CARA TUKAR ID MySEJAHTERA : KEMASKINI

CARA TUKAR ID MySEJAHTERA : KEMASKINI
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA TUKAR ID MySEJAHTERA : KEMASKINI

Tahukah anda cara tukar ID Mysejahtera? Penggunaan aplikasi MySejahtera amat penting ketika musim pandemik dan juga akan kemungkinan akan menggunakannya dalam tempoh waktu yang lebih lama. Tidak mustahil sekiranya akan berlaku kesulitan atau apa-apa perubahan terutamanya nombor telefon atau emel yang digunakan sebagai ID MySejahtera. Mungkin ramai yg sudah delete aplikasi ini dari hp masing-masing. Namun ada kemungkinan Apps Mysejahtera ini akan di guna kembali berikutan peningkatan semula kes Covid19.

APA ITU MYSEJAHTERA

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Dalam bahasa ringkasnya, aplikasi ni adalah seperti “bodyguard” digital kita. Dia tolong pastikan kita selamat dan sihat.

KELEBIHAN MYSEJAHTERA

Apa yang best sangat pasal aplikasi ni:

  1. Dulu-dulu, kalau nak rekod kesihatan, kena bawa buku kecil atau ingat-ingat sendiri je. Tapi sekarang, dengan MySejahtera, Anda boleh rekod segala maklumat kesihatan dengan mudah. Tekan je butang, semua info ada dalam telefon.
  2. MySejahtera boleh jejak siapa yang kita jumpa, jadi kalau ada kes COVID-19, kita dapat maklumat dengan cepat. Kita tak payah risau lupa siapa-siapa yang kita berinteraksi.
  3. Setiap hari, kita boleh kemaskini status kesihatan harian kita dalam aplikasi ni. So, pihak berkuasa tahu kita sihat atau tak. Kalau tak sihat, mereka boleh tolong nasihatkan apa yang perlu buat.
  4. Ada perasaan tak sihat tahap kritikal? Tekan butang darurat dalam MySejahtera. Pihak berkuasa akan dapat alert dan cepat tindakan untuk bantu kita.
  5. Nak tahu berita terkini pasal COVID-19? MySejahtera menyediakan info yang tepat dan terkini supaya kita sentiasa up-to-date.
  6. Dalam masa sekarang, vaksin sangat penting. MySejahtera memudahkan pendaftaran untuk vaksinasi COVID-19. Hanya tekan beberapa butang, siap!

KENAPA PERLU KEMASKINI ID MySEJAHTERA

Akaun MySejahtera diaktifkan menggunakan ID iaitu sama ada nombor telefon atau emel bagi menghubungi pengguna jika ada berlaku apa-apa berkaitan kes penularan atau berkaitan vaksin Covid-19.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

CARA TUKAR ID MySEJAHTERA

Untuk tukar Id Mysejahtera, sudah semestinya anda perlu install aplikasi MySejahtera (Android / IOS). Berikut adalah merupakan cara tukar ID MySejahtera sama ada Nombor Telefon ataupun Email:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Klik pada halaman Profile
  3. Kemudian klik pada 3 garisan bertindih pada bahagian penjuru kanan atas
  4. Seterusnya klik pada Tukar MySJ ID
  5. Pada halaman ini anda boleh masukkan ID MySJ yang baru sama ‘Nombor Telefon’ atau ‘Alamat Emel’
  6. Semak kembali, sekiranya betul klik Sahkan
  7. Selesai, anda telah berjaya tukar/kemaskini ID MySejahtera anda.

MAKLUMAT LANJUT CARA TUKAR ID MySEJAHTERA

Untuk maklumat lanjut mengenai ID Mysejahtera, anda boleh layari pautaN https://mysejahtera.malaysia.gov.my

Baca Juga :

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *