CARA TEBUS eBELIA RAHMAH GUNA BOOST (Claim & Tebus Kredit RM200)

CARA TEBUS eBELIA RAHMAH GUNA BOOST (Claim & Tebus Kredit RM200)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

CARA TEBUS eBELIA RAHMAH GUNA BOOST (Claim & Tebus Kredit RM200)

Disini kami akan kongsikan cara tebus eBelia Rahmah guna Boost, semoga membantu.Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang berusia antara 18 hingga 20 tahun, anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet melalui program eBelia Rahmah menerusi pembentangan Bajet 2023 yang telah diumumkan.

Baca Juga : CARA TEBUS eBELIA RAHMAH GUNA TOUCH N GO EWALLET (Claim & Tebus Kredit RM200)

APA ITU eBELIA RAHMAH

Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan. Program ini bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa. Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia, menerusi tawaran kredit  yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih

 

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA eBELIA RAHMAH

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi penerima program ini iaitu:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
  • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal)

 

TARIKH PENEBUSAN eBELIA RAHMAH

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023,

 

KADAR BAYARAN eBELIA RAHMAH

Belia yang layak akan meneri RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara one-off melalui salah satu daripada tiga penyedia  perkhidmatan eWallet.

 

CARA DAFTAR DAN VERIFY eWALLET BOOST

Bagi pengguna kali pertama, berikut adalah cara untuk daftar Boost:

  1. Muat turun aplikasi Boost dari Google Play atau gedung Apple App
  2. Buka aplikasi Boost dan ikuti arahan di bawah untuk membuat akaun Boost:
  3. Klik pada “Register”
  4. Masukkan nombor mudah alih anda dan boost app akan menghantar SMS dengan kod TAC 6 digit. Jika anda tidak menerima SMS, klik pada “Did not receive SMS” dan boost app akan menghantar semula SMS.
  5. Masukkan nama anda
  6. Masukkan alamat e-mel anda
  7. Sediakan kata laluan supaya anda boleh log masuk ke Akaun Boost anda.
  8. Sediakan PIN transaksi 6-digit untuk membuat semua transaksi dalam aplikasi boost.
  9. Masukkan invite kod (sekiranya anda) untuk mendapatkan tambahan bonus
  10. Pilih telco anda
  11. Selesai

 

CARA TEBUS KREDIT eBELIA RAHMAH BOOST

Setelah proses veridy akaun anda selesai, berikut adalah merupakan cara penebusan:

  1. Buka aplikasi Boost dan log masuk ke akaun anda
  2. Pada menu utama, klik pada bahagian eBeliaRahmah
  3. Kemudian, klik pada butang “Tuntut Sekarang”
  4. Pastikan semua maklumat anda adalah betul
  5. Sila bersetuju dengan privacy clause yang dipaparkan
  6. Tekan Continue
  7. Lengkapkan maklumat peribadi seperti dipinta
  8. Tekan Submit untuk hantar maklumat tersebut
  9. Pastikan submission anda berjaya dengan menekan butang Done
  10. Pastikan juga anda tekan butang OK, got it
  11. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut mengenai eBelia Rahmah, sila layari portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *