CARA TEBUS eMADANI : MAE/TNG/SHOPEEPAY/SETEL

CARA TEBUS eMADANI : MAE/TNG/SHOPEEPAY/SETEL
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA TEBUS eMADANI : MAE/TNG/SHOPEEPAY/SETEL

Tahukah anda cara tebus kredit eMADANI? Berita baik! Kerajaan telah mengumumkan eMadani, kredit e-Dompet bernilai RM100 untuk rakyat Malaysia yang boleh ditebus melalui 4 pengelola eWallet iaitu ShopeePay, Setel, Touch n Go dan MAE Maybank.

Adakah anda telah bersedia untuk tebus RM100 eMADANI anda?

Mulai 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024, tebus melalui aplikasi yang dinyatakan di atas dan gunakannya selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 untuk pembelian dan pembayaran di peniaga-peniaga yang mengambil bahagian.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan lebih lanjut tentang cara penebusan dan tawaran yang disediakan oleh eMadani MAE.

APA ITU eMADANI

eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000.

Program ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

SIAPA YANG LAYAK KREDIT eMADANI?

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik  ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

TARIKH TEBUS KREDIT eMADANI

  • Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
  • Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2023

4 PENYEDIA eWALLET YANG BOLEH TEBUS KREDIT eMADANI

Empat penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat ialat:

  • MAE
  • Setel
  • ShopeePay
  • Touch’n Go eWallet

CARA MOHON KREDIT eMADANI

  • Buka salah satu aplikasi e-Dompet sama ada MAE, Setel, Shopeepay atau Touch’n Go eWallet
  • Tekan ikon ‘eMADANI’ di halaman utama
  • Lengkapkan maklumat anda dan tekan ‘submit’
  • Anda akan menerima notifikasi apabila penebusan eMADANI RM100 anda berjaya!

CARA TEBUS eMADANI MAE

Ikuti langkah berikut untuk menuntut RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE:

  • Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE
  • Langkah 2: Klik pada ikon ‘eMADANI’ pada halaman utama
  • Langkah 3: Masukkan maklumat anda dan klik ‘Submit’
  • Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabila penebusan RM100 eMADANI anda berjaya!

CARA TEBUS eMADANI GUNA SETEL

  1. Muat turun aplikasi e-dompet terlibat. Untuk menebus daripada Setel, sila install & login aplikasi Setel di SINI.
  2. Ikut arahan yang disediakan dalam aplikasi Setel.
  3. Pastikan anda telah membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer.
  4. Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dan tekan HANTAR.
  6. Jika lulus, anda akan menerima insentif tersebut dalam masa 5 hari bekerja.

CARA TEBUS eMADANI GUNA SOPEEPAY 

Pengguna perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Lihat cara pengesahan akaun dan muat turun Shopee untuk tuntut eMADANI melalui infografik berikut:

CARA PENGAKTIFAN AKAUN SHOPEEPAY

CARA TEBUS eMADANI GUNA SOPEEPAY

CARA TEBUS eMADANI TNG eWALLET

Make sure korang boleh login & verify eWallet untuk tebus kredit eMADANI RM100 & banyak lagi ganjaran pada hari Isnin, 4 Disember 2023 nanti!

Verify akaun eWallet anda sekarang di https://touchngoewallet.onelink.me/8mmV/eKYC

  • Sila login ke aplikasi TNG untuk membuat penebusan.
  • Kredit ini akan tersedia untuk ditebus mulai 4 Disember 2023.
  • Pastikan anda telah memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
  • Penggunaan kredit eMadani serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat ini HANYA BOLEH DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA sehingga 29 Februari 2024.
  • Setelah berjaya menebus, sila gunakannya selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 untuk pembelian dan pembayaran di peniaga-peniaga yang mengambil bahagian.

CARA GUNA KREDIT eMADANI

Kredit RM100 eMADANI ini hanya boleh digunakan untuk membuat pembayaran kod QR fizikal di mana-mana peniaga di seluruh negara, termasuk peniaga kod QR DuitNow bank yang mengambil bahagian & eDompet.

Terdapat dua kaedah pembayaran untuk menggunakan eMADANI RM100.

Anda boleh mengimbas kod QR di kedai atau menunjukkan kod QR anda kepada juruwang untuk diimbas melalui Imbas & Bayar.

LARANGAN KREDIT eMADANI

Untuk makluman, kredit e-dompet RM100 eMADANI TIDAK BOLEH digunakan untuk transaksi yang disenaraikan di bawah:

  • Pemindahan rakan ke rakan
  • Pengeluaran tunai
  • Pembayaran bil utiliti bersepadu apl
  • Pembayaran yuran/pembayaran berkaitan kerajaan yang disepadukan dengan aplikasi
  • Pembayaran bersepadu aplikasi bagi bil pascabayar telco dan tambah nilai perkhidmatan prabayar
  • Pembelian permainan bersepadu aplikasi
  • Bayaran letak kereta dan/atau bayaran tol bersepadu aplikasi
  • Aktiviti berkaitan pelaburan bersepadu aplikasi
  • Urus niaga QR rentas sempadan

MAKLUMAT LANJUT

Sila ikuti saluran berikut:

Baca Juga :

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *