bagi yang sudah mempunyai akaun di MySikap, anda boleh klik pada Log Masuk
  • Klik pada tab Kenderaan
  • Klik pada pilihan “Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Berdaftar)
  • Masukkan nombor plat kenderaa
  • Klik butang Teruskan
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan emel pemil baru
  • Sahkan permohonan
  • Hanya setelah langkah-langkah di atas telah dilengkapkan, pemilik baru boleh melakukan langkah-langkah di bawah untuk melengkap keseluruhan proses tukar nama kenderaan ini.

2.Pemilik baru

  • Layari laman JPJ di alamat https://www.jpj.gov.my/
  • Kemudian, klik pada perkhidmatan MySikap
  • Bagi pengguna pertama kali, sila klik pada pautan Daftar. Bagi yang sudah mempunyai akaun di MySikap, anda boleh klik pada Log Masuk
  • Klik pada tab Kenderaan
  • Klik pada pilihan “Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Baharu)
  • Masukkan nombor plat kenderaan
  • Klik butang Seterusnya
  • Lengkapkan pengisytiharaan kenderaan – Pilih Semenanjung sekiranya anda tinggal di Semenanjung Malaysia
  • Klik Setuju
  • Lengkapkan pembayaran
  • Cetak resit dan bawa ke pejabat JPJ berhampiran

SOALAN LAZIM CARA TUKAR NAMA KENDERAAN ONLINE

1.Adakah pengguna yang mendaftarkan diri sebagai pengguna peribadi boleh mendaftarkan diri sebagai wakil agensi?

  • Boleh, kerana ID pengguna peribadi tidak sama dengan ID pengguna syarikat walaupun pengguna peribadi telah mendaftarkan diri sebagai wakil syarikat. No. MyKad yang telah digunakan oleh pengguna peribadi semasa pendaftaran syarikat hanyalah untuk tujuan pengesahan sahaja.

2.Apakah syarat-syarat untuk saya mewujudkan akaun di portal mySIKAP?

  • Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah atau
  • Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau
  • Pemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP;
  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun; dan
  • Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.

3.Bagaimanakan caranya untuk melindungi ID Pengguna dan Kata Laluan saya?

  • Anda dinasihatkan agar tidak mendedahkan ID Pengguna dan Kata Laluan kepada orang lain termasuklah melalui emel atau telefon.
  • Pastikan anda Daftar Keluar setelah selesai segala urusan online dengan JPJ.
  • Tukar Kata Laluan anda secara berkala atau sekiranya anda merasakan Kata Laluan anda diketahui orang lain.
  • Gunakan Kata Laluan yang unik.
  • Jangan klik atau aktifkan “Remember Password”.

MAKLUMAT LANJUT CARA TUKAR NAMA KENDERAAN ONLINE

Untuk sebarang maklumat berkaitan cara tukar nama kenderaan online melalui MySikap Atau Perkara lan berkaitan cara tukar nama kenderaan online, anda boleh layari pautan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan di pautan www.jpj.gov.my

Baca Juga

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *