Cara Tanam Pokok Tin (Betul Dan Mudah)

Cara Tanam Pokok Tin (Betul Dan Mudah)
Share Artikel Ini Di Media Sosial

Cara Tanam Pokok Tin (Betul Dan Mudah)

jadi bagaimanakah cara tanam Pokok tin?Buah tin ataupun nama sainstifiknya Ficus carica L. merupakan tanaman yang amat popular bagi masyarakat Tanah Arab. Ianya merupakan pokok yang disebut dan tertera dalam Al-Quran dalam surah At-Tin dan juga merupakan makanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad. Tanaman ini mempunyai pelbagai khasiat terhadap kesihatan.

 

Baca Juga : Cara Tanam Tembikai Susu (Betul dan Mudah)

Varieti

Melalui hasil kajian Institut Penyelidikan MARDI, terdapat 3 varieti yang bersesuaian dan berpotensi untuk diusahakan di Malaysia. Antaranya ialah:

  • Black Jack
  • Brunswick
  • Texas Everbearing

 

 

Keperluan Asas Tanaman

Dari segi faktor tanah, tanaman ini sesuai ditanam di atas pelbagai tanah. Akan tetapi, kawasan tanah yang digunakan hendaklah mempunyai saliran yang baik. Kawasan air bertakung akan menyebabkan akar menjadi rosak dan mereput, lalu menyebabkan kematian pokok. Manakala dari segi suhu pula, ianya sesuai ditanam pada kawasan bersuhu 24-37°C seperti suhu optimum di Malaysia.

 

Penyediaan Benih

Benih pokok tin boleh diperolehi melalui pembelian di nurseri ataupun atas talian. Kebiasaannya benih yang telah dibeli adalah benih yang telah dihasilkan melalui kaedah tut atau secara keratan batang dan boleh terus ditanam pada media yang sesuai.

 

Penanaman

Perkara pertama adalah sediakan polybag atau pasu untuk penyemaian. Pastikan polybag atau pasu yang digunakan itu mempunyai lubang untuk membuang lebihan air. Kemudian, isikan polybag tersebut dengan tanah campuran di antara tanah merah (70%), peatmoss (15%) dan sekam padi (15%) untuk hasil yang terbaik. Seterusnya buka balutan keratan tut tersebut dengan berhati-hati dan rendamkannya ke dalam larutan racun kulat untuk tempoh 30min.

Selepas itu masukkan benih tersebut ke dalam polibeg atau pasu dan timbuskan dengan menggunakan media tanah yang tersedia. Pokok yang telah ditanam hendaklah diletakkan pada kawasan redup pada peringkat awal. Hal ini kerana, anak benih masih dalam keadaan lemah untuk beradaptasi dengan cuaca panas. Benih yang telah dipindah pada kawasan redup tersebut hendaklah disiram secara berkala bergantung kepada cuaca. Selepas beberapa minggu, pokok akan mula mengeluarkan tunas dan daun.

 

Pengairan

Untuk melakukan penyiraman, ianya adalah bergantung kepada cuaca dan keadaan semasa. Penyiraman yang ideal untuk tanaman ini adalah sebanyak 2 kali sehari pada cuaca normal.

 

Pembajaan

Sebagai sumber nutrien untuk pokok tin, pemberian baja adalah penting bagi memastikan pertumbuhan pokok dalam keadaan baik dan stabil. Secara umumnya, baja yang digunakan adalah baja NPK Hijau (15:15:15) sepanjang tempoh penanaman. Kadar pemberiannya adalah sekitar 20 -100g bagi setiap minggu bergantung kepada peringkat pertumbuhan.

 

Kawalan Penyakit

Penyakit yang umum terhadap tanaman ini adalah karat daun. Hal ini disebabkan faktor cuaca yang mengundang kepada gejala tersebut.  Permukaan daun tin yang mempunyai bulu halus memerangkap air secara tidak langsung dan menyebabkan masalah karat ini menular. Sebagai langkah kawalan perkara ini, disyorkan untuk mengaplikasikan penggunaan racun kulat ataupun pendekatan yang lebih organik secara berkala.

 

Penuaian

Untuk memulakan penuaian, perlu diketahui bahawa tempoh masa penuaian bagi setiap varieti buah tin adalah berbeza iatu dalam lingkungan 80-85 hari selepas pembentukan putik. Kulit buah tin adalah sangat nipis dan mudah rosak, oleh itu ianya perlu dipetik mengikut indeks kematangan yang sesuai. Sekiranya buah tersebut hendak disimpan dalam bilik sejuk, pastikan buah yang dipetik adalah buah yang seakan separuh masak kerana ianya akan mencapai indeks kematangan yang sesuai dalam tempoh seminggu penyimpanan.

Kebiasaannya, buah tin yang telah matang akan dituai sebanyak 2 kali sehari. Selain itu daun tanaman tin jangan sesekali diremehkan penggunaannya, ianya masih boleh diproses untuk dijadikan teh dan minuman. Anggaran hasil yang boleh dituai dalah bergantung kepada varieti dan kebiasaannya buah tin mampu menghasilkan 1kg buah setiap bulan setelah mencapai kematangan.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *